Monday, August 9, 2010

Sebuah Pertemuan

SEBUAH PERTEMUAN...

Januari 2010

Aku melangkah lesu ke dalam bilik lalu duduk di birai katil. Terasa penat dengan semua mehna ujian yang harus ku hadapi kini. Segalanya yang berlaku disekelilingku, pasti ada yang tidak kena. Otakku berserabut memikirkan masalah di hospital. Tiada siapa yang mahu ku jadikan tempat mengadu. Aku melemparkan pandangan sejauh mungkin ke luar jendela. Cantik sungguh halaman rumahku, bak saujana mata memandang. Dalam kelesuan, aku sempat lagi memuji. Tiada lagi perkampungan nelayan, bot-bot para nelayan dan lautan yang terbentang luas untuk ditatap olehku. Sungguh, jauh di sudut hatiku..aku begitu rindu suasana begitu. Namun, halaman rumahku juga tidak kurang hebatnya. Pokok-pokok yang menghijau dan air pancut yang dibina oleh arkitek yang telah ku upah kini menghiasi halaman villa impian milik kami sekeluarga. Pekerjaan sebagai seorang doktor pakar bedah memang berguna kepada kehidupan bahkan kepada negara jua. Alhamdulillah, aku telah berjaya. Aku bermonolog sendiri dalam hati.

Ketika aku sedang melayani perasaan, aku terlihat sekeping gambar yang telah sempurna dibingkaikan terletak di satu sudut di kamarku. “ Gambar ni..” kataku bangkit dan mencapainya lalu ku tatap wajah dua orang gadis yang sedang tersenyum bahagia. Aku memandang wajah si gadis ayu bertudung labuh berwarna kuning cair. Sungguh tenang hatiku melihat wajahnya yang bagaikan berseri itu. Aisyah Humaira, dialah yang mengajar aku erti persahabatan, kesyukuran dan kesabaran menghadapi dugaan hidup. Sesungguhnya dialah insan bernama teman, kawan sejati dan sahabat sehati yang pernah aku kenali...


10 tahun yang lepas..

Tempat: Kelas 4 Al-Hambali, Sekolah Agama Menengah Ibn Bathutoh

Semua pelajar kelas 4 Al-Hambali berdiri apabila Ustazah Zinnirah, guru kelasku memberikan salam. “ Baiklah, kelas. Hari ni, kamu semua ada saudara baru. Ustazah akan memperkenalkan seorang pelajar perempuan. Namanya Aisyah Humaira binti Abdullah.” Ustazah Zinnirah memperkenalkan pelajar itu setelah meminta kami semua duduk di kerusi masing-masing. Aku memandang rakan-rakanku yang lain, ada yang tersengih-sengih, bertepuk tangan, dan bermacam ragam lagi yang ku lihat untuk menyambut pelajar baru itu. Aku hanya sekadar mendiamkan diri. Tiada istimewanya dia yang bernama Aisyah Humaira. Aku kembali meneruskan latihan matematik yang terhenti tadi. “ Aisyah, kamu boleh duduk di sebelah...” Ustazah Zinnirah mencari-cari tempat duduk kosong. “ Alah, senang cerita duduk je lah kat kantin sana..banyak bangku kosong, boleh tengok muka pak cik kantin yang kacak tu,” celah Akmal Hadi, pelajar nakal sambil diikuti gelak tawa geng seangkatannya yang lain. Aku menggelengkan kepala. Dasar suka cari musibah. Ada sahaja perkara yang menyebabkan mulutnya itu menyampuk. Kutuk aku dalam diam. Ustazah Zinnirah menggeleng. “ Sebelah Fatimah Az Zahra,” katanya kemudian. Aku tersentak apabila ustazah menyebut namaku. Aku lihat pelajar baru itu tersenyum sambil memandang ke arahku.


* * * * *

MasyaALLAH, diaorang ni tak ada kerja lain ke?” Aku menoleh ke arah Safiyyah yang sedang membebel. Aku menghampiri mereka berdua. “ Kenapa ni, Safi..Aisyah?” tanyaku kehairanan. Safiyyah menggeleng-gelengkan kepalanya. “ Kau tengok ni, Fatim. Baru 2 minggu Aisyah pindah ke sekolah kita, dah banyak betul surat cinta yang Aisyah dapat. Wangi-wangi pulak tu, mesti diaorang sembur Ambi Piore tak pun One Drop Perfume. Pecah rekod ni, boleh tulis dekat SAM Ibn Bathutoh Books of Records,” seloroh Safiyyah sambil menunjukkan beberapa keping surat cinta untuk Aisyah. Aku ketawa lalu menoleh ke arah Aisyah. Tiada respon. “ Kau tak nak baca ke surat cinta ni, Aisyah? Cantik-cantik ni..tengok yang warna biru ni siap ada rama-rama lagi,” Sengaja aku ingin menduganya. Aisyah menggeleng. “ Ana tak minatlah, Fatim. Ana tak nak ambil tahu pun. Walid ana bayar yuran sekolah untuk ana belajar ilmu ALLAH, bukannya belajar untuk bercinta. Kalau enti nak, enti boleh ambil. Kalau nak yang ada rama-rama tu pun, ana tak kisah,” ujarnya selamba. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Selalunya kalau orang lain dapat surat cinta, bukan main lagi. Tidur tak lena, mandi tak basah dan makan pun tak kenyang. Ish..ish..ish, kawan aku ni. Aku bermonolog dalam hati.

Ana dah ada surat cinta lagi bermakna daripada tu. Tak perlu wangi-wangi dan tak perlu ada rama-rama. Segalanya sudah sempurna.” Aku dan Safiyyah segera mendekatkan diri kepadanya. “ Dari siapa, Syah? Gosip hangat ni,” tanya Safiyyah tidak sabar. Aisyah tersenyum. “ Dari ALLAH S.W.T. Dia bagi surat cinta melalui Al-Quran, kalam milikNya. Jika kita gembira akan surat cinta manusia yang bisa melalaikan, kenapa kita tidak suka membaca kalam cinta milikNya yang begitu berharga dan indah?”jelasnya ringkas. Aku dan Safiyyah saling berpandangan. SubhanaALLAH, berhikmah sungguh kata-katanya. Sepanjang aku berkawan dengannya, tidak pernah sekalipun aku mendengar dia berkata yang sia-sia. Jika tidak ada apa yang perlu dibicarakan, dia hanya mendiamkan diri sambil membaca Ma'thurat, ya..Ma'thurat. Aku sendiri kadang-kadang baru membacanya. Astaghfirullahaladzim...


3 bulan kemudian..


Aku berjalan mendahului Aisyah untuk ke perpustakaan. Aku melihat jam di tangan. “ Alamak, dah lambat ni. Cepatlah sikit jalan, Aisyah. Jalan macam itik pulang ke kandang,” gesaku apabila melihat Aisyah ketinggalan di belakangku. Aisyah tersenyum. “ Fatim, tidak baik tergesa-gesa. Lagi pun itu sifat mazmumah kerana boleh menyebabkan kemalangan,” katanya sambil cube berjalan beriringan denganku. Aku tersengih-sengih apabila Aisyah menasihatiku begitu. Persis Ustazah Zinnirah pula. Tetapi, memang ku akui apa yang dikatakannya tadi ada benarnya. Tiba-tiba, tanpa kami sedari seorang pelajar lelaki tanpa sengajanya telah melanggar Aisyah dan dia terjelepok jatuh. Aku segera menolong Aisyah untuk bangun semula. Kasihan dia. “ Woi! kau ni buta ke? Lain kali ada mata gunalah. Menyusahkan orang sahaja,” tengking pelajar itu. Pada masa itu, tahap kesabaran aku naik mendadak. Aku bercekak pinggang melihat sikap pelajar yang tidak beradab itu. “ Apa masalah kau? Kau yang mulakan dulu. Tak ada adab...” belum sempat aku menghabiskan ayat, Aisyah mencelah. “ Maafkan saya, saya tidak sengaja. Maafkan saya sekali lagi.” Pelajar lelaki itu terus sahaja berlalu pergi tanpa meminta maaf. Ego tahap kritikal!

Aku tercengang di tengah situasi itu. “ Aisyah, kau boleh biarkan dia pergi macam tu je? Dia dah tengking kau,” kataku sedikit kecewa. Aisyah tunduk lalu terus berjalan ke perpustakaan. Aku hanya mengikutinya dari belakang dengan perasaan tidak puas hati.


* * * * *

Aisyah, kau okey ke?” soalku setiba di perpustakaan sekolah. Aisyah mengangguk laju. Aku masih tidak berpuas hati dengan jawapannya itu. Aku perlukan kepastian mengapa dia hanya membiarkan pelajar kurang sopan itu pergi. Aku geram!

Aisyah, kenapa kau tak marah je budak lelaki tu tadi? Aku geram betul, nak je aku tengking balik.” Aisyah hanya memandangku yang sedang meluahkan perasaan. “ Enti pernah dengar tak ayat Al-Quran ni. Bismillahirrahmannirrahim. Tolaklah (balaslah) kejahatan dengan cara yang terbaik. Kami lebih mengetahui apa-apa yang mereka sifatkan. Surah Al-Mukminunn, ayat 96, juzuk 18.” Dia berhenti seketika, “ Fatimah Az Zahra, apa yang ana dapat kalau ana marah balik pelajar tadi? Ana cuma dapat sakit hati je kan? Lebih baik ana maafkan kesalahannya dan lupakan kejadian itu. Lagipun, kita tidak tahu apa perasaan dia dan mungkin dia ada masalah. Semua itu tidak boleh dijangkakan? Ana juga bersalah sebab tidak berhati-hati. Nabi pun mengampunkan umatnya, apalagi kita manusia umat islamnya yang lemah ni.” Aku hanya mengangguk mengerti. Terselit juga perasaan kagum diriku padanya, walaupun seringkali diperli dan dimarahi, dia hanya mendiamkan diri sambil tersenyum.


* * * * *

Aku dah malas nak belajar lagi! Asyik-asyik gagal, ingat aku ni otak bahasa arab ke?” bentakku suatu hari. Aisyah yang berada di sebelahku terkejut. “ MasyaALLAH, kenapa ni enti?” tanyanya perlahan. Aku merengus kasar. “ Aku malaslah nak cakap lagi. Makin sakit hati aku,” marahku sambil meronyokkan kertas ujian itu. Aisyah segera mencapai kertas ujian Bahasa Arab yang berada ditanganku lalu dilihat. “ Sabarlah, enti. Masih boleh berusaha, belum capai rasib. Ana yakin enti boleh skor mumtaz bila SMA nanti. Berusaha ya, yang penting kena tenang bila menghafal dan kena fahamkan betul-betul. Nanti kita belajar bersama-sama ye,” ujarnya ingin menyedapkan hatiku. Aku ketawa sinis. Buruk sungguh sifatku. “ Kau tahu apa? Kau lainlah, budak pandai..bolehlah cakap. Petik jari je kan? Terus dapat hafal. Pernah kau faham perasaan aku? Kau ingat nasihat kau tu boleh bantu aku lulus Bahasa Arab ni?” marahku. Geram dengan nasihat yang dia berikan. Aku dah penat-penat jawab soalan, dia boleh suruh aku sabar? Aisyah terdiam. Tidak ada sepatah pun kata-kata yang keluar dari bibirnya. “ Fatim, ALLAH jadikan ana di dunia ni..bukannya terus pandai. Semua orang kena berusaha dan terus belajar. Kalau asyik marah dan berputus asa, sampai bila pun tak akan berjaya. Apa yang enti dapat kalau enti asyik sedih dan bengang je? Bukan ke lagi bagus kalau enti tidak kenal erti mengalah?” Giliran aku pula yang mendiamkan diri. “ Ya ukhti, janganlah enti cepat berputus asa kerana ianya bukan akhlak seorang muslim. Kenanglah jasa ibu dan ayah enti, bukan senang mereka nak melihat anak mereka bersekolah,” nasihatnya lagi. Dia tidak mahu aku terus menerus kalah dalam emosi sendiri. Aku mencebik. “ Sekali lagi aku ulang, kau tidak tahu perasaan aku dan kau juga tidak berada di tempat aku. Aku penat tahu tak? Aku tahu aku tak pandai, bukan macam kau. Lagipun, aku orang miskin. Buat apa nak belajar pandai-pandai. Akhirnya, hidup susah jugak. Aku rasa kan, aku tak tahanlah dengan kau ni. Setiap masa ceramah aku, kau ingat aku ni teruk sangat ke?” Aku tetap tidak mahu mengalah.

Aisyah beristighfar panjang. Tergambar perasaan kecewa di wajahnya. “ Fatimah, kenapa dengan enti ni? Enti tahu tak, ana nasihat enti selama ni sebab enti ni kawan ana. Ana sayang semua saudara seislam ana. Buat pengetahuan enti, ana tak pernah pun ada rasa menyampah atau sekelumit rasa benci pada enti walaupun ramai orang kata enti ni macam-macam. Sampai hati enti kata ana macam tu. Lagi satu ana ingatkan, bukan miskin atau tidak bijak untuk dijadikan alasan dalam untuk tidak berjaya dalam pembelajaran. Tapi, sebab enti ni tidak mahu mencuba untuk berjaya. Asyik berserah pada takdir. Enti, kenapa perlu enti mengharapkan kehidupan yang susah pada masa hadapan sedangkan enti ada peluang yang ALLAH bagi untuk berusaha.” Aku terkedu mendengar kata-katanya. Dia menundukkan wajahnya ke lantai. “Enti tahu tak, enti ni sepatutnya bersyukur sebab ALLAH masih bagi enti rezeki untuk belajar. Ada orang sebaya kita yang mahu belajar, tetapi mereka tiada peluang..mereka tiada kesempatan. Enti kena hargai jasa ibubapa enti. Cuba enti bayangkan perasaan ibu dan abah enti kalau mereka tahu enti merungut begini. Ana bukan apa, ana nasihat ni bukan untuk enti seorang bahkan untuk diri ana juga. Tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih dan kegagalan hari ini adalah tangga kejayaan hari esok,” tegasnya lagi lalu pergi meninggalkan aku. Jelas kelihatan ada air mata yang menitis di pipinya. Saat itu juga aku dapat merasakan air mata mulai bertakung di kelopak mataku. Aku berasa bersalah kerana sudah memarahinya tadi, aku tahu pasti Aisyah kecil hati dengan sikapku yang tidak tahu bersabar ini. Aisyah, maafkan aku.


* * * * *

2 bulan kemudian...

Petang itu hujan lebat. Aku yang sedang mempelajari pelajaran Tafsir hampir sahaja terlena kerana kesejukan. Aku lihat rakan sekelasku yang lain, ada yang sedang berbual, ada juga yang melopong mendengar Ustazah Jannah memberi penerangan, ntah faham ntahkan tidak tetapi nampaknya hanya Aisyah sahaja sedang fokus mendengar penerangan Ustazah Jannah. “ Okey kelas. Rehat dulu beberapa minit, ustazah tahu kamu semua penat. Biasalah tu, lagi-lagi Akmal Hadi and The Gang. Agaknya dah sampai Makkah.” Akmal Hadi terkulat-kulat apabila ustazah memerlinya. Seisi kelas ketawa melihatnya sepeti baru tersedar dari lamunan. Namun aku tidak memperdulikan semua itu, ada sesuatu yang lebih penting harus ku lakukan. Pada kesempatan ini, aku ingin menanyakan sesuatu yang telah lama ku pendam kepada Aisyah Humaira.

Aisyah,” ujarku perlahan. Dia segera menoleh. “ Boleh aku tanya sesuatu?” Dia mengangguk. “ Ehm, aku nak kau jujur tau. Mungkin kau fikir aku ni unik atau aneh, tapi aku teringin sangat nak tanya kau soalan yang telah lama sangat aku pendam.” Aku cuba untuk menyusun ayat. Aku tidak mahu dia merasa pelik. “ Macam serius je bunyinya. Tanya aje lah. Tafaddal ya Fatimah Az Zahra,” balasnya.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Berdebar-debar rasanya. Bismillahirrahmannirrahim. Ucapku dalam hati. “ Aisyah, aku nak tanya kau satu soalan..err..mungkin lebih. Err...kenapa kau sudi nak bersahabat dengan aku? Apa kelebihan aku? Aku ni tak sempurna macam orang lain. Aku jahat, selalu tak dengar nasihat kau. Aku bukannya orang kaya, aku orang susah. Abah aku kerja nelayan dan emak aku pula bekerja sebagai tukang sapu di universiti tempatan. Aku berasal dari keluarga susah. Bukannya macam kau, anak orang korporat, ummi kau pula ada butik muslimah sendiri. Kau tak malu ke kawan dengan aku yang serba-serbi kekurangan ni?” luahku satu persatu. Aisyah tersenyum penuh makna. “ Aku ni orang susah, Syah. Aku tak ada duit macam orang lain. Aku tak cantik, aku tak baik dan aku juga selalu gagal dalam periksa. Emak dengan abah aku selalu marah aku. Mereka kata, aku tak pandai hargai semua pengorbanan mereka. Aku sedih, semua orang tak suka aku. Semua orang lari bila nampak aku. Jujur aku akui, kaulah sahabat pertama aku, Syah. Aku tak pernah punyai kawan selama aku hidup ni. Aku malu, semua orang kata aku tumpang kekayaan kau. Sumpah, Syah. Aku kawan kau ikhlas dari hati. Aku tak pernah pandang kekayaan kau. Aku tak nak jadi materialistik. Kata emak aku, hidup ni jangan mengemis. Aku sedar aku ni tak punya apa-apa, Syah. Kau baik, Syah. Kau selalu menasihati aku, tapi aku mudah terasa hati. Meskipun, apa yang kau nasihatkan semuanya betul . Aku tak layak kawan dengan kau, Syah.” Akhirnya terluah juga isi hatiku. Hampir sahaja air mataku mengalir, namun ku tetap menahannya.

Fatimah, bersahabat dengan enti adalah satu anugerah yang tak terhingga. Ana bersyukur sangat sebab dapat kawan yang sentiasa bersama ana. Tak semua insan punya kelebihan itu. Apa salah enti sampai enti rasa enti tak layak kawan dengan ana? Baiklah, ana akan menjawab soalan enti bila enti jawab soalan ana ini.” Aku terpinga-pinga.

Mata enti ada berapa pasang? 1, 2, ataupun 9?” “ Sepasang,” jawabku. “ Telinga enti ada berapa?” soalnya lagi. Aku ketawa. Hilang sedikit rasa sebak di hati. “ 2 lah, satu kiri satu lagi kanan.” Aisyah tersenyum menampakkan lesung pipitnya. “ Soalan terakhir. Darah enti warna apa? Kuning ka, biru ka, ataupun merah?” Terhambur sisa ketawa dari mulutku namun ku kawal agar Ustazah Jannah tidak perasan. “ Merahlah,” Aku berasa lucu dengan soalannya. “ Jadi, apa yang membezakan kita? Darah ana pun warna merah, mata ana pun sepasang bahkan telinga ana pun diciptakan 2..sebelah kanan dan sebelah lagi di kiri. Adakah istilah layak ataupun tidak? Kita juga manusia biasakan? ALLAH ciptakan kita sama rata. Cuma mungkin, rezeki usrati yang lebih tetapi itu tidak bermakna ana boleh berbangga. Semua itu bahkan diri kita adalah pinjaman semata dan hak milikNya yang kekal. Bukankah nikmat ALLAH itu cuma ujian kepada hambaNya? Ana seharusnya bersyukur dengan setiap kurniaanNya, sama ada yang kurang ataupun yang terlebih. Tiada apa yang boleh membezakan kita...kita ni semua sama taraf disisiNya, yang membezakan cuma keimanan dan ketaqwaan.Enti nak tahu satu perkara lagi?” Aku mengangguk laju. “Terus terang ana katakan, ana tak pernah menyesal bersahabat dengan enti, ana dapat rasakan keikhlasan dan kejujuran dalam diri enti. Bukankah itu lebih penting dalam sebuah ikatan persahabatan? Sahabat yang beriman itu membawa kita ke jalan Allah.” Aku terdiam mendengar kata-kata Aisyah, terselit rasa kesal kerana menyoal niatnya bersahabat denganku. “Enti, walaupun pekerjaan abah dengan emak enti hanya nelayan dan tukang sapu, tetapi siapa tahu kalau pekerjaan itu lebih berkat? Kerja itu kerja yang mulia dan enti patut bersyukur dengan nikmat ALLAH. Belajarlah bersungguh-sungguh. Buktikan pada diri, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang lain bahawa enti boleh berjaya. Ana yakin, enti pasti boleh mencapai kejayaan dalam kehidupan enti, insyaALLAH.” Saat itu juga, air mata mengalir turun dipipiku. “ Aisyah, aku rasa aku dah banyak buat salah...kau rasa ALLAH nak terima taubat aku?” Sekali lagi aku melihatnya tersenyum, “ Ya Habibi, sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun dan Dia amat cintakan pengampunan. Ingatlah Fatimah, bahawa rahmat ALLAH mengatasi segalanya.” Hatiku tenang dan lega mendengar penjelasan Aisyah. “ Syukran, Aisyah. Terima kasih sekali lagi sebab sudi jadi sahabat sehati aku. Kaulah teman, kawan sehati dan sahabat sejati aku. Jujur aku kata, kau telah merubah corak hidup aku dan mengajar aku erti kesabaran,” ujarku terharu. “ Fatimah, semua itu kerana kasih sayang ALLAH S.W.T. Dia inginkan yang terbaik untuk setiap hambaNya dan tanpa izinNya, ukhwah ini juga tidak akan terbina.” Giliranku pula tersenyum, “Aku minta maaf sebab selama ni, aku tak pernah cuba menghargai kau sebagai kawan. Aku minta maaf, Aisyah,” ujarku lagi. Aisyah mengangguk, “ Fatimah, disebalik kesulitan itu ada kemudahan. Esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati..” ujarnya buat yang terakhir.


* * * * *

Mana pula Si Aisyah ni? Dah pukul 7.15 pagi ni. Nanti loceng berbunyi, kelam kabut hendak ke tapak perhimpunan. Aku menoleh ke kiri dan kanan luar kelas. Aisyah, mana kau? Tiba-tiba bahuku ditepuk perlahan, membuatkan aku kaget sesaat. “ MasyaALLAH, kau rupanya Safiyyah. Aku ingat siapalah tadi,” kataku sambil tersenyum ceria. Tidak pernah aku seceria pagi ini. Selama aku berkawan dengan Aisyah, dialah yang mewarnai kehidupan seharianku. Hatiku lebih tenang sekarang. “ Kau tunggu siapa?” tanyanya. “ Aku tunggu Aisyah. Selalunya dia sampai lagi awal dari aku. Tapi, hari ni dia tak datang lagi,” jelasku kemudian. Ku lihat wajah Safiyyah sugul. Aku kehairanan. “ Kenapa ni, Safi? Selalu kau yang terlebih cakap, kenapa hari ni senyap? Senyumlah sikit,” gurauku sambil mencubit lembut pipinya yang gebu itu. Tiba-tiba tanpa ku sedari air matanya menitis. “ Janganlah nangis. Aku cuma cubit sikit je. Minta maaflah kalau sakit,” ujarku sedikit cuak. Safiyyah memang begitu, mudah terasa hati ketika bergurau senda. “ Tak ada apa-apa, hari ni aku tak sihat sangat. Badan aku panas sikit, petang ni kena pergi klinik,” balasnya sambil menyeka air mata yang sebentar tadi menitis. Aku hanya mengangguk. “ Dah la, kita pergi perhimpunan dulu. Kita tunggu Aisyah di sana,” pujukku. “ Aisyah tak datang hari ni, semalam ummi dia bagitahu aku,” beritahu Safiyyah perlahan. Aku terdiam.“ Kenapa pula?” Safiyyah hanya mendiamkan diri. Mungkin tak ada mood kot, almaklumlah orang tak sihat. Biasalah tu.“ Ehm, tak apalah. Jom cepat, nanti tak dapat duduk depan sekali. Susahlah, tak boleh tengok muka abang pengawas,” selorohku cuba untuk mengelakkan Safiyyah muncung memanjang.


* * * * *

Aku seperti hendak tertidur mendengar ucapan guru-guru di perhimpunan. Namun ku gagahi jua untuk membuka mata daripada terlelap. Tibalah saat pengetua memberikan ucapan. “ Ehm, apa pula dia nak nasihat kali ni?” ujar pelajar perempuan lain diikuti gelak tawa rakannya. Aku memberikan pandangan tajam 360 darjah. “ Tak baik betul.” Aku terdengar Safiyyah mendengus dalam diam. Aku hanya membisukan diri. Malas hendak melayan.

Assalammualaikum, murid-murid.” Semua pelajar menjawab salam yang diberikan oleh pengetua. “ Ustaz bersyukur kerana dengan izinNya kita masih lagi bersama-sama dapat menghirup udara segar pada pagi Jumaat yang indah ini. Tetapi sayang, kerana salah seorang sahabat kita tidak dapat lagi bersama-sama kita.” Semua pelajar seakan-akan hairan dengan ucapan pengetua. Tiba-tiba aku melihat dari jauh, Ustazah Zinnirah seakan menangis sambil ditenangkan oleh beberapa orang guru lain. “ Buat pengetahuan kamu semua, sahabat kita..Aisyah Humaira binti Abdullah, pelajar kelas 4 Al-Hambali telah pergi menghadap Ilahi kerana arwah telah terlibat dengan kemalangan semalam yang melibatkan pemandu keretanya dan Allahyarhamah. Arwah telah dihantar ke hospital dan pada mulanya doktor mengatakan bahawa arwah berkemungkinan boleh diselamatkan namun ALLAH lebih menyayanginya dan pada hari ini..tepat pada pukul 12.00 pagi, doktor mengesahkan bahawa dia sudah meninggal dunia kerana pendarahan yang teruk di kepala setelah dia koma beberapa jam.”

Aku tersentak. Apa?Aisyah Humaira? Apakah dia..sahabatku? Soalan itu bertalu-talu bertanya hatiku, namun aku tidak mampu menjawabnya. Tidak mungkin Aisyah, baru semalam aku melihatnya tersenyum dan baru semalam dia menasihatiku. Semua itu satu kesilapan. Aku bertambah bingung apabila keadaan tiba-tiba semakin tidak terkawal. Semua orang menyebut nama Aisyah. Aisyah, di mana kau? Aku seperti hilang timbangan..air mata yang tertumpah bagaikan titisan mutiara air hujan dari langit yang mendung. Ya ALLAH, dugaan apakah ini? Aisyah, mengapa kau pergi di saat aku benar-benar membutukan kau sebagai teman? Kenapa Aisyah?? Kenapa?? Tiba-tiba aku merasakan pandanganku bagaikan berpinar-pinar...semakin lama semakin gelap...lalu..lalu aku rebah ke bumi. Selepas aku tersedar daripada pengsan, Safiyyah menceritakan perkara yang sebenar. Dia tahu lebih awal berita pemergian Aisyah, bila aku bertanya mengapa dia tidak memberitahuku...dia tidak sampai hati ingin melihat aku berduka. Barulah aku sedari, dia menangis pagi itu kerana sedih akan pemergian Aisyah. Aku tidak menyalahkan Safiyyah kerana aku tahu niatnya baik. Akan ku cuba untuk menelan semua kepahitan ini kerana ku yakin di penghujungnya akan ada kemanisan yang menanti. Aku harus sedar, setiap yang bernyawa pasti pergi akhirnya. Di saat itu, aku benar-benar yakin..dia insan yang istimewa.

Menitis air mataku tanda keharuan kepada sebuah pertemuan. Ya ALLAH, aku bersyukur kepadaMu kerana mengurniakan aku sahabat setulus dia. Terima kasih ya ALLAH. Engkau sampaikanlah rindu hambaMu ini padanya. Ku pasrah akan kehendakMu, Ya Rabbul Izzati. Ku mohon padaMu ya ALLAH, kau tempatkanlah dia antara hambaMu yang beriman dan bertaqwa, ameen ya rabbal alameen. Aisyah Humaira, akan ku teruskan perjuangan ini walau aku tahu kau tiada di sisiku untuk memberikan kekuatan. Percayalah Aisyah, walaupun 10 tahun sudah berlalu..namun, setiap patah nasihat kau akan ku terus semadikan ia di dalam hatiku. Kaulah sahabat dan kau jualah teman. Aisyah Humaira, semoga kau tenang di sana...


Wahai sahabataku, tahukah dikau mengapa pengorbanan itu pahit? Ia PAHIT kerana SYURGA itu MANIS ”

Firman ALLAH Ta'ala:

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan ber'amal salih dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran (3)

Surah Al-Ashr ayat 1 hingga 3, juzuk 30


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments: