Friday, December 20, 2013

Misi selepas tamat STP

Bismillahirrahmannirrahim.

Yeah! Dengan bangganya aku nak umumkan, akulah ex stpm candidate!
segala penat lelah telah aku lalui, penuh ranjau berduri sehingga aku rasa tak mampu berdiri,
mahu mengalah tapi takut abah marah
jadi aku teruskan jua hingga temui penamatnya!

ecececeh...sangat tak boleh blah! hahaha. tapi memang sastera kut mukadimah aku.
sebenarnya, nak bagitahu je dah habis exam bulan lepas. Tapi ayat kemain, macam nak berpantun bagai.
Aku hari tu periksa 7 & 3/11 untuk paper STPM dan sambung balik paper MUET on 23/11. Ye lah kut. Aku dah lah makin pelupa sejak habis periksa.

Dan sampai sekarang, dengan bangganya aku tak dapat kerja lagi T_T
Takde rezeki. Huhu :'(
Nampak sangat semua syarikat2 kat Malaysia ni berpakat tak nak amik aku kerja. Apakah dosaku? Hahaha. Dok le. Aku yang liat maleh cari kerja.
Ntah la, aku rasa macam trauma je.  Ada jugalah aku try tanya mana2 tadika sebab aku ni memang orang kata ada aura jadi cikgu..ececeh..
tapi, masalahnye tu lah sifat perasan lebih aku tu buat semua tadika tak nak aku. Hahaha. Tu yang aku macam fobia je.

Lagi satu, kan..perawan tanpa lesen macam aku ni..memang susahlah nak gerak ke sana sini. Si Pika tu boleh pula bagi aku cadangan apply kerja kat Shah Alam. Pika..Pika, dia lupa kut aku takda lesen tak pun dia ingat aku ada beli rumah kat Shah Alam. Choy!
Nak pi pekan yg paling dekat pun mengemis meminta dikasihani oleh abang dan mak cik tolonglah hantarkan aku ni. Tu pun, belum tentu diaorang ok.
Jadi, harapkan abah je. Kesian abah. Nasib baik abah kerja sendiri. Tu pun, still kena buat appointment.

Situasi 1

" Incik Abah. Esok temankan Cik Seha ke tadika sana?"
" Oh tidak. Incik Abah sibuk..client Incik Abah beratur panjang nak jumpa Incik Abah."
" Kenapa pula sampai beratur?"
" Nak minta autograph. Incik Abah kan selebriti"
" Huh?"
" Ok. Lawak tak jadi."
"Apakah? T_T"

Situasi 2

" Incik Abah. Esok pi Abim ok dak?"
" Aiseimen. Incik Abah dah plan nak makan jamu tu."
" Makan jamu..? Haa..mohon penjelasan ye."
" Ye lah..lepas makan..perut kita memproses..lepas proses. Saham diluluskan untuk dibuang. Jadi, kita dah sakit perut manalah kita larat nak pi mana2 kan?"
" Erk..erk. Ok. faham. faham."
" Ke nak penjelasan lebih terperinci? Sekali sekala Incik Abah jadi kaunter pertanyaan ok jugak,"
" Eh..tak ape. tak ape."

Lebih kurang macam itu lah. Tapi, kan aku memahami mereka-mereka yang terpaksa ambil jawatan sebagai pemandu sementara isi rumah. Contoh abang dengan abah aku lah.
Jadi, aku nak cari kerja cepat dan dapat duit..boleh ambil lesen! Yang penting halalan toyyiban! Semoga rezeki Allah ada untuk kita :)
Allahumma Amiin.

Ok, sudah sampai di sini saja.
Ilal liqa'
:)



2 comments:

HaniShah said...

cepat kumpul duit, pastu kita amik lesen sama2.. hehehe

Seha Badri said...

heee..sudah tentulh saya ingin mengambil lesen bersama2 anda!
>>ayat teruja<<
haha. inshaaALLAH :)