salam jumaat yg tersangat osem ^^
hari ni..ntah kenapa..jari nak sangat menari atas keyboard..bukan untuk meluahkan isi hati tapi nak berkongsi sesuatu yg sangat istimewa.
mungkin tidak istimewa untuk anda semua..tapi tersangat spesial untuk diri yg marhaen ni. seriyes ^^
hari tu..lebih kurang pukul 9 lebih...waktu dhuha...aku diminta mama untuk ke kedai cik jamal yg tak jauh dr rumah dlm 20 tapak kaki smpailah.
waktu tengah belek2 surat khabar tiba2 mata ni nmpk kat hadapan muka surat khabar terbitan negara malaysia..(mana lagi kan?)
mengenai penghijrahan seorang artis wanita...iaitu natasya hudson. siapa tak kenal dia? erm..tak kenal x tau lah..bkn masalah aku..
tapi apa yg membuatkan aku sebak..dia cerita dapat hidayah semasa solat taubat kat Raudhah dan so on. aku x sempat beli surat khabar tu sbb x cukup duit. tapi seriyes..dia mmng nmpak cantik bila berhijab ^^
lepas dari hari tu..aku selalu berfikir2 sendiri...alhamdulillah..makin ramai insan yg dpt hidayah ALLAH...untungnya mereka..
dari sahih bukhari:
Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Dia akan memberinya kefahaman dalam agama.
"untungnya lah mereka yg ALLAH berikan peluang untuk mengenal ALLAH lebih dekat."
"bertuahnya mereka...ALLAH masih sygkan mereka."
"bersyukurnya mereka kerana dipilih untuk mendapat hidayah ALLAH."
"bertuahnya mereka...ALLAH masih sygkan mereka."
"bersyukurnya mereka kerana dipilih untuk mendapat hidayah ALLAH."
kadang2 hati ni rasa cemburu sangat dengan mereka yg ALLAH pilih untuk kembali mengenal ALLAH dan terus kuat melangkah..
AKU??
Adakah aku ni dah cukup baik? Istiqamah kah aku dalam kebaikkan? Terpilih ke aku untuk mendapat hidayah ALLAH? Antara berjuta makhluk yg soleh...setanding ke amalan aku dengan mereka? Allah...T_T
Rasa nak menangis bila kwn2 kata diri ni alim..rasa hati hancur bila mereka kata aku baik..
wahai sahabat..
andainya kau tahu betapa hina dan jahatnya diri aku. Andai kau tahu..betapa zalimnya aku ke atas diri sendiri...andai kau tahu...siapa aku sebenarnya...
cukup..cukuplah kata diri ni begitu...aku rasa bersalah sangat bila org kata aku macam tu..sedang ALLAH lebih kenal aku siapa...ampunkan aku ya allah atas kata-kata mereka..mereka tidak tahu..mudah2an doa mereka menjadikan aku muslimah yg baik. ^^
Rasa indahnya bila suatu hari ALLAH pilih hati ni agar kembali semula kepada Dia...diri ni sgt futur..dalam melangkah..seringkali jatuh walau ditiup angin kus kus yg lemah lembut serta sopan santun..hmm...
apa hasil yg aku nak tunjuk kat depan ALLAH nnti??
" Aku bagi kau hidup lama kat dunia tu..ni je amalan kau?" apa aku nak jwb nnti..bila ALLAH tanya aku..
" Erk..on9 fesbuk 5 kali sehari? Hapdet blog? Tengok youtube? Layan K-pop?"
Wahai hati...
kembalilah kepada ALLAH..Dia sentiasa menanti kamu dengan penuh kasih sayang..
jangan pernah hiasi kefuturan itu. Kuat..bangun andai kamu terjatuh...ALLAH sentiasa menolong orng yg menolong agamaNya...yakinlah dengan ALLAH dan RasulNya..berkorbanlah demi islam...ALLAH tak akan sia2kan usaha kamu. Ingat! Hidup mulia atau mati syahid =)
Hidup bukan setakat lulus SPM, smbung belajar, dapat degree, kahwin..dapat anak...dapat kerja bagus..dpt beli rmh...dah tua dan so on..itu namanya lifeless, faseha =(
Hidup ni ada tujuan....hidup umpama jmbatan ke akhirat. jadi..bercucuk tanamlah sekarang..dan tuainya di akhirat =) pesanan untuk diri sendiri bila malas buat ibadah yg ALLAH suruh ^^ nak dpt hidayah jgn setakat kat bibir..kena usaha dptkannya!! Jom hijrah jd lebih baik!
p/s: kepada sesiapa yg baca...sebenarnya entry ni untuk diri sendiri. tak berkaitan dgn sesiapa pun. tahu tak kenapa saya namakan alamat blog saya mcm tu..sbb saya nak semuaong mendoakan diri mereka mnjadi baik smpai bila2....:) mcm masa kita kecil2 dulu ^^
" Ya ALLAH, peliharalah hati kami dari nifaq. Peliharalah amalan kami dari riyak. Allahumma amiin"
1 comment:
amin~
Post a Comment