Sunday, July 20, 2014

Doa. Hikmah. Ujian. Ramadhan.

Bismillahirrahmannirrahim.

Sedih.
Duka.
Sebak dada.
Hiba jiwa.

Ramadhan ini benar-benar membuahkan ujian yang amat besar kepada umat Islam sedunia.
Bukanlah seorang mukmin jika kau tak rasa sakitnya mukmin lain. 

GAZA, bumi barokah.

Tak terkata,  jatuh air mata mendengar berita tentang Gaza yang tidak habis-habis diserang si musuh abadi, Zionis laknatullah.

Tak perlu aku ke sana untuk rasa betapa sakitnya mereka.

Seorang anak kecil menangis melihat ibubapanya yang telah mati.
Seorang ibu menangis anak yang selama ini dijaga sepenuh hati akhirnya pergi.
4 orang kanak-kanak dibunuh sewaktu bermain bola tanpa hati.
Seorang bapa merintih memeluk si anak yang sudah hilang separuh jasadnya.

Cukup membuatkan aku rasa, betapa aku selalu gagal mengucap syukur.
Cukup membuatkan aku tahu, betapa mati tak kira waktu.
 
Kerana dosa apa mereka dibunuh? Kerana dosa apa anak-anak kecil itu ditembak? Dibom?
Apa salah si ibu? Apa salah si bapa?

Hanya kerana mereka seorang rakyat Palestina?
Allahu.

Kau tahu, betapa aku sedar sudah terlalu lama aku hidup selesa.
Kini, keadaan masih sama.
Jumlah mangsa dan syuhada' di tanah Palestin semakin meningkat. Tentera Israel juga bertambah ramai berbanding pejuang Palestin.

Namun, kagum aku melihat tentera Al Qassam terus berjuang. Yakin dengan pertolongan Allah.
Tentera Islam Badar juga lebih sedikit dari tentera musyrikin. Tetapi mereka menang.
Tiada mustahil bagi Allah. Semoga kemenangan milik Palestin.

MH17

Pagi, satu dunia dikejutkan dengan berita MH17 ditembak di Timur Ukraine.
Salah siapa. Tiada siapa mengaku. 
Disahkan laluan ruang udara selamat. Tetapi, 298 nyawa terkorban. Jadi, Malaysia disalahkan.

Dalam hati, aku tak boleh menipu. Siapa tidak sayang negara sendiri?

Betapa sakitnya melihat Malaysia dan nyawa-nyawa tidak berdosa menjadi mangsa. Menjadi mangsa kuasa veto dunia.
Apa nyawa manusia itu berharga sekeping daun cuma? Daun pun ada harga.
Benar.
Kemanusiaan benar-benar sudah hilang.

Untungnya mereka saudara muslim, Allah ambil mereka pada bulan mulia hari mulia. Semoga, Allah ampunkan dosa dan tempatkan mereka dalam kalangan orang mulia.

Sungguh beruntung mereka yang diuji saat bulan Ramadhan yang mulia dan semoga Allah hadirkan kekuatan & ketenangan kepada keluarga penumpang MH17. 

Buat kita. Sesuainya aku.
setiap perkara terjadi ada hikmahnya.

Mungkin Allah ingin mengingatkan kita. Hamba yang sudah lama ternganga hanya menelan hiburan dunia. Mata dah lama buta melihat maksiat bermaharaja lela.

Allah, sedarkan jiwa-jiwa kami.
Diri bangunlah, kuatkan iman di hati.

Tadi, Ustaz ada pesan 3 adab menghadapi musibah. 

1) banyakkan bersabar
2) banyakkan berdoa
3) banyakkan bertenang

Mudahan ujian ini meningkatkan iman.
Mudahan ujian ini menguatkan jiwa.
Bukankah belum dikira beriman selagi kita masih belum diuji?
Bukankah syurga Allah itu mahal untuk diduduki?

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Doakan mereka. Lakukan apa sahaja. Andai kita disoal kelak oleh Allah di sana, usaha kecil inilah jawapannya.

Dan semoga penulisan ini bukan hanya sekadar coretan.

No comments: