Friday, November 21, 2014

Bila berkawan, jangan tinggal kawan.

Bismillahirrahmannirrahim.

Ini bukan cerita aku. Tapi, ada cerita itu dalam aku. Ilham dari Maha Pencipta dan pengalaman hidup membuatkan aku rasa ingin menulis. So, happy reading.

Petang tu aku rasa bad mood gila. Balik je dari perpustakaan, aku hempas badan atas katil. Walaupun tilam punya keras, tapi itu lebih baik dari baring atas lantai.
Baru aku cuba nak lelapkan mata, Si Dini masuk bilik. Ahhh, dia ni. Tak nampak ke muka aku dah cukup stress. Nak apalagi?

" Ha, kenapa dengan kau ni?" soal Dini. Macam biasa, takde langsung kata-kata aluan atau ucapan pembuka kata.
" Kenapa dengan aku?" balasku malas. Aku ambil bantal, bawa atas muka. Dengan harapan, aku tak nak pandang muka dia.
" Kau dah buat Lola menangis lagi tau," kata Dini lalu menarik kasar bantal tadi ke tepi. Aku tersentak. Aku bangkit dari katil.

" Kau nak cari gaduh dengan aku pulak ke?" soal aku lalu memandang tepat mata Dini. Namun lebih ke arah perli. Wajah Dini yang tadinya tegang bertukar berkerut. " No point lah nak gaduh Ha. Cuma nak tanya besar sangat ke salah Lola sampai kau cakap dia lembab?" jawab Dini lalu mencampak bantal tadi ke arah aku sebelum berlalu keluar dari bilik.

Jadi, sebab itu ceritanya aku duduk di sini. Di atas bangku kayu menghadap tasik buatan tangan manusia ini. Nafasku hela perlahan. Pokok-pokok menghijau di sekitar tasik ini benar-benar membuatkan hatiku tenang. SubhanaAllah, petang ini sangat mendamaikan. Tidak seperti di dalam bilik. Nasib baik aku buat pilihan ke sini, jika tidak aku dah macam taruhkan nyawa duduk hostel lama-lama.

Lola. Besar kecik je aku pandang muka kau. Ikutkan hati, lebih dari lembab aku panggil kau. Tapi, nasib baiklah iman aku ada lagi. Kalau tak...hishh, dah la Dhuha. Jangan ingat budak tu lagi. Sakit hati kau je.

Ntahkan kenapa, tiba-tiba perut berkeroncong lapar. Ehmm..apa nasib seharian bertapa di perpustakaan dengan tak makan tak minum sebab memikirkan assignment yang menggunung, alih-alih Lola buat hal. Balik rumah kena siasat dengan Dini merangkap sepupu Lola. Ahh! Tak guna! Aku juga yang lapar akhirnya.

Belek punya belek jari tong tong duit nak beli roti di Kings, mata aku menangkap sesuatu dalam dompet. Aku capai, senyum sorang-sorang.

Tiba-tiba, " Woi!" Aku tersentak. Aku pandang Jia yang tengah sengih-sengih di sebelah. " Weh, kau. Terkejut aku. Nasib baik tak jalan," marah aku. Jia ketawa. " Rilekslah. Nak duduk boleh?" Belum sempat aku kata ya atau tak, dia dah pun duduk.

Aku geleng. " Tak payah tanya sepatutnya. Kau duduk gak. Haa, nak apa?" Bahu aku ditepuk. " Kau tanya aku nak apa? Kau tu ha..buat apa duduk sini seorang diri?" tanya lalu menepuk peha aku. " Takde benda. Saja," balasku ringkas.

" Eleh, nak main rahsia-rahsia kunun. Gaduh dengan housemate lah tu." Aku tersenyum mendengar tekaan Jia. Dia benar-benar kenal aku. Dan dia saja antara ramai yang cukup fahami aku.
" Kalau ye pun?"
" Memang aku hebatlah kan sebab dapat teka." Ketawa pecah. " Ye lah Jia. Kau hebat kan."
" Dhuha, ceritalah."
Aku menghembuskan nafas perlahan. Pandangan aku tala ke tasik.

 " Aku penatlah Jia. Aku penat hadap member yang perangai serupa tak macam orang dewasa. Matanglah sikitkan. Dah tahu yang kau tu bekerja dalam satu group. Kena buat assignment sama-sama, so bagilah kerjasama kan. Ni tak. Semua benda nak harapkan aku. Paling aku menyampah, sempat upload gambar kat insta. Tulis caption, ' Discussion wif Dhuha. Assignment 406. Ouh, peningnya."Ceh ayat. Bajet je.

Bila aku tanya, dah buat sampai mana, jawapan dia baru sekerat. Aku tengoklah sekerat mana kan, terkejut aku. Part aku dah nak siap. Dia tak settle lagi. Apa kebenda la yang dia buat pun aku tak tahu. Dah tu, bagi alasan macam budak kecik. " Tak tahu lah, Dhuha. " Susahlah, Dhuha." Alasan! Kalau tak tahu, dari awal tanya. Ni tak aku je yang beriya tunjuk tapi dia buat bodoh. Cakap je lah kau tu malas. Takpun mengaku lembab! Mana tak lembabnya, setiap benda tak reti handle guna tangan sendiri.

Asyik-asyik orang nak kena ajar. Sapa tahan kalau 24 jam nak ajar benda sama. Tapi dia, tak usaha. Tadi, aku dah geram sangat, akhirnya terkeluar gak perkataan Lembab tu. Dah tu sentap. Label aku kawan derhaka. Tak nak tolong lah. Tak sabar lah. Panas baran lah. Pandai pulak mengadu kat housemate aku merangkap sepupu dia. Masalahnya, housemate aku pun satu perangai. Salah kan aku. Konon aku dah buat sepupu sepapat dia yang lembab tu merajuk. ahh, boleh blah lah dengan merajuk kau!"

Luah aku panjang lebar. Akhirnya, terkeluar juga apa yang aku pendam dalam hati selama ini. Tak kisah lah apa yang aku cakap tadi, yang penting aku rasa lega. Lega sungguh!

Aku pandang Jia di sebelah. Dia hanya mendengar tanpa menyampuk. " Dah habis?" akhirnya dia bersuara.
Aku angguk. " So, kau pun duduk kat sini sebab merajuk jugak lah?" Cepat-cepat aku geleng. Eh, Jia ni saja je nak sama kan aku dengan Si Lola tu. Tak hingin aku.

Dia ketawa. " Kau ni, serupa macam dia kan. Sorang label kawan lembab dan sorang lagi label kawan derhaka. Sepadan," katanya lalu menghadiahi aku thumbs up.

" Choy kau Jia.  Tapi, you're not in my shoes. Easy for to say. Yang payah aku sebab kena hadap orang macam tu. Kenapalah dia tak macam kau Jia?" ujar aku lalu meraup muka. Jia menggeleng.

" Haish, mana boleh macam tu. Setiap orang kan lain-lain. Dhuha, kau ni aku tengok stress semacam, dah doa pada Tuhan minta hilangkan kekusutan dan permudahkan segala urusan?" soalnya sambil menongkat dagu. Aku mengangguk. " Dah..tapi,"

" Bukannya Allah yang tak kasi ketenangan tu cuma mungkin kau kena tanya diri, dah cukup ikhlas ke diri. Atau, dah cukup redha ke kau hadapi semua ni," nyampuk Jia belum sempat aku nak menjawab. Seolah-olah dia tahu bahawa aku memang tak cukup ikhlas lagi.

" Hmm, jangan nak rasa aku fantastik sangat ok? Aku tahu aku bagus." Ketawa pecah.Perasan Jia ni dah melampau aku rasa.

" Macam ni la, Dhuha. Apa kata, balik nanti kau solat sunat taubat, minta Allah kekuatan dan ampunan pada Dia. Kalau boleh, biarkan hati tu cukup ikhlas. Akhir sekali, rendahkan ego minta maaf pada Lola."

Terangkat kening aku. Minta maaf? Pada Lola Si Lem..opss. Ehh, memang taklah. Aku segera menggeleng.

" Apasal pulak aku? Dia yang bersalah kut. Tapi, seriyeslah aku kadang-kadang geram dengan sifat dia yang lambat tu. Kalau kau tak caye, kau boleh duduk sehari dengan Lola, lepas tu confirm kau blah," kataku bersungguh-sungguh.

Jia menggeleng lalu memiat telingaku. " Aduh, sakitlah!" marahku lalu menepis tangannya. " Sedap-sedap kau je panggil orang lembab. Tak elok tau. Kalau mak dia tahu, kecik hati. Tahu lah marah pun, kawal la sikit emosi." Sempat lagi Si Jia ni memarahi aku.

" Ceh, habis tu mak aku tak marah la kalau tahu Lola panggil aku derhaka?" ujarku tak mahu kalah.
Jia menjulingkan mata.

" Come on lah, Dhuha. Aku tahu sebenarnya dalam hati kau, kau kesian pada Lola. Ye lah, dia tu agak lambat dan manja. Sebab tu dia tak pandai nak buat kerja. Dan sebab tu juga kau ada rasa nak menolong jugak pada awalnya. Cuma, bila kau dah penat kau rasa give up. Kan?" teka Jia. Dia mencapai tanganku.

" Erm. No comment. Tapi, kenapa aku kena hadap orang macam dia, Jia?" Gumam aku. Kadang-kadang terfikir juga kenapa aku?

" Sebab ada hikmah yang Allah nak tunjuk. Mungkin Allah nak kau belajar lebih bersabar. Ataupun, Allah nak kau bantu Lola perlahan-lahan? Kita tak tau apa rancangan Allah, Dhuha. Dan, Allah pilih kau untuk terima ujian tu. Bila Allah dah pilih kita, nak tak nak kuatkan semangat laluinya. Jadi, bantu dia, Dhuha."

Aku terdiam seketika mendengar kata-kata Jia. Dalam diam, jauh di sudut hati memang aku tidak menafikannya. " Ingat pesan aku dulu?"
Aku mengangguk. "Bila berkawan, jangan tinggal kawan." Serentak kami mengucapkan ayat itu.

" Macam burung-burung tu. Sentiasa bersama-sama. Walaupun bukan aku orangnya, tapi kau berhak mula dan teruskan persahabatan dengan orang lain juga, kawan." Wajah Jia aku pandang lama. Dia hanya tersenyum. Seperti dahulu. Senyuman dan nasihat yang aku rindu.

Pandangan aku campak ke arah sekawan burung yang sedang berterbangan. Burung-burung itu berkicau satu melodi. Macam aku dan Jia. Umpama melodi dan irama. Nafas ku hela. Mata melihat air tasik yang tenang tanpa getaran.
 " Tapi, kau tinggalkan aku, Jia." Perlahan aku tuturkan. Ntah bila air mata ada bertakung tiba-tiba sahaja pipiku basah.

" Assalammualaikum," ada suara yang memberi salam. Bagai tersedar dari lamunan, aku segera menoleh. Namun kali ini, bukan Jia. Tapi,
 " Lola?"
Gadis bertudung kuning itu tegak berdiri di sisiku. Lidahku pun tiba-tiba menjadi kelu. " Lola, baiknya kau. Sanggup rendahkan ego datang sini. Kau nak pujuk aku ke?" hatiku bermonolog sendiri.

Aku lihat Lola seolah-olah sedang terfikir-fikir untuk menyusun ayat. " Lola, kau nak cakap apa?" Dia menundukkan kepalanya menatap tanah.
Aku pula yang jadi tidak senang duduk melihat dirinya begitu. Tiba-tiba aku teringat pesanan Jia, " rendahkan ego minta maaf pada Lola."

Dengan lafaz bismillah, aku merendahkan hati dan memulakan kata. " Lola, sebenarnya aku nak minta maaf pada kau sebab..," Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Lola memeluk tubuhku erat.
" Dhuha, bukan salah kau. Aku yang salah sebenarnya. Dah tahu tak pandai tapi aku langsung tak usaha. Harapkan kau je. Aku minta maaf banyak-banyak," ujarnya. Sebak.

Aku hanya terdiam. Pelukan dilepas. Air mata di pipinya aku seka. " Takpe, Lola. Kosong-kosong ok. Sama-sama perbaiki diri. Lagipun, aku pun bersalah. Seenak rasa secukup garam je label kau macam tu." Tak sanggup pula aku nak tuturkan perkataan itu kali ini.

Lola tersengih.

" Aku pun rasa macam nak bagi penumbuk kuasa 2 kali 5 kat kau tadi. Tapi, aku tak berani." Aku gelak. " Sebab kau cuma berani panggil aku derhaka. Dah la. Kita anggap apa yang terjadi tadi macam tak ada."

Dia mengiyakan.  " Dhuha, jomlah balik. Dini bagitahu aku yang kau tak makan lagi. Terus datang sini lepas balik dari library. Jomlah, aku belanja kau makan. Kau nak makan KFC tak?"

Aku tersenyum. Kemudian mengangguk. " Aku lapar sebenarnya," kataku pada Lola.

Ketawa pecah. " Ok, jom! Tapi, sebelum tu aku nak tanya," pinta Lola tiba-tiba. " Padia?" Jarinya menunjuk ke arah tanganku. " Apa tu kat tangan kau?" Aku turut memandang ke arah tanganku.

" Ouh, ini. Gambar kawan aku. Arwah Najiha," balasku lalu tersenyum.

 Alhamdulillah. Terima kasih, Allah. Dan, kau juga Jia. Semoga tenang dikau di sana. :)

Moga bermanfaat.


Tuesday, August 12, 2014

Kawan

Bismillahirrahmannirrahim.

Dulu.
Kalau kau nak tahu, aku seorang yang kesunyian tanpa kawan.

Takda siapa nak berkawan dengan aku.
Tak macam abang-abang aku. Kawan mereka ramai sangat.
Perempuan atau lelaki.
Aku? Kucing pun lari. Kerja aku, pandang akuarium..cakap dengan ikan. " Nak makan tak? Kau tak lapar ke?"
Nak samakan ikan dengan kau yang kaki makan pulak T_T

Selain ikan,
Abang-abang aku lah kawan aku. Pembuli tegar aku. Cikgu aku.
Jiran sebelah yang aku baik, yang aku selalu main kat rumah dia sampai maghrib. Dan dia jugalah yang aku siram air habis lencun. Alasan aku. "Saja jee." Serbia gila aku dulu.
Dia lelaki.
Dan aku perempuan.
Dan dia balik rumah dengan redhanya.
Dan aku lupa peristiwa tu.
Dan bila besar dia macam tak puas hati dengan aku.
Dan makcik aku ceritakan benda ni.
Dan aku malu nak keluar rumah sebab nanti terserempak dia.

Patutlah, kalau lelaki dah seram nak kawan dengan aku..apatah lagi perempuan. --'

Sampailah satu masa..aku rasa kesunyian. Kenapa eh aku takde kawan perempuan. asyik main lari2 je dgn member lelaki. Bosan ah. Aku nak gak kawan dengan perempuan.
Aku sombong ke atau aku menakutkan? Aku ada 5 beradik masa tu, dan aku dah dicop "budak takde kawan."

Aku sedih, aku ambil buku tulis diari. Dah puas tulis diari..aku berdoa, " Ya Allah, kenapa ye yah tak ada kawan? Yah malulah dengan abang-abang yah. Kenapa ya Allah? Allah bagilah yah kawan yang boleh jadi kawan yah sampai bila-bila dan sentiasa bersama yah. Yang yah boleh terima dia dan dia boleh terima perangai yah."

Nangis.

Aku terus doa. Sehingga Allah datangkan Hamizah. Time tu tak matured. Banyak gaduh, tapi baik balik. Sampai lah Hamizah pindah.

Aku sunyi balik. Allah hadirkan Atiq, Niza, Kima dan Nisa'. Pertama kali, aku ada kawan. Means, geng. Lepak sesama, belajar sesama, solat sesama, nasihat menasihati sesama. Semua sesama.
Dari aku tak matang sampai dorang jadikan aku seorang sahabat yang mampu kawal perasaan dan fikiran.

Mereka terima aku seadanya. Mereka ajar aku macam mana pakai tudung labuh. Kenapa kena pakai stoking. Kenapa kena tutup aurat sepenuhnya. Dan kenapa aku kena hidup sebagai muslimah bukan perempuan biasa.

Dari situ penampilan aku berubah. Hati aku pun berubah. Walau tak semua. Sehingga mereka semua pergi jauh. Aku sedih, Kenapa jauh? Sebab aku lupa, bahawa aku lebih perlu DIA. DIA yang selalu ada.
Dari situ, aku belajar supaya jangan jadi tomato. Lembik.
Kena lupa sikit dah sedih.

Sampai aku masuk form 6. Aku jumpa kawan lain pula. Mereka tak sama macam kawan aku sebelum ni.
Lain. sangat. Gaya depa. Mak aih. Sakit gak jiwa masa mula-mula masuk.

Lama-lama aku boleh terima, sikit-sikit.
Tapi, Masa form 6 lah aku belajar bahawa Allah takkan semestinya letak kita di sekeliling orang yang sama dengan kita.
Masa form 6 aku belajar tak semestinya semuaorang akan SUKA kita. Itu sangatlah mustahil.
Masa form 6 aku tahu yang aku ni sangat tak matang dan banyak kelemahan.
Dan masa form 6 tu lah aku belajar bahawa walaupun sahabat aku tu tak islamik mana, tapi mereka sangat baik. Their personality changed my view.
Mereka ajar aku supaya jangan terlalu sempitkan fikiran.
Mentang-mentang islamik tak boleh kawan dengan orang yang tak islamik. Mentang-mentang pakai tudung labuh tak boleh selfie. Ehh? --'

Sejak tu aku faham. Kenapa Allah letakkan aku kat situ. Allah nak aku belajar biasakan diri dengan apa jua gaya manusia di sekeliling aku. Dari situ, kita akan nampak sisi berbeza diri kita. Best ke tak best, my heart will decide it. Payah ke mudah, my faith must keep strong.

Sebenarnya boleh je berkawan dengan depa. Tapi dalam masa sama kita mengajak kepada kebaikan. Allah kan dah pesan bahawa manusia di dalam kelalaian kecuali mereka yang saling nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran! Dan, alhamdulillah. Ada masa mereka pula tegur aku.

Jadi. Just follow the flow :)

Yang tudung pendek..ehem2...labuhkan sikit.
Yang tak pakai stoking.."ehh,,kan cantik kalau pakai stoking, Lebih tertutup. Kitakan mahal."
Yang rajin sikit, "..eh, jom baca quran!"
Yang baik sikit, "..aku tahu kau baik, apa kata belanja air gedegang satu?"
Yang poyo sikit, "..Seha, jangan pandang lama-lama. Tunduk sikit mata."
Eh.. --'

Diaorang memang best. Bersahabat dengan mereka banyak ajar aku menjadi lebih matang. Lebih tidak sensitif. Sebab dalam bab kawal perasaan ni, I admit la yang aku memang failed. Sampai sekarang pun.

Dan jika ditanya adakah aku menyesal sambung form 6, inshaAllah..the answer is No.
Bila fikir balik.
Aku bersyukur sebab Allah tak bagi aku kawan dulu. Aku bersyukur dapat belajar sikit2 dari persahabatan ini. Agaknya kalau dulu aku ramai kawan, berapa ramai ntah yang kecik hati dengan perangai aku yang tak matang.
Agaknya berapa ramai orang asyik kena pujuk aku sebab merajuk. Agaknya berapa ramai orang kena siram air dengan aku.
Hamdan Lillah! Hamdan Lillah! Ada hikmah kenapa rupanya :)
Semoga Allah meredhai persahabatan ini sehingga ke syurga, inshaAllah. Dan semoga aku terus dan terus menghargai persahabatan yang bagi aku sangat berharga.

p/s: Tak senang menjadi sahabat aku. Degil aku ni. Hmm..terima kasih, sahabat. Terima kasih sebab terus bertahan atas jalinan ukhuwah ini. :)





Sunday, July 20, 2014

Doa. Hikmah. Ujian. Ramadhan.

Bismillahirrahmannirrahim.

Sedih.
Duka.
Sebak dada.
Hiba jiwa.

Ramadhan ini benar-benar membuahkan ujian yang amat besar kepada umat Islam sedunia.
Bukanlah seorang mukmin jika kau tak rasa sakitnya mukmin lain. 

GAZA, bumi barokah.

Tak terkata,  jatuh air mata mendengar berita tentang Gaza yang tidak habis-habis diserang si musuh abadi, Zionis laknatullah.

Tak perlu aku ke sana untuk rasa betapa sakitnya mereka.

Seorang anak kecil menangis melihat ibubapanya yang telah mati.
Seorang ibu menangis anak yang selama ini dijaga sepenuh hati akhirnya pergi.
4 orang kanak-kanak dibunuh sewaktu bermain bola tanpa hati.
Seorang bapa merintih memeluk si anak yang sudah hilang separuh jasadnya.

Cukup membuatkan aku rasa, betapa aku selalu gagal mengucap syukur.
Cukup membuatkan aku tahu, betapa mati tak kira waktu.
 
Kerana dosa apa mereka dibunuh? Kerana dosa apa anak-anak kecil itu ditembak? Dibom?
Apa salah si ibu? Apa salah si bapa?

Hanya kerana mereka seorang rakyat Palestina?
Allahu.

Kau tahu, betapa aku sedar sudah terlalu lama aku hidup selesa.
Kini, keadaan masih sama.
Jumlah mangsa dan syuhada' di tanah Palestin semakin meningkat. Tentera Israel juga bertambah ramai berbanding pejuang Palestin.

Namun, kagum aku melihat tentera Al Qassam terus berjuang. Yakin dengan pertolongan Allah.
Tentera Islam Badar juga lebih sedikit dari tentera musyrikin. Tetapi mereka menang.
Tiada mustahil bagi Allah. Semoga kemenangan milik Palestin.

MH17

Pagi, satu dunia dikejutkan dengan berita MH17 ditembak di Timur Ukraine.
Salah siapa. Tiada siapa mengaku. 
Disahkan laluan ruang udara selamat. Tetapi, 298 nyawa terkorban. Jadi, Malaysia disalahkan.

Dalam hati, aku tak boleh menipu. Siapa tidak sayang negara sendiri?

Betapa sakitnya melihat Malaysia dan nyawa-nyawa tidak berdosa menjadi mangsa. Menjadi mangsa kuasa veto dunia.
Apa nyawa manusia itu berharga sekeping daun cuma? Daun pun ada harga.
Benar.
Kemanusiaan benar-benar sudah hilang.

Untungnya mereka saudara muslim, Allah ambil mereka pada bulan mulia hari mulia. Semoga, Allah ampunkan dosa dan tempatkan mereka dalam kalangan orang mulia.

Sungguh beruntung mereka yang diuji saat bulan Ramadhan yang mulia dan semoga Allah hadirkan kekuatan & ketenangan kepada keluarga penumpang MH17. 

Buat kita. Sesuainya aku.
setiap perkara terjadi ada hikmahnya.

Mungkin Allah ingin mengingatkan kita. Hamba yang sudah lama ternganga hanya menelan hiburan dunia. Mata dah lama buta melihat maksiat bermaharaja lela.

Allah, sedarkan jiwa-jiwa kami.
Diri bangunlah, kuatkan iman di hati.

Tadi, Ustaz ada pesan 3 adab menghadapi musibah. 

1) banyakkan bersabar
2) banyakkan berdoa
3) banyakkan bertenang

Mudahan ujian ini meningkatkan iman.
Mudahan ujian ini menguatkan jiwa.
Bukankah belum dikira beriman selagi kita masih belum diuji?
Bukankah syurga Allah itu mahal untuk diduduki?

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Doakan mereka. Lakukan apa sahaja. Andai kita disoal kelak oleh Allah di sana, usaha kecil inilah jawapannya.

Dan semoga penulisan ini bukan hanya sekadar coretan.

Sunday, June 29, 2014

Ahlan! Ahlan!

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah.
Hari ni kan, aku rasa bukan aku seorang je manusia paling gembira kat dunia.

Esok.
Hari yang umat islam nantikan.

Esok, kita bangun pagi sahur.
Esok, kita mula berpuasa.

 Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (al-Baqarah, 2:183).

Teet!

Bukan puasa makan n minum ja. Puasa dari buat perkara tak elok pun.

Cepat2 kita plan macam mana nak osemkan Ramadhan tahun ni.
Macam mana nak buat Ramadhan ni lebih best n lebih memberi kesan dalam hati.
Ramadhan ni lah peluang yang sebaik2nya untuk jadi lebih baik dan mendekatkan diri kepada Ilahi.
Bulan yang digelar sebagai bulan yang lebih baik dari seribu bulan.
Dan juga digelar sebagai "Musim Bunga Orang Beriman."
Semoga Ramadhan ni juga menjadikan ukhwah sesama muslim lebih erat. InshaAllah.

Dan
Ramadhan ni sepatutnya kita lebih bersuka ria lagi bahagia untuk kita raikan berbanding Syawal nanti.
 

Harap-harap sangat tak dak iklan
" Jualan Mega Hari Raya."
" Promosi! Promosi 80% baju raya. Beli 10 percuma 1"
" Langsir baru..Langsir import jenama bla bla la.."

Padahal baru seminggu puasa.Haha.

Apa pun, salam Ramadhan Kareem untuk umat islam seluruh dunia.

Ops.

Jangan lupa juga tau.
Doakan mereka. Ya yang di sana.
Saudara seiman kita.
Agar Allah cukupkan keperluan mereka n kuatkan iman mereka.
Teringat kisah..seorang anak afrika ke somalia..yang bertanya kepada ibunya, sama ada puasa mereka sah atau tidak..
kerana apa?
kerana mereka tidak bersahur serta berbuka.

Agaknya esok kita bangun sahur..kita makan nasi + lauk sedap ..mereka makan apa eh?


Thursday, June 26, 2014

Kenapa ustaz, ma?

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah, hari ni bagai dah dijodohkan aku menulis lagi setelah lama dah aku rehat menulis.

Actually, aku pun tak faham kenapa aku tulis tajuk macam tu. Tapi...tajuk tu macam sesuai pulak dengan benda yang aku nak tulis pada malam Khamis yang tenang lagi mendamaikan ni...lalala..yada..yada..

Tahun ni, umur dah nak menginjak ke angka 20. Untung lahir bulan Disember, terasa muda lagi bergaya gituh..duduk sebelah member yang lahir bulan 1 pun masih boleh nampak dengan jelas kedut depa lagi terserlah.

Jadi, biasalah bila umur dah kira tahap gadis je mula lah, topik Jodoh dibuka.
Oh Men! Topik len tak da ka?

Dari aku sehari lepas SPM sampai tengah tunggu result UPU selepas STPM, topik ni akan terus jadi perbualan sampailah mereka lihat aku naik pelamin. Baru stop.Tapi, bayangkan kalau jodoh tak sampai2..seumur hidup depa cerita benda sama. Manusiaa..

" Kenapa tak masuk U lagi?"
" Ouh, saya ambil STP dulu."
" Mak cik tahu, ni mesti Sijil Tunggu Pinangan," ujar mak cik itu lalu ketawa bahagia.
" Indah sungguh pagi ini..lalala ~"

Kadang2 aku memang tak boleh lari dari topik Jodoh ni. Kalau dengan member ofkoslah, tengah makan aiskrim pun tetiba boleh masuk topik ni. Kalau kat rumah pantang duduk kat dapur ja, kalau bukan mama prihatin fikirkan masa depan aku, mama akan terprihatin fikirkan masa depan anak orang lain.

" Yah kau tahu, anak Pak cik tu dah dilamar tau."
" Dah tu? Biaq pi lah, ma."
" Tapi, bakal suaminya muda."
" Muda?"
" Ha'ah..kenapa tak cari tua sikit?"
" Dah jodoh, ma."
" Memang lah..tapi kan..bla..bla..bla.."

" -.-"

" Yah, anak pak cik sedara kamu tu lagi 2 tahun nak kahwin."
" Mana mama tahu?"
" Dia dah ada calon dah."
" Ooo.."

" Yah, kalau ada orang minang anak2 mama, ofkos mama terima ja."
" Muntah kuning lah mama, masa depan panjang lagi."
" Kalau boleh mama nak menantu mama ustaz."
" Tak pernah yah terfikir dapat kahwin dengan ustaz, ma. Tapi, kenapa ustaz ma?"
" Sebab kau tu terlembab-lembab, buat kerja lambat, gosok tudung lambat, bla..bla..lambat. Makan dengan tidur je cepat. Kalau dapat ustaz at least dia sabar sikit dengan kau."

Erk Macam ada batu je yang hempap kepala ni
 --'
katakan ini semuanya mimpi ~~~

Well, insan kesayangan hamba memang begitu.

Aku pernah bertanya pada mama,
" Mama, kenapa orang kalau anak dia tak kahwin2 kan, dia risau ah?"
Mama senyum.
" Mestilah risau, yah. Sebab sampai satu tahap..takkan ada lagi yang sudi kahwin dengan kita."
Kening aku terangkat. " Ye ke, Ma?"
" Ehhh,, yeee.. Cuba kau tengok contoh si markonah tu..dulu kan punya ramai yang bla bla bla.."

Oh Men! *_* ok dah mula dahhh sesi contoh mencontohi Mama...

Jadi, sebab itu tajuk post aku begitu.
Sebenarnye kan, aku tak pernah terfikir yang aku akan melalui tahap tu.
Bukan apa..
Masa depan tu panjang lagi. Kalau boleh, aku nak berbakti kepada keluarga. Pada Mama, pada Abah yang dah berjasa sekian lama.
Aku nak lihat mereka duduk bersama ambil gambar sewaktu hari graduasi aku. Nak bawa mereka jalan-jalan naik kereta baru, nak bantu mereka pi tunaikan umrah dan haji bila tiba waktu.. nak ajak mereka pi kelas agama setiap sabtu..nak deco rumah nak ini atau begitu..
Aku nak buat semua tu sebelum aku atau mereka yang tutup mata dulu...

Pada diri sendiri, penuhkan ilmu akhirat dan dunia. Gunakan masa muda sebaiknya. Kalis dengan bahagianya pasangan kahwin muda. Biaq pi depa lah. Asal mereka bahagia .

Pada adik2 yang baru mahu melangkah..aku nak bimbing langkah mereka. Nak luangkan masa bersama-sama..nak lepaking together-gether..makan aiskrim sambil baca majalah Jom! gitu..

Dan, bila semua tu aku dapat laksanakan..barulah wujud istilah kahwin itu. Walau ada sesetengah kawan aku akan cakap, " tapi, kalau kahwin awal pun boleh buat benda tu semua."
Mungkin ya, tapi suasana dah lain. Apa pun,  itu cuma perancangan manusia. Perancangan Allah siapa tahu. Kita sebagai hamba cuma merancang sebaiknya.

Doa aku, aku cuma nak Allah panjangkan usia aku dan panjangkan usia mama dan abah untuk mereka lihat bagaimana aku pada masa hadapan. Dengan harapan menjadi manusia yang berguna. Aku cuma nak mereka ada bersama-sama.

Hmm.. sedih pula. sendiri tulis sendiri terasa. Haha. Mama, tak kisahlah cepat atau lambat jodoh anak-anak mama, satu je yah harap..yah nak mama dan abah ada dengan kami. Tu saja.

Tamat sudah.

p/s: Allahumma bariklana fi rajab wa sya'ban wa balighna ramadhan.



Sunday, February 16, 2014

Cigu..Cigu

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah.
Masuk bulan ni bermakna dah sebulan lebih aku bekerja kat taski tu.
Apa rasa?
Rasa macam nak pengsan walhal masa tu baru 3 hari kut bekerja.
Penat gilak ah. Aku rasa merentas desa pun tak penat macam tu. Haha.

Pagi aku jadi pembantu guru taski.
Petang pulak jadi ostajah.
Memang makan masa sebulan la aku nak suaikan diri dengan sekolah tu, dgn bebudaknya dan guru2nya sekali.
Aku ni bukan boleh bergabung + meletup = ahh! dengan sesapa je.
Ambil masa gak.
Bak kata adik aku "great things takes time". eceeeh.

Citer pasal Taski..bulan lepas aku bantu kelas budak-budak 5 tahun.
boleh kata aku umpama mak angkat depa la.
Muka memang comel2..tapi kau bila dah menangis, terkencing, menjerit ala tarzan secara tetiba lepas tu panjat meja .. comel tak comel memang kena bebel la dengan aku.

Azam. Dia memang hyperactive gila. Antara budak yang comel dan bulat kat taski tu. Tapi paling aku tak tahan time aku tengah mengajar ABC..dia panjat meja dah tu jerit.
Jerit pulak nak gaya sama macam gorilla lepas tu tolak meja..habis bebudak lain " cikgu..cikgu..tengok ajam. Dia tolak2 meja."..

Satu benda tak boleh lupa, time nak balik dia curi2 ambil mangga kelas. " Azam. Mana mangga kunci tu?" Dia sengih2. " Mana dia? Cikgu tanya ni?"
" Kat belakang cikgu" " Belakang mana?" " Belakang sana." Huh? lubang najis?
" AZAAAAAAAAAAAAAM!!" Memang sakit jiwa aku pagi tu.

Luth. Masa mula2 kena dia. Hanya satu perkataan je boleh aku sebut.
MANJABAKHANG. Hahaha.
Dia tu asyik nangis je. Aku tanya kenapa? " Luth nyindu umi. Huuuu.." 

Bila aku tengok luar, ummi dia baru dua langkah dari pintu kelas. Tak pernah aku alami tahap kerinduan macam Luth. For the first time and forever.

Aku dah buat muka toya malas layan budak2 gen manja ni. 
"Luth ni..cikgu pun ada mak. Tapi, cikgu macho je tak nangis. Luth ni lelaki, tapi nangis. Eiii..tak hensemlah macam ni."

"Huh? Tak nak hensem. Luth nyindu ummmmmiii..Ummmiii.."

"Hensem pun tak nak?"

Tapi biasalah budak-budak. Manja tu memang fitrah depa la.
Daripada dia diam 24 jam walaupun aku tanya soalan ke dua puluh ataupun dia buat muka takda rasa bersalah lagi bagus kut Luth menangis.

At least aku tahulah dia ada perasaan.

Luth pelat. Apa yang bunyi A atau E, dia akan tukar jadi ei.
" Luth, sebut ni.Tiga."
" Tigei.."
" Tiga..ga..ga.ga."
" Tigei..gei..gei..gei."
               -.-

Masa mula2 masuk kelas Al Majid tu..aku tak redha sebenarnya. Sebab sebelum tu aku dah masuk kelas Al Yaqin. Time aku masuk pulak tu dorang masih zaman menangis tak biasa masuk sekolah kan.

Hari2 menangis. Ada yang tendang aku, tendang kerus, panjat pagar. Memang gaya ala-ala pelakon lagak ngeri.

Jadi, untuk ambil hati tunas2 islam ni..aku banyak bergurau..banyak usik2 depa..cerita hantu..nyanyi lagu Tegar kat dalam kelas..lama2 dorang jadi serasi la..


Azam Az Zakwan. Muhammad Luth. Muhammad Firdaus. Ihsan Syamil. Rizq Zaqwan. Afiq Hazim. Rizky Zayyan. Aqeef Zihny. Muhammad Ashraf. Khairil Al Aziem. Hazziq Ashraf. Muhammad Khalis. Amir Aizat.

Mia. Icha. Ulfah. Qalisha. Qaisara. Qistina. Diana. Abid Khaliesah. Fadhilah. Aina. Safera.

Bila cikgu dah tak ajar lagi..mungkin adik2 dah tak kenal atau tak ingat langsung sape cikgu yang pakai cermin mata dan selalu cerita hantu 2 yang direka2 ni..tapi sekurang2nya cikgu tahu cikgu pernah kenal awak semua.

Sekurang2nya cikgu akan senyum bila cikgu teringat sapa yang asyik menjerit..asyik terkencing dalam seluar..tertinggal botol air dalam kelas..asyik bawa mainan..suka makan 24 jam..asyik tanya cikgu soalan yang sama..dan malas buat kerja. Dan sapa yang selalu jerit nama cikgu sambil lambai tangan.

.Semoga kalian menjadi tunas2 islam yang berkembang dalam biah yang baik. Jadikan mereka ya Allah insan yang soleh solehah. Allahumma Amiin.