Monday, December 23, 2013

SeloTep

Bismillahirrahmannirrahim :)

Sejak aku duduk rumah jadi penganggur tak rasmi dan pembantu rumah sendiri, merangkap assistant mama, banyak masa juga aku habiskan bersama-sama adik2 aku. Dari kami tak rapat boleh jd rapat.
Mungkin, ada sebab kut kenapa smpai sekarang Allah tak nak aku kerja lg.
Mungkin.

Bila kat rumah dok menghadap adik2 yg agak kebudakan..memang aku pun ikut jd budaklah. Iman. Umur dia dh 8 tahun tapi sekali pndg mcm budak setahun. Manja kemain. Rasa mcm nak ketuk2 je kepala dia.

Faiz? Uhh..budak tu sungguh menjengkelkan. kerja dia complain aku tak reti main candy crush dah tu buli Iman. Kalau tengok dia jd baik duduk diam memang bukan dialah.

Sifat abang.. tak reti mengalah padahal dh nak masuk form 1, yang adik..selagi aku tak bg ceramah kat abangnya..asyik psiko aku je, cakap aku tak sayanglah..tak peduli lah..aku sayang si abang lebih la..ya Allah ya Tuhanku..haru betul dorang tu.

Disebabkan, abah kerja sendiri..so, ada masa abah duduk rumah layan internet..abah ni agak pendiam..tp kalo dah marah, kau yg diam sebulan. 

Jadi hari tu, iman dengan faiz macam biasalah rutin hidup dorang..asyik bergaduh + buat bising + lawan cakap + bergusti + psiko aku + rebut nak guna lappy
Abah dah bagi hint..pandang adik2 aku penuh kesabaran..adik2 aku pulak memang jenis gen bahagia je cari pasal sesama sendiri..buat dulik je amaran abah..

Bila abah dah marah, tetiba je abah bangun. Dah nmpak abah berubah riak, memang adik2 aku automatik jd kayu. Tp, kayu ni uniklah warna putih paasl pucat dan kayu jenis pandai cakap sbb nak backup diri masing2.

Abah peduli apa..datang kat dorang sambil pegang selotep. Dah tu, Pi selotep mulut dorang 360 darjah. Waktu tu memang tak payah cakaplah berapa kali aku gelak tapi cover dgn bantal ...takut aku pulak kena selotep dan banyak  kali aku ambil gambar dorang senyap2..siap edit lagi..lawa kut. ni jadi khazanah negara ok gak.cuma takde save kat lappylah.

Aku tengok dari jauh adik2 aku..mata merah mcm menangis tapi asal senyap je..oh,, patutlah mulut kena selotep. XD Aku ni bukanlah jahat tp kdg2 dorang dpt pengajaran  pun bagus gak.

Alhamdulillah, sejak kena selotep..dorang dah kurang sikit lah bising. Sebut je "selotep..selotep" tiba2 sunyi sepi lagi tenang dan aman damai lah rumah aku.
Semut jalan pun dengar. Haa...itu tipu.

Satu hari, kitaorang pi pasaraya..kitaorang lalu kat bahagianalat-alat tulis..abah kirim beli fail. dah nak balik tu, ehhh...aku nampak sesuatu..
" Bik aji, ni beli selotep ni."
Muka mak cik aku tu dah blurr. " Abah ada kirim ke?" Aku pandang adik2 aku semua, dorang dok buat muka tak puas hati tetiba faiz kata, " Ada. Nak selotep mulut kakak yah."
XD



Friday, December 20, 2013

Misi selepas tamat STP

Bismillahirrahmannirrahim.

Yeah! Dengan bangganya aku nak umumkan, akulah ex stpm candidate!
segala penat lelah telah aku lalui, penuh ranjau berduri sehingga aku rasa tak mampu berdiri,
mahu mengalah tapi takut abah marah
jadi aku teruskan jua hingga temui penamatnya!

ecececeh...sangat tak boleh blah! hahaha. tapi memang sastera kut mukadimah aku.
sebenarnya, nak bagitahu je dah habis exam bulan lepas. Tapi ayat kemain, macam nak berpantun bagai.
Aku hari tu periksa 7 & 3/11 untuk paper STPM dan sambung balik paper MUET on 23/11. Ye lah kut. Aku dah lah makin pelupa sejak habis periksa.

Dan sampai sekarang, dengan bangganya aku tak dapat kerja lagi T_T
Takde rezeki. Huhu :'(
Nampak sangat semua syarikat2 kat Malaysia ni berpakat tak nak amik aku kerja. Apakah dosaku? Hahaha. Dok le. Aku yang liat maleh cari kerja.
Ntah la, aku rasa macam trauma je.  Ada jugalah aku try tanya mana2 tadika sebab aku ni memang orang kata ada aura jadi cikgu..ececeh..
tapi, masalahnye tu lah sifat perasan lebih aku tu buat semua tadika tak nak aku. Hahaha. Tu yang aku macam fobia je.

Lagi satu, kan..perawan tanpa lesen macam aku ni..memang susahlah nak gerak ke sana sini. Si Pika tu boleh pula bagi aku cadangan apply kerja kat Shah Alam. Pika..Pika, dia lupa kut aku takda lesen tak pun dia ingat aku ada beli rumah kat Shah Alam. Choy!
Nak pi pekan yg paling dekat pun mengemis meminta dikasihani oleh abang dan mak cik tolonglah hantarkan aku ni. Tu pun, belum tentu diaorang ok.
Jadi, harapkan abah je. Kesian abah. Nasib baik abah kerja sendiri. Tu pun, still kena buat appointment.

Situasi 1

" Incik Abah. Esok temankan Cik Seha ke tadika sana?"
" Oh tidak. Incik Abah sibuk..client Incik Abah beratur panjang nak jumpa Incik Abah."
" Kenapa pula sampai beratur?"
" Nak minta autograph. Incik Abah kan selebriti"
" Huh?"
" Ok. Lawak tak jadi."
"Apakah? T_T"

Situasi 2

" Incik Abah. Esok pi Abim ok dak?"
" Aiseimen. Incik Abah dah plan nak makan jamu tu."
" Makan jamu..? Haa..mohon penjelasan ye."
" Ye lah..lepas makan..perut kita memproses..lepas proses. Saham diluluskan untuk dibuang. Jadi, kita dah sakit perut manalah kita larat nak pi mana2 kan?"
" Erk..erk. Ok. faham. faham."
" Ke nak penjelasan lebih terperinci? Sekali sekala Incik Abah jadi kaunter pertanyaan ok jugak,"
" Eh..tak ape. tak ape."

Lebih kurang macam itu lah. Tapi, kan aku memahami mereka-mereka yang terpaksa ambil jawatan sebagai pemandu sementara isi rumah. Contoh abang dengan abah aku lah.
Jadi, aku nak cari kerja cepat dan dapat duit..boleh ambil lesen! Yang penting halalan toyyiban! Semoga rezeki Allah ada untuk kita :)
Allahumma Amiin.

Ok, sudah sampai di sini saja.
Ilal liqa'
:)