Tuesday, November 5, 2013

Hero

Bismillahirrahmannirrahim.

Abah.
Dia tak sama macam aku.
Bila dia kata A, aku mesti cakap B. Dia suka layan citer P.Ramlee, aku layan mee kari..haha
Bila pagi2 duduk depan meja nak sarapan. Dia rileks je sambil minum kopi Mama,
Aku yg buat muka tak bahagia.

" Hee..radio apa ni. Mengantuklah dengar lagu2 klasik pepagi."
" Ehh...biarlah. Sedap apa lagu2 lama ni."

Juling mata.

Aku ingat lagi, dulu masa aku kecil, aku panggil Abah, Si Penipu Tegar.
Hahaha. Apa jenis anak aku ni.
Abah selalu bagi janji manis time hari pertama aku pi sekolah,
" Yah, abah nak balik rumah jap. Nanti abah datang balik."

Setengah jam. Sejam. Sejam setengah. Dah balik.

Meleleh air mata aku tak sudah. Abah tipu. Dia pergi kerja senyap2. Uhh..Aku niat dlm hati, tengok lah malam ni..aku nak ngadu kat Mama. Habislah, abah!
Tapi, Abah balik malam sangat. Aku dah ngantuk. Dah tu, Abah beli pulak coklat. So, tak apalah. Best je kena tipu ni. Haha.\

Sampai lah dah besar..Abah tipu aku lagi.
" Yah, cepat! Bas dah sampai dah tu."
Aku punya berlari pantas sambil mulut menguyah karipap dan kaki memakai kasut. Lantas, tangan pun mencapai buku.
" Mana, Bah?"
" Saja je Abah cakap macam tu. Kalau tak kau siap lambat."

-...-

Nasib baik Abah saya.
 Bila dah besar ni..aku dah mula suka membebel. Abah lah orang pertama yg tutup telinga sambil berdoa agar aku mampu kenal apa itu erti diam.

Semua perkara aku anggap besar, Abah pandang remeh je. Jawapan dia, " Ush..shh! Senyaplah. Apa bising2 ni?"
Satu hari, aku dok bebel sebab geram..abang2 dan adik lelaki aku suka lari dari basuh pinggan. Kadang2 sudu je pun. Dah alih2 basuh tangan, basuh ler sekali pinggan.

 Abah dah biasa sangat. Dia pun terasa jugak kut. " Yah, tolong basuhkan pinggan Abah ni. Bukannya Abah tak nak basuh, tapi abah saja je nak bagi yah pahala lebih. Dah..dah. Basuh ni."

--'

Insaf. Insaf.

Abah.

Dulu Yah pelik bila Abah tak sama macam abah-abah kawan Yah.
Gaya Abah lain dari lain.

Tapi, bila yah fikir baik..hmm..tak semua orang ada abah dan setiap orang ada gaya tersendiri.
Gaya Abah diam main hendset.
Gaya Mama diam baca novel.
Gaya Sateh diam layan insta.

Dan gaya Yah bising komen drama kat TV.
Yah je lah kut yang bising.

Yah tahu yah merepek. Tapi kan Abah, yah nak sangat Abah terasa pelik bila rumah sunyi kalau yah takde nanti. Harus tau bah. Hahaha.

Hmm...Abah, terima kasih eh. Sarang hae,Abah Kim. Haha. Failed.


 

Tuesday, September 24, 2013

Sharing is caring : Islamkah aku?

Bismilahirrahmannirrahim.
Ehm..Tadi dok usha2 google, then TIBA-TIBA terbaca post ni..written by Budak Tomato. Oh, deep. Sesuai degan jiwa aku yang sangat hina lagi marhaen ni. Jawapan untuk segala persoalan.
Sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Walaupun aku tau korang memang layan blog Budak Tomato tu. Baguslah, blog yang sangat memberi inspirasi. 
Kadang2 kan, ada cara ALLAH nak tunjukkan hidayahNya pada kita. Dan lagi best kalau tetiba benda tu luar jangkaan kita n sangat kena dengan hati kita. Dah, ALLAH dah bagi jawapan. So, nak tunggu apa lagi? 

Live well or live hell you choose-Hlovate.
" Kalau Islam tu hanya pada I/C, dah tu biarkan aje I/C kau yang masuk syurga. Sebab yang Islam kan I/C nye?"- Pak Ali, Islam KTP. HAHA XD

ISLAMKAH AKU?


"Bil, mana Islam dalam hati?"

Soalan teralun lembut memujuk, namun seolah-olah terhempas kasar ke telinga pemuda di depannya.

"Ahmad Nabil, aku tanya ni."

Sedikit datar suaranya.

"Kau nak aku jawab macam mana?!"

Penumbuk digenggam erat. Geram.

Ikutkan hati, hendak saja dibentak keras, meninggi suara.

Mengherdik lelaki berkulit cerah tinggi lampai itu.

Namun masih cuba ditinggikan kesabaran.

Buang ego, buang.





"Mana Islam dalam ni?"



Irshad menepuk dada Nabil dua kali.



"Ah aku nak exam. Jangan kacau."


Blah. Keluar rumah. 

Singgah T-Park. Seret skateboard ke hulu ke hilir.
............................................
Sendirian di T-Park. 

Si syabab tadi mula menimbang-nimbang kata-kata sahabatnya.


Mana Islam dalam hati?
Takkan aku cuma Islam dalam IC?
Takkan outsider nampak aku ni stok sekolah agama, dah betul aku ni baik?
Takkan sebab aku banyak join program sana sini, aku dah betul-betul baik?
Sedangkan kemanisan tarbiyah tu sendiri aku tak mampu dah nak rasa.



Hanyut dalam dunia sendiri.


Fantasi rekaan sendiri, sebab nak lari dari realiti.
Bila dah tak ada manusia dalam dunia ni nak terima pendosa macam aku?

Kenapa aku berani buat dosa bila aku tahu Allah ada ciptakan neraka?

Kenapa aku sengaja tangguhkan taubat bila aku tahu malaikat maut tak pernah lewat?

Kenapa aku ego bila diberi nasihat?

Kenapa aku jadi begini?

Mana Islam dalam diri aku?


Argh! Kompleks yang menyesakkan seluruh tulang belikat.
(tulang belikat pun aku tak tahu pedia)

............................................

Irshad diam.
Dalam kecewa terselit harapan.
Moga-moga sang sahabat bertemu jalan.
Bukan tak sayang, bukannya benci.
Tapi sebab sayang, teguran itu perlu.
Perlu kawan, perlu.
Sebab di dunia kita bukannya bersendiri.
Hidup bukan nafsi-nafsi.
Kita bersama atas dunia. Aku cuma harap kita mampu bersama sampai syurga.


Salahkah aku menegur? Bila kesalahan tu jelas nyata perbuatan sang munafiq?
Aku tak kata kamu si munafiqi.
Namun tiga ciri-ciri sang munafiq itu; bila berkata-kata, dia berdusta. bila berjanji, dia mungkiri. bila diberi amanah, dia khianati.
Lalu apakah aku tega biarkan kau dalam kehanyutan, bila masing-masing sepatutnya berpimpin tangan?


Aduh kawan.
Maafkan aku kiranya aku terlalu berkasar tadi.


............................................


Skateboard dihempas.

Batin menjerit pedih.

Argh sakitnya!

Tangan kiri menyentuh dada.

Mana Islam dalam diri aku?



Aku penipu!

Aku menipu manusia dengan akhlak luaran.

Bila dalaman aku makin rosak dimakan cacing dan ulat busuk nafsu serakah.

Jiwa gersang.

Iman kontang.

Islamkah aku?

Satu suara itu membisik lagi. Terus kuat menusuk jiwa.

"Berubahlah Nabil. Belum terlewat lagi. Jangan jadi sang munafiq, Nabil."

Lalu skateboard yang dihempas tadi disepak jauh-jauh.



Perasaan apa ni?!

Munafiq sangatkah aku?

Syaitan bertopengkan malaikatkah aku?

Di hadapan akhawat, akulah yang paling mulia seolah-olah darjat terangkat tujuh petala.

Depan lecturer, aku sajalah student Malaysia terbaik di Aberdeen ni.



Argh!

Belakang mereka?

Akulah yang paling hina.

Hina.

Aku hina.

Dosa aku, kalah bukit Uhud.

Banyak.

Lalu air mata mengalir deras. Pedih. Perit.

Dada terasa sesak.

Jahiliyah, kenapa kau tumbuh dalam hati aku?

...........................................

Air mata diseka.

Ukhuwah.

Ukhuwah, sahabat. Ukhuwah.

Tautan ukhuwah sekencang dakwah.

Ingat?



Lalu kini dakwah kita semakin lemah.

Tarbiyah kita semakin goyah.

Iman kita? Tak tahu apa khabar. Entah sihat entah tidak.

Ukhuwah juga entah apa cerita. Masing-masing busy.

Kau, aku, Ziyad, Fathi, Amer, Shuk.

Semua ada haluan masing-masing.

Hendak berusrah juga, jarang sekali cukup semua.

Kadang sorang takde, tertidur lepas kelas.

Kadang dua orang takde,  ada aktiviti persatuan.



Ah. Sibuknya kita.

Sibuk memberi alasan.

Sibuk dengan hal dunia.

Sibuk dengan hal dunia sampai terlupa, Allah juga ada ciptakan neraka.

Islamkah aku, kawan?



Islamkah aku?

Sibuk belajar. Ya, belajar satu jihad.

Lalu apakah aku lupa, dakwah tarbiyah ini jalan aku.

Bagaimana aku boleh berjihad tanpa jalan?

Bagaimana aku boleh berjalan tanpa pedoman?

Lalu pedoman aku Al Quran.

Lantas kotak minda diserbu soalan demi soalan.

Adakah benar aku membaca Al Quran?

Atau semuanya sekadar lisan, namun di hati langsung tak ada kesan?

Islamkah aku, kawan?

Bantu aku, jangan sampai tergelincir dari jalan ini.

Bantu aku, temui bahagia hakiki.

Bahagia kerana iman. Bahagia kerana Tuhan.

Bukan bahagia kerana dunia, bahagia yang sebenarnya hanya satu tipu daya.

Sunday, September 22, 2013

Doa

Bismillahirrahmannirrahim.

Dulu, masa di Sem 2 aku memang banyak main.
Berangan..? Ahaha..jangan cakaplah.
Kalau boleh tiap2 hari aku berangan macam aku lah cinderella..
tp syg tak de yang sudi pinjam kuda untuk jadi puteranya.

Sebab tu masa exam..aku tak boleh jawab.
Tak ada usaha untuk berjaya.
Tahu doa senjata orang mukmin..
tapi tu je aku reti buat..usaha ke laut.

Allah..Dia sayangkan aku.
Satu hari, keluarga Pak Cik Adik nak pergi Mekah
Aku dok minta sepupu aku..doakan lah aku.

Dah tu..aku dok minta Atiq..doakanlah aku.
Dok ingatkan Mama..doakanlah anaknya yang pemalas ni.
Tapi usaha..tak ke mana.

Bila exam..serabut.
Pandang kanan..pandang kiri. Eleh, bukan muka dorang ada jawapan
walaupun muka dorang nampak lagi baik dari aku -.-
Dok usha pengawas peperiksaan..
Eleh..depa lagi lah buat muka macam aku nak meniru.

Sampai kertas terakhir..PP..
Ya Allah. Hanya Dia je yg tahu betapa susahnya budak pemalas ni nak jawab soalan. Menangis aku kat kelas. Teringat Abah Mama. Teringat duit dorang selama ni berhabis ribu utk aku.
Teringat Atiq..terigat kalau tak dapat masuk U..
Dah besar aku nak makan apa..? nak duduk mana? Mama abah...mereka tak selalu ada utk aku.

Baru rasa menyesal diri tak belajar. Sia2kan dua perkara penting yang Nabi dah pesan. Masa lapang n kesihatan. ALLAH bg masa punya pnjang..aku dok facebooking memanjang. ALLAH bagi nikmat sihat.aku tak guna elok2.

Aku ingat lagi..bila hari result keluar. Aku punya pertahankan hak aku x nak tau keputusan. Aleh2 bila dah tau..nangis. Eceh. Alhamdulillah. ALLAH bagi lagi peluang :)

Bila aku ingat balik, aku rasa susah jawab exam. Rasa macam jawab ntah apa2. Belajar pun tak lekat. Ya ALLAH...banyak salah aku. tapi ALLAH bagi aku nikmat untuk aku buka mata yang Dia masih sayangkan aku. Nak aku berubah. Jadi hamba yang tahu erti syukur.

Satu hari, aku on fb..tiba2 aku nampak Atiq post..
"Kadang2 kita berjaya bukan sebab usaha kita..doa kita. Tapi ada tangan lain yang mendoakan kita dalam senyap."Lebih kurang cenggitu lah ayatnya.

Waktu tu aku teringat pada orang2 yang aku minta sgt2 doakan aku..Ye, aku rasa betul la tu. Ada tangan lain yang tak henti doakan aku saat aku leka..saat aku brfb..saat aku tido..rupanya, ada mereka ingat aku saat aku rasa tak da sapa syg aku.

Alhamdulillah. Semoga ini menjadi pengajaran buat aku agar tak lupa bersyukur pada Tuan punya dunia. Dan juga tak lupa doakan mereka juga.
Semoga, aku gunakan peluang terakhir ni sebaik mungkin...in shaa Allah.

Dalam doa adanya harapan. Jangan korbankan perasaan orang yg banyak berkorban :)
Usaha + Doa + Tawakkal. ALLAH always listen. Biiznillah! Selamat mujahadah!
Chaiyoook!

#Allahumma yassir wala tuassir. Allahumma tamim bil khair. Allahumma jaa'lna minna najihin fil stpm wa fil kulli imtihan.Allahumma Amiin!"



Monday, August 5, 2013

Sebab DIA hebat sangat

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah, masih bernafas lagi. Masih di bulan Ramadhan lagi.
Rindu.
Bukan menaip. Rindu ramadhan di sana.
Di sana aku belajar untuk mempelajari ujian dalam kehidupan.

Ramadhan kali ni..pantas berlalu. Sangat.
Dan kedengaran lagu raya sana sini.

Nak je aku lari, tutup telinga dan pejam mata. Namun, aku lupa.
Mulut masih ikut rentak untuk menyanyi.
T_T

Tak nak aku biarkan Ramadhan pergi.
Takut tak akan berjumpa kembali.
Dan aku juga takut ia pergi tanpa aku di sini..
berubah melihat keagungan Ilahi.

Dulu, Iman pernah tanya aku..macam mana nak telefon Allah. Aku kata solatlah. Tapi, dia muncung tetiba.
"Tapi kan, kakak yah..kawan Iman kata mana boleh telefon Allah. Dia kata kakak yah menipu."

Lepas tu..aku yang tak tau nak balas apa. Aku pun pernah jadi macam Iman dan kawannya, tapi aku tak pernah kut cakap orang menipu. sebab DULU aku selalu menipu orang, Haha XD

Dan hari tu, aku tanya Faiz & Iman..kenapa kita tak boleh jumpa Allah..?

" Sebab KITA tak mati lagi!" jujur Iman jawab. Dan walau seribu kali aku tanya, jawapan dia tetap sama.
Faiz, minta khidmat nasihat abang muaz. Berderet jawapan dia bagi. Setengah jam aku dengar macam-macam jawapan dia. -.-

Then, aku bagitahu jawapan yang pernah ustaz ajar.
" Pernah tengok orang hebat? Agak-agak senang tak kita nak jumpa seseorang yang hebat? Tak kan..? Hanya orang tertentu yang boleh jumpa."

Muka dorang. Blurr. Kalah muka kau.

" Tapi tu cuma analogi. Hakikatnya, macam tu juga Allah. Hanya orang yang hebat boleh jumpa DIA. Lihat DIA. DIA terlalu hebat..dan kita..hina...terlalu hina. Layak ke kita jumpa DIA..?"

" erm..jawapan kitaorang?" tanya Faiz.

" Betul la gak. Nak sorang 50 sen. Duit raya."

Iman datang kat aku. Dah tu..dia cakap, "kakak yah, kita tak boleh jumpa Allah sebab kita tak mati lagi, kan?"

Aku senyum.

Suatu hari nanti. Dia akan faham. Dan tahu. Mungkin lebih tahu dari aku.
In shaa Allah. 


Salam Ramadhan Kareem dan Salam Aidulfitri,
Maaf zahir dan batin
Dari bumi Klang.




Sunday, June 16, 2013

Sem 3

Bismillahirrahmannirrahim..

Hye!
Oh..lama gak yeh aku dah tak duduk depan lappy ni.
Asal nak duduk,
" Ehem..kerja rumah dah siap ke?"
Asal nak buka lappy,
" Amboi! Tak ada kerja ke nak buat?"

Ececeh..prihatin betul mama ku ini XD

Lepas cuti 2 minggu tu, aku dah mula masuk sem 3. Tapi seriyes rasa macam masuk tahun baru. Hari Khamis tu, aku dengan family bermusafir ke Terengganu nak hantar abang izzat masuk U dia. Muka dia walaweh..seriyes nak nangis. Aku tahan je gelak tengok muka dia merah. Mata pulak kelip-kelip ala-ala bulu mata menepis habuk masuk mata. Kehkehkeh.

Sejak masuk sem 3 ni, kerja memang banyak. Paling aku risau pbs..pbs.pbs..risau yang amat =='
BM, MUET, USUL dan PP..uhh..payah kut
Tapi, kata Atiq..yang payah itu tarbiyyah =)
kenalah mujahadah ^^,

Tapi, sejak dua menjak ni...angin kus2 malas+main tu  meniup lembut sepo-sepoi bahasa. Padahal punyalah aku dah datang dengan semangat baru masa buka sem baru tu..
Ya Allah.istiqamah kanlah aku...rasa rugi kalau masa muda ni aku sia2 kan...macam manalah islam nak berkembang kalau umatnya malas..?
padahal Allah dah pesan, "Iqra"..Allahu T_T

Sebenarnya, sem 2 hari tu..aku rasa agak teruk sikit masa jawab paper...banyak main dan berangan kut. Sebab tu..untuk sem 3 nieh, aku nak buat sebaik mungkin
Tak mau lagi tonton drama bnyak sangat, layan Fb dn Burung biru sampai leka..tak nak berangan lagi.no more cinta monyet beruk dan gorilla..NO MORE!

Kadang2 aku terfikir, macam mana masa depan aku kalau aku malas study? Macam mana aku nak masuk U dengan result nyawa2 ikan..padahal aku kena bersaing dengan lepasan STPM lain, student Dip dan matrik..ouh..

T_T peluh besar  T_T

Dan, aku ambil semangat abang izzat, abang muaz,vlogger femes --> Matluthfi, hakima, atiq, dan kengkawan lain utk jadikan sebagai panduan ketika aku malas.

Apepun, dalam nak belajar...aku kena gak ingatkan diri yang cuai ni..
pasal apa?
pasal ni ------> habluminnALLAH wa habluminannas =)

In sha Allah. So, perjuangan harus diteruskan. The road have been taken. =)
Jangan menoleh ke belakang. Jangan korbankan perasaan orang yang banyak berkorban. Jangan hampakan mereka. Mujahadah !!
Ya Allah..! Allahumma yassir wala tuassir :)

 Here I coming . Bittaufiq wannajah =)