Saturday, June 23, 2012

Dan sebenarnya

semalam, jumaat 22/6 aku balik ke kampung. mungkin x berapa teruja sangat sebab minggu lepas aku dah fly dari asrama..haha...nak naya fly..mana ada...minggu lepas tiba2 sakit...malam2 minta abah ambik..

"abah, abah kat mana ni?"

"abah kat klang..kenapa?"

"abah, malam ni amik iya kat hostel. sakit lah..macam nak pengsan je."

"laa..boleh ke?"

"pasal iya semua boleh..hehe..iya dah wat dah surat rasmi nk minx blek luar jadual."

"ok2..nnti abah amik."

nasib baik bila mengenangkan kampung aku ni sejam je perjalanan. maunye kat hulu selangor...pengsanlah aku sorang2 kat dorm..

kenapa ntah..hati ni macam terasa sgt berat nak smbug form 6..hilang rasa gembira lagi bahagia..seriyes..

aku x tau kenapa..nak buat assignment mcm malas sangat...allah T_T
smpai sekarang aku tak faham...kenapa rakan sekelas aku especially yg lelaki aneh2 lg pelik2

pernah suatu masa aku ckplah.."yey..nak rehat!" saje je lah nak hepi kan diri...dtg sorang ni..dia bleh cakap..
"nak rehat,rehat je la..nak cakap2 kat orang pulak. bising-bising je." (lebih kuranglah)

dgn tiba2 je aku rasa mcm nak ketuk kepala sendiri. kenapalah aku ckp mcm tu. lepas tu aku balaslah..'suka hati akulah.."

dan yg menjadi persoalan kat sini..apa masalah dia sebenarnye? ada aku cakap dengan dia ke? bleh je kalau dia nak buat donno...tp kenapa dia keluarkan statement yg spoil mood aku tu..

lepas tu bila orang tanya...

"weh..mcm mana nak pasang whiteboard baru tu?" tau tak apa dia cakap...
" pasanglah mengikut apa yang kita suka."

boleh je dia cakap..' oo..kalau nak letak whiteboard tu..kena pasang paku dulu kat setiap penjuru.."

geramnya..lepas aku balaslah.." eh..bagusnya jwpn kau." dan dgn bahagianya dia boleh ckp.."mmng bagus pun..terima kasih."

allah T_T...sedihnya aku ada kwn mcm tu..yg perempuan nya semua ok..mungkin diaorang berani sbb diaorang dr sek yg sama dr form 1 smpai form 5..sbb tu lah mereka selalu support kwn2 lama diaorng je..

lps tu pernah la aku gagap masa present..dan sepatutnye sbg kwn..mestilah kita support kwn kita..dan yang paling aku tak sangka2 kan diaorang bleh ejek2 aku..what the? apa masalah diaorang ni?

" assss..assa..."
"gagap..apa dia gagap?"

aku rasa aku x buat masalah pun dgn mereka...bila ditanya...buat x dengar...bila ditegur..buat selamba badak..mcm aku ni tunggul...

cuba gak bersabar...faham keadaan..mungkin masih baru lg..ya allah...sedihnye..

bak kata 'atiqah.."faseha,yakinlah ada hikmahnya. tengok bayi yg nak belajar berjalan..mesti dia ada jatuh2 kan..takkanlah dia bleh terus berjalan kan? yakinlah..allah dah sedia kan yg terbaik..

bak kata auni dan anis, " sakinah, be strong tau. jangan mengalah. ada hikmah kenapa allah aturkan begitu."

ya allah..aku mengakui..memang semua ni berlaku ada kena mengena dgn salahku dahulu..aku pernah tak suka org..dan akibatnya, beberapa org di kelasku tidak menyukaiku,,aku akui ya allah..aku pernah pandang rendah kpd shbt2 di sek lama..dan blsnnya, aku kini merindui mereka..walaupun mereka kurang itu..ini..tp mereka selalu menyokong ku...selalu membuatku tersenyum dan ketawa..

ya allah..ampuni aku jika aku terlepas dari terus mengharapkan Mu..ya Allah..ampuni aku..yg semakin jauh dariMu...ya allah..bantulah aku kembali mencariMu di dalam hati ini..allahumma amiin.


Monday, June 4, 2012

PUTERIKU SAYANG~MESTICA FEAT MUNIFF HIJAZ



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya….

Semoga hijab menjadi pakaianmu, Semoga kesucian menjadi amalanmu, Semoga kesopanan menjadi perhiasanmu, Semoga syurga menjadi tempatmu..jom jadi baik! Jadikan ALLAH sebagai matlamat hidup kita ;) Bila kita mencintai ALLAH, ALLAH akan hadirkan cinta lain yang diredhainya untuk kita….;)

Friday, June 1, 2012

Eh! Mak cik Hidayah. Ya Allah..pilih lah aku!

assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

salam jumaat yg tersangat osem ^^

hari ni..ntah kenapa..jari nak sangat menari atas keyboard..bukan untuk meluahkan isi hati tapi nak berkongsi sesuatu yg sangat istimewa.

mungkin tidak istimewa untuk anda semua..tapi tersangat spesial untuk diri yg marhaen ni. seriyes ^^

hari tu..lebih kurang pukul 9 lebih...waktu dhuha...aku diminta mama untuk ke kedai cik jamal yg tak jauh dr rumah dlm 20 tapak kaki smpailah.

waktu tengah belek2 surat khabar tiba2 mata ni nmpk kat hadapan muka surat khabar terbitan negara malaysia..(mana lagi kan?)
mengenai penghijrahan seorang artis wanita...iaitu natasya hudson. siapa tak kenal dia? erm..tak kenal x tau lah..bkn masalah aku..

tapi apa yg membuatkan aku sebak..dia cerita dapat hidayah semasa solat taubat kat Raudhah dan so on. aku x sempat beli surat khabar tu sbb x cukup duit. tapi seriyes..dia mmng nmpak cantik bila berhijab ^^

lepas dari hari tu..aku selalu berfikir2 sendiri...alhamdulillah..makin ramai insan yg dpt hidayah ALLAH...untungnya mereka..

dari sahih bukhari:

Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Dia akan memberinya kefahaman dalam agama.

"untungnya lah mereka yg ALLAH berikan peluang untuk mengenal ALLAH lebih dekat."
"bertuahnya mereka...ALLAH masih sygkan mereka."
"bersyukurnya mereka kerana dipilih untuk mendapat hidayah ALLAH."

kadang2 hati ni rasa cemburu sangat dengan mereka yg ALLAH pilih untuk kembali mengenal ALLAH dan terus kuat melangkah..

AKU??

Adakah aku ni dah cukup baik? Istiqamah kah aku dalam kebaikkan? Terpilih ke aku untuk mendapat hidayah ALLAH? Antara berjuta makhluk yg soleh...setanding ke amalan aku dengan mereka? Allah...T_T

Rasa nak menangis bila kwn2 kata diri ni alim..rasa hati hancur bila mereka kata aku baik..

wahai sahabat..

andainya kau tahu betapa hina dan jahatnya diri aku. Andai kau tahu..betapa zalimnya aku ke atas diri sendiri...andai kau tahu...siapa aku sebenarnya...

cukup..cukuplah kata diri ni begitu...aku rasa bersalah sangat bila org kata aku macam tu..sedang ALLAH lebih kenal aku siapa...ampunkan aku ya allah atas kata-kata mereka..mereka tidak tahu..mudah2an doa mereka menjadikan aku muslimah yg baik. ^^

Rasa indahnya bila suatu hari ALLAH pilih hati ni agar kembali semula kepada Dia...diri ni sgt futur..dalam melangkah..seringkali jatuh walau ditiup angin kus kus yg lemah lembut serta sopan santun..hmm...

apa hasil yg aku nak tunjuk kat depan ALLAH nnti??
" Aku bagi kau hidup lama kat dunia tu..ni je amalan kau?" apa aku nak jwb nnti..bila ALLAH tanya aku..
" Erk..on9 fesbuk 5 kali sehari? Hapdet blog? Tengok youtube? Layan K-pop?"

Wahai hati...
kembalilah kepada ALLAH..Dia sentiasa menanti kamu dengan penuh kasih sayang..
jangan pernah hiasi kefuturan itu. Kuat..bangun andai kamu terjatuh...ALLAH sentiasa menolong orng yg menolong agamaNya...yakinlah dengan ALLAH dan RasulNya..berkorbanlah demi islam...ALLAH tak akan sia2kan usaha kamu. Ingat! Hidup mulia atau mati syahid =)

Hidup bukan setakat lulus SPM, smbung belajar, dapat degree, kahwin..dapat anak...dapat kerja bagus..dpt beli rmh...dah tua dan so on..itu namanya lifeless, faseha =(

Hidup ni ada tujuan....hidup umpama jmbatan ke akhirat. jadi..bercucuk tanamlah sekarang..dan tuainya di akhirat =) pesanan untuk diri sendiri bila malas buat ibadah yg ALLAH suruh ^^ nak dpt hidayah jgn setakat kat bibir..kena usaha dptkannya!! Jom hijrah jd lebih baik!


p/s: kepada sesiapa yg baca...sebenarnya entry ni untuk diri sendiri. tak berkaitan dgn sesiapa pun. tahu tak kenapa saya namakan alamat blog saya mcm tu..sbb saya nak semuaong mendoakan diri mereka mnjadi baik smpai bila2....:) mcm masa kita kecil2 dulu ^^

" Ya ALLAH, peliharalah hati kami dari nifaq. Peliharalah amalan kami dari riyak. Allahumma amiin"