Friday, May 24, 2013

ATUK ATIQ

Bismillahirrahmannirrahim =D

Aku ada seorang sahabat. Nama dia Atiq.
Setiap kali dia buat salah, aku akan tegur dia macam aku ni kakak dia yang paling otai kat dunia.
Tapi dia lagi otai, dia kembang kempiskan hidungnya.
Buat kuasa veto aku turun sikit.

Dua tahun lepas kut, adalah beberapa kali aku pi rumah dia, biasalah pelajar cemerlang kan. So niat mestilah untuk studi.
Atiqah selalu citer pasal atuk dia. Tapi, aku tak pernah nampak atuk dia. Atuk dia dah tua, mungkin dalam 80-an.

"Ehem. Ehem..nama pun  atuk, memanglah dah tua. Takkan atuk dia semuda dia kan?"

 Atiq cerita atuk dia tu sakit, hmm..contohnya, atuk dia mula hidapi penyakit Alzhaimer. Then, takdir Allah, suatu hari tu aku pi lah rumah Atiq, tetiba aku nampak ada katil kat ruang tamu. Atuk keluar dengan family Atiq time tu.

" Eh? Tak cukup bilik ke?"

 Nampak tak, punya kuang asam sangkaan aku. Rupa-rupanya, kata Atiq tu katil atuk. Senang letak kat luar. Jadi, orang datang jenguk atuk pun senang. Atuk pun dah tak larat berdiri lama.

Ececeh..bajet macam atuk sendiri je.

Oh.. first time aku nampak atuk..mestilah aku teringat arwah atuk kat kampung. Cume, satu je yang membezakan, atuk Atiq suka pakai kopiah.

Mata aku ni pun gatal sangat, suka sangat perhati atuk. Sampai aku rasa atuk tu seram dengan aku. Maaf ye tuk. Cucu bukan nak mengorat. Eheh.. =='

Dah atuk rasa rimas, aku pun sambung belajar. Tetiba, mak Atiq macam cakap2 dengan atuk. Aku pun macam biasalah, tetiba busybody kan. Hahaha.

Rupa-rupanya, atuk nak solat. Automatik aku tenung jam. ''Lorh..azan maghrib pun belum. Atuk nak solat apa?" Muka aku jangan cakaplah. Gerenti tak comel dan berkerut seribu.

" Bapak Mak cik memang macam ni. Kadang2 dia bangun nak solat. Tak kira waktu. Asal dia rasa nak solat, dia pun solat."

" Walaupun waktu tu bukan waktu solat?"

" Ye. Kadang2 tu, dia dah solat tapi dia lupa. Nak solat lagi. Tapi, dia lupa lagi waktu apa. Rakaat pun dia lupa. Selalu mak ciklah yang bantu dia ambil wuduk."

Tetiba, aku rasa hati aku sebak sangat. Lagi bertambah sebak bila lihat tubuh tua atuk solat. Padahal, terketar2 atuk berdiri..sampai nak bangun untuk rakaat seterusnya pun kena pegang kerusi untuk berdiri.Atuk tak nak solat duduk. Dia rasa dia masih kuat untuk solat berdiri.dia mahu berjumpa dengan Allah seperti insan lain yang sempurna kudratnya.

Apa aku rasa? Mestilah aku rasa malu kat Allah. Kat diri. Kat atuk.

Aku masih muda, umur belum 20 lagi..tapi selalu bagi macam2 alasan bila azan berkumandang. Malu sebab aku ada rasa malas solat, lewatkan solat. Tapi atuk...tak. Imannya masih lagi berdiri teguh walaupun dirinya tidak mungkin mampu berdiri kukuh.

Tapi, aku coverlah depan Atiq. Karang tak pasal2 dia pelik, kenapalah aku menangis masa belajar math. Susah sangat kut.

Petang tu, merupakan hari paling indah dalam hidup aku. Aku belajar cintakan solat dari atuk. Insan yang aku tak pernah kenal walau namanya sekalipun.

Dalam hati, aku yakin mesti waktu muda atuk dulu..dia sangat cintakan agamanya. Dia cintakan solat sehingga tua, bangun dari tidur dia hanya ingin solat.

Allah, terima kasih temukan aku dengan atuk.



Monday, May 13, 2013

Oh Kakiku!

Bismillahirrahmannirrahim.

Beberapa minggu yang lepas aku telah mengalami satu ujian yang sangat menduga jiwa.
Tipu kalau aku kata aku sangat bahagia saat itu, tapi itu peringatan Allah barangkali :)

Malam tu, aku memang tak dak mood. Esoknya pula hari Isnin. Jadi, malam tu dengan tensyennya aku pun menggosok baju dengan muka yang tak berapa bahagia. Hahaha.

Lepas settle gosok baju, aku pun letaklah seterika tu kat tempat asal ia. Tiba-tiba, aku dengar bunyi sesuatu.
Aku pandang balik kat tempat seterika tu dan alih-alih dalam sekelip mata aku nampak seterika tu jatuh. Mungkin aku letak tak berapa kena dengan tempatnya.

Mula-mula aku pandang je seterika tu mungkin berasa kagum sebab tak pernah terjadi sebelum ni. Tapi, lepas tu baru aku sedar, kaki aku yang berada kat bawah seterika tu. Allah...T_T

Lepas kejadian tu, aku dihujani macam2 soalan, lebih kurang mcm ni,

" Kau gosok baju guna tangan ke kaki?"
" Pelik. Orang selalu kaki melecur kena ekzos motor."
" Hebat seterika kau, boleh terbang." 
" Kau sapu dengan ubat gamat, ubat gamat elok tau. Kalau kau tak ada, aku ada. Nak?

-___-

Sejak kejadian tu, aku rasa fobia bila gosok baju. Nak pandang tempat lain sekejap pun rasa takut. Tangan jangan cerita, tetiba menggeletar umpama parkinson. Ececeh. Terlebih hiperbola pulak.Eheh.
p/s: Allah sayang tu, sebab tu Dia uji kita. ^^,