Sunday, June 16, 2013

Sem 3

Bismillahirrahmannirrahim..

Hye!
Oh..lama gak yeh aku dah tak duduk depan lappy ni.
Asal nak duduk,
" Ehem..kerja rumah dah siap ke?"
Asal nak buka lappy,
" Amboi! Tak ada kerja ke nak buat?"

Ececeh..prihatin betul mama ku ini XD

Lepas cuti 2 minggu tu, aku dah mula masuk sem 3. Tapi seriyes rasa macam masuk tahun baru. Hari Khamis tu, aku dengan family bermusafir ke Terengganu nak hantar abang izzat masuk U dia. Muka dia walaweh..seriyes nak nangis. Aku tahan je gelak tengok muka dia merah. Mata pulak kelip-kelip ala-ala bulu mata menepis habuk masuk mata. Kehkehkeh.

Sejak masuk sem 3 ni, kerja memang banyak. Paling aku risau pbs..pbs.pbs..risau yang amat =='
BM, MUET, USUL dan PP..uhh..payah kut
Tapi, kata Atiq..yang payah itu tarbiyyah =)
kenalah mujahadah ^^,

Tapi, sejak dua menjak ni...angin kus2 malas+main tu  meniup lembut sepo-sepoi bahasa. Padahal punyalah aku dah datang dengan semangat baru masa buka sem baru tu..
Ya Allah.istiqamah kanlah aku...rasa rugi kalau masa muda ni aku sia2 kan...macam manalah islam nak berkembang kalau umatnya malas..?
padahal Allah dah pesan, "Iqra"..Allahu T_T

Sebenarnya, sem 2 hari tu..aku rasa agak teruk sikit masa jawab paper...banyak main dan berangan kut. Sebab tu..untuk sem 3 nieh, aku nak buat sebaik mungkin
Tak mau lagi tonton drama bnyak sangat, layan Fb dn Burung biru sampai leka..tak nak berangan lagi.no more cinta monyet beruk dan gorilla..NO MORE!

Kadang2 aku terfikir, macam mana masa depan aku kalau aku malas study? Macam mana aku nak masuk U dengan result nyawa2 ikan..padahal aku kena bersaing dengan lepasan STPM lain, student Dip dan matrik..ouh..

T_T peluh besar  T_T

Dan, aku ambil semangat abang izzat, abang muaz,vlogger femes --> Matluthfi, hakima, atiq, dan kengkawan lain utk jadikan sebagai panduan ketika aku malas.

Apepun, dalam nak belajar...aku kena gak ingatkan diri yang cuai ni..
pasal apa?
pasal ni ------> habluminnALLAH wa habluminannas =)

In sha Allah. So, perjuangan harus diteruskan. The road have been taken. =)
Jangan menoleh ke belakang. Jangan korbankan perasaan orang yang banyak berkorban. Jangan hampakan mereka. Mujahadah !!
Ya Allah..! Allahumma yassir wala tuassir :)

 Here I coming . Bittaufiq wannajah =)