Sunday, February 16, 2014

Cigu..Cigu

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah.
Masuk bulan ni bermakna dah sebulan lebih aku bekerja kat taski tu.
Apa rasa?
Rasa macam nak pengsan walhal masa tu baru 3 hari kut bekerja.
Penat gilak ah. Aku rasa merentas desa pun tak penat macam tu. Haha.

Pagi aku jadi pembantu guru taski.
Petang pulak jadi ostajah.
Memang makan masa sebulan la aku nak suaikan diri dengan sekolah tu, dgn bebudaknya dan guru2nya sekali.
Aku ni bukan boleh bergabung + meletup = ahh! dengan sesapa je.
Ambil masa gak.
Bak kata adik aku "great things takes time". eceeeh.

Citer pasal Taski..bulan lepas aku bantu kelas budak-budak 5 tahun.
boleh kata aku umpama mak angkat depa la.
Muka memang comel2..tapi kau bila dah menangis, terkencing, menjerit ala tarzan secara tetiba lepas tu panjat meja .. comel tak comel memang kena bebel la dengan aku.

Azam. Dia memang hyperactive gila. Antara budak yang comel dan bulat kat taski tu. Tapi paling aku tak tahan time aku tengah mengajar ABC..dia panjat meja dah tu jerit.
Jerit pulak nak gaya sama macam gorilla lepas tu tolak meja..habis bebudak lain " cikgu..cikgu..tengok ajam. Dia tolak2 meja."..

Satu benda tak boleh lupa, time nak balik dia curi2 ambil mangga kelas. " Azam. Mana mangga kunci tu?" Dia sengih2. " Mana dia? Cikgu tanya ni?"
" Kat belakang cikgu" " Belakang mana?" " Belakang sana." Huh? lubang najis?
" AZAAAAAAAAAAAAAM!!" Memang sakit jiwa aku pagi tu.

Luth. Masa mula2 kena dia. Hanya satu perkataan je boleh aku sebut.
MANJABAKHANG. Hahaha.
Dia tu asyik nangis je. Aku tanya kenapa? " Luth nyindu umi. Huuuu.." 

Bila aku tengok luar, ummi dia baru dua langkah dari pintu kelas. Tak pernah aku alami tahap kerinduan macam Luth. For the first time and forever.

Aku dah buat muka toya malas layan budak2 gen manja ni. 
"Luth ni..cikgu pun ada mak. Tapi, cikgu macho je tak nangis. Luth ni lelaki, tapi nangis. Eiii..tak hensemlah macam ni."

"Huh? Tak nak hensem. Luth nyindu ummmmmiii..Ummmiii.."

"Hensem pun tak nak?"

Tapi biasalah budak-budak. Manja tu memang fitrah depa la.
Daripada dia diam 24 jam walaupun aku tanya soalan ke dua puluh ataupun dia buat muka takda rasa bersalah lagi bagus kut Luth menangis.

At least aku tahulah dia ada perasaan.

Luth pelat. Apa yang bunyi A atau E, dia akan tukar jadi ei.
" Luth, sebut ni.Tiga."
" Tigei.."
" Tiga..ga..ga.ga."
" Tigei..gei..gei..gei."
               -.-

Masa mula2 masuk kelas Al Majid tu..aku tak redha sebenarnya. Sebab sebelum tu aku dah masuk kelas Al Yaqin. Time aku masuk pulak tu dorang masih zaman menangis tak biasa masuk sekolah kan.

Hari2 menangis. Ada yang tendang aku, tendang kerus, panjat pagar. Memang gaya ala-ala pelakon lagak ngeri.

Jadi, untuk ambil hati tunas2 islam ni..aku banyak bergurau..banyak usik2 depa..cerita hantu..nyanyi lagu Tegar kat dalam kelas..lama2 dorang jadi serasi la..


Azam Az Zakwan. Muhammad Luth. Muhammad Firdaus. Ihsan Syamil. Rizq Zaqwan. Afiq Hazim. Rizky Zayyan. Aqeef Zihny. Muhammad Ashraf. Khairil Al Aziem. Hazziq Ashraf. Muhammad Khalis. Amir Aizat.

Mia. Icha. Ulfah. Qalisha. Qaisara. Qistina. Diana. Abid Khaliesah. Fadhilah. Aina. Safera.

Bila cikgu dah tak ajar lagi..mungkin adik2 dah tak kenal atau tak ingat langsung sape cikgu yang pakai cermin mata dan selalu cerita hantu 2 yang direka2 ni..tapi sekurang2nya cikgu tahu cikgu pernah kenal awak semua.

Sekurang2nya cikgu akan senyum bila cikgu teringat sapa yang asyik menjerit..asyik terkencing dalam seluar..tertinggal botol air dalam kelas..asyik bawa mainan..suka makan 24 jam..asyik tanya cikgu soalan yang sama..dan malas buat kerja. Dan sapa yang selalu jerit nama cikgu sambil lambai tangan.

.Semoga kalian menjadi tunas2 islam yang berkembang dalam biah yang baik. Jadikan mereka ya Allah insan yang soleh solehah. Allahumma Amiin.



Monday, December 23, 2013

SeloTep

Bismillahirrahmannirrahim :)

Sejak aku duduk rumah jadi penganggur tak rasmi dan pembantu rumah sendiri, merangkap assistant mama, banyak masa juga aku habiskan bersama-sama adik2 aku. Dari kami tak rapat boleh jd rapat.
Mungkin, ada sebab kut kenapa smpai sekarang Allah tak nak aku kerja lg.
Mungkin.

Bila kat rumah dok menghadap adik2 yg agak kebudakan..memang aku pun ikut jd budaklah. Iman. Umur dia dh 8 tahun tapi sekali pndg mcm budak setahun. Manja kemain. Rasa mcm nak ketuk2 je kepala dia.

Faiz? Uhh..budak tu sungguh menjengkelkan. kerja dia complain aku tak reti main candy crush dah tu buli Iman. Kalau tengok dia jd baik duduk diam memang bukan dialah.

Sifat abang.. tak reti mengalah padahal dh nak masuk form 1, yang adik..selagi aku tak bg ceramah kat abangnya..asyik psiko aku je, cakap aku tak sayanglah..tak peduli lah..aku sayang si abang lebih la..ya Allah ya Tuhanku..haru betul dorang tu.

Disebabkan, abah kerja sendiri..so, ada masa abah duduk rumah layan internet..abah ni agak pendiam..tp kalo dah marah, kau yg diam sebulan. 

Jadi hari tu, iman dengan faiz macam biasalah rutin hidup dorang..asyik bergaduh + buat bising + lawan cakap + bergusti + psiko aku + rebut nak guna lappy
Abah dah bagi hint..pandang adik2 aku penuh kesabaran..adik2 aku pulak memang jenis gen bahagia je cari pasal sesama sendiri..buat dulik je amaran abah..

Bila abah dah marah, tetiba je abah bangun. Dah nmpak abah berubah riak, memang adik2 aku automatik jd kayu. Tp, kayu ni uniklah warna putih paasl pucat dan kayu jenis pandai cakap sbb nak backup diri masing2.

Abah peduli apa..datang kat dorang sambil pegang selotep. Dah tu, Pi selotep mulut dorang 360 darjah. Waktu tu memang tak payah cakaplah berapa kali aku gelak tapi cover dgn bantal ...takut aku pulak kena selotep dan banyak  kali aku ambil gambar dorang senyap2..siap edit lagi..lawa kut. ni jadi khazanah negara ok gak.cuma takde save kat lappylah.

Aku tengok dari jauh adik2 aku..mata merah mcm menangis tapi asal senyap je..oh,, patutlah mulut kena selotep. XD Aku ni bukanlah jahat tp kdg2 dorang dpt pengajaran  pun bagus gak.

Alhamdulillah, sejak kena selotep..dorang dah kurang sikit lah bising. Sebut je "selotep..selotep" tiba2 sunyi sepi lagi tenang dan aman damai lah rumah aku.
Semut jalan pun dengar. Haa...itu tipu.

Satu hari, kitaorang pi pasaraya..kitaorang lalu kat bahagianalat-alat tulis..abah kirim beli fail. dah nak balik tu, ehhh...aku nampak sesuatu..
" Bik aji, ni beli selotep ni."
Muka mak cik aku tu dah blurr. " Abah ada kirim ke?" Aku pandang adik2 aku semua, dorang dok buat muka tak puas hati tetiba faiz kata, " Ada. Nak selotep mulut kakak yah."
XD



Friday, December 20, 2013

Misi selepas tamat STP

Bismillahirrahmannirrahim.

Yeah! Dengan bangganya aku nak umumkan, akulah ex stpm candidate!
segala penat lelah telah aku lalui, penuh ranjau berduri sehingga aku rasa tak mampu berdiri,
mahu mengalah tapi takut abah marah
jadi aku teruskan jua hingga temui penamatnya!

ecececeh...sangat tak boleh blah! hahaha. tapi memang sastera kut mukadimah aku.
sebenarnya, nak bagitahu je dah habis exam bulan lepas. Tapi ayat kemain, macam nak berpantun bagai.
Aku hari tu periksa 7 & 3/11 untuk paper STPM dan sambung balik paper MUET on 23/11. Ye lah kut. Aku dah lah makin pelupa sejak habis periksa.

Dan sampai sekarang, dengan bangganya aku tak dapat kerja lagi T_T
Takde rezeki. Huhu :'(
Nampak sangat semua syarikat2 kat Malaysia ni berpakat tak nak amik aku kerja. Apakah dosaku? Hahaha. Dok le. Aku yang liat maleh cari kerja.
Ntah la, aku rasa macam trauma je.  Ada jugalah aku try tanya mana2 tadika sebab aku ni memang orang kata ada aura jadi cikgu..ececeh..
tapi, masalahnye tu lah sifat perasan lebih aku tu buat semua tadika tak nak aku. Hahaha. Tu yang aku macam fobia je.

Lagi satu, kan..perawan tanpa lesen macam aku ni..memang susahlah nak gerak ke sana sini. Si Pika tu boleh pula bagi aku cadangan apply kerja kat Shah Alam. Pika..Pika, dia lupa kut aku takda lesen tak pun dia ingat aku ada beli rumah kat Shah Alam. Choy!
Nak pi pekan yg paling dekat pun mengemis meminta dikasihani oleh abang dan mak cik tolonglah hantarkan aku ni. Tu pun, belum tentu diaorang ok.
Jadi, harapkan abah je. Kesian abah. Nasib baik abah kerja sendiri. Tu pun, still kena buat appointment.

Situasi 1

" Incik Abah. Esok temankan Cik Seha ke tadika sana?"
" Oh tidak. Incik Abah sibuk..client Incik Abah beratur panjang nak jumpa Incik Abah."
" Kenapa pula sampai beratur?"
" Nak minta autograph. Incik Abah kan selebriti"
" Huh?"
" Ok. Lawak tak jadi."
"Apakah? T_T"

Situasi 2

" Incik Abah. Esok pi Abim ok dak?"
" Aiseimen. Incik Abah dah plan nak makan jamu tu."
" Makan jamu..? Haa..mohon penjelasan ye."
" Ye lah..lepas makan..perut kita memproses..lepas proses. Saham diluluskan untuk dibuang. Jadi, kita dah sakit perut manalah kita larat nak pi mana2 kan?"
" Erk..erk. Ok. faham. faham."
" Ke nak penjelasan lebih terperinci? Sekali sekala Incik Abah jadi kaunter pertanyaan ok jugak,"
" Eh..tak ape. tak ape."

Lebih kurang macam itu lah. Tapi, kan aku memahami mereka-mereka yang terpaksa ambil jawatan sebagai pemandu sementara isi rumah. Contoh abang dengan abah aku lah.
Jadi, aku nak cari kerja cepat dan dapat duit..boleh ambil lesen! Yang penting halalan toyyiban! Semoga rezeki Allah ada untuk kita :)
Allahumma Amiin.

Ok, sudah sampai di sini saja.
Ilal liqa'
:)



Monday, November 18, 2013

Kenapa mereka lagi baik?

Bismillahirrahmannirrahim.

Dulu,
aku ingat lagi, aku dengan Kima selalu menguji minda dengan bertanya macam2 soalan bila berjumpa.

" Kima, kenapa kan A bla bla bla.."
" Ouh..sebab B kan bla bla bla"

" Seha, kenapa kan orang fikir bla bla bla.."
" Kima, sebenarnya aku nak jawab, tapi tak de jawapan. So, simpan je la soalan kau."
" T_T"

Ayat tu memang femes keluar dari mulut aku.
Sama ada aku malas nak fikir atau sebab sedar diri kurang ilmu. Kadang2 nak jawab soalan orang ni bukan boleh main bedal je.
Lagi lah soalan Kima dengan Atiq yang pecah kepala nak fikir. Aku rasa nak pura2 tidur je, tapi kawan yang baik takkan menghampakan sahabatnya.
Jadi, aku reka skrip awal2.
Agak2 memang kurang ilmu, beritahu. jgn pula buat jawapan palsu. Wehh..takut salah kut.

Dan kadang2 ada gak kawan yang baik hati cakap macam ni,

" Aku tanya kau sebab aku ingat kau lebih tahu. Rupanya tak.."
Itu situasi normal. So, nak jadi hebat jangan cepat sentap. Belajar lagi. Sebab ilmu tu luas.

Dan kalau nak menuntut ilmu pun, tak boleh rujuk buku tanpa guru. Carilah someone yg boleh tunjuk yang benar dan bantu kita jauhi yang salah.

Dulu antara soalan yang femes berlegar2 kat fikiran aku dan Kima ialah,

" Kenapa orang Jepun (yg non muslim) baik2? Padahal dorang tak Islam pun. Akhlak dorang kadang2 lebih baik dari orang Islam sendiri? Haa..kenapa? Cer jawab..cer jawab."

Dan jawapannya,
" Aaa..aaaa...emm..ntah la"

Lebih best, aku alami situasi yang sama bila aku pi bercuti dengan keluarga ke Ipoh baru2 ni. Kat situ memang ramai masyarakat Cina.
Dan akhlak mereka sangat cantik. Mereka tak kenal aku pun. Tapi rileks tegur aku, sapa aku..macam dah lama kenal.
Benda ni buat aku rasa segan gila. Aku yang islam ni pun tak baik macam tu. Akhlak aku, bahasa aku...Allahu..semoga Allah beri mereka hidayah.

Dan aku teringat jawapan yang aku dapat dari akak naqibah aku dulu,

" Macam ni, kadang2 kita tengok akhlak mereka lebih baik tapi mereka tidak Islam pun. Padahal Islam yg ajar umatnya begitu. Tapi, orang Islam sendiri tak amalkannya.
Itu maknanya mereka punya Islam. Cuma, Iman je tak. Dan kita, ada Iman. Islam pula hilang ke mana."

Dan Allah ada macam2 cara nak tegur kita ni selaku hambaNya. Dan mungkin juga, ni cara Allah nak tegur aku, kan?
Jadi, why not kita yang dah Islam ni..cantikkan lagi diri kita supaya Islam dipandang cantik.

- "Islam tu umpama air yg  jernih. Jika ia lalu di kawasan berbatu hitam. Maka, ia akan kelihatan hitam. Tetapi, jika ia lalu di kawasan berbatu putih, maka ia akan kelihatan putih." -Peter Sanders.

-"Kita adalah jenama kepada agama ini (Islam). Baik akhlak dan perilaku kita, maka baik jugalah Islam yang tertonjol pada mata-mata yang memerhatikan.

Wahai, sudah tiba masanya untuk kita berubah!" - Angel Pakai Gucci


Wallahualam.
:)


Tuesday, November 5, 2013

Hero

Bismillahirrahmannirrahim.

Abah.
Dia tak sama macam aku.
Bila dia kata A, aku mesti cakap B. Dia suka layan citer P.Ramlee, aku layan mee kari..haha
Bila pagi2 duduk depan meja nak sarapan. Dia rileks je sambil minum kopi Mama,
Aku yg buat muka tak bahagia.

" Hee..radio apa ni. Mengantuklah dengar lagu2 klasik pepagi."
" Ehh...biarlah. Sedap apa lagu2 lama ni."

Juling mata.

Aku ingat lagi, dulu masa aku kecil, aku panggil Abah, Si Penipu Tegar.
Hahaha. Apa jenis anak aku ni.
Abah selalu bagi janji manis time hari pertama aku pi sekolah,
" Yah, abah nak balik rumah jap. Nanti abah datang balik."

Setengah jam. Sejam. Sejam setengah. Dah balik.

Meleleh air mata aku tak sudah. Abah tipu. Dia pergi kerja senyap2. Uhh..Aku niat dlm hati, tengok lah malam ni..aku nak ngadu kat Mama. Habislah, abah!
Tapi, Abah balik malam sangat. Aku dah ngantuk. Dah tu, Abah beli pulak coklat. So, tak apalah. Best je kena tipu ni. Haha.\

Sampai lah dah besar..Abah tipu aku lagi.
" Yah, cepat! Bas dah sampai dah tu."
Aku punya berlari pantas sambil mulut menguyah karipap dan kaki memakai kasut. Lantas, tangan pun mencapai buku.
" Mana, Bah?"
" Saja je Abah cakap macam tu. Kalau tak kau siap lambat."

-...-

Nasib baik Abah saya.
 Bila dah besar ni..aku dah mula suka membebel. Abah lah orang pertama yg tutup telinga sambil berdoa agar aku mampu kenal apa itu erti diam.

Semua perkara aku anggap besar, Abah pandang remeh je. Jawapan dia, " Ush..shh! Senyaplah. Apa bising2 ni?"
Satu hari, aku dok bebel sebab geram..abang2 dan adik lelaki aku suka lari dari basuh pinggan. Kadang2 sudu je pun. Dah alih2 basuh tangan, basuh ler sekali pinggan.

 Abah dah biasa sangat. Dia pun terasa jugak kut. " Yah, tolong basuhkan pinggan Abah ni. Bukannya Abah tak nak basuh, tapi abah saja je nak bagi yah pahala lebih. Dah..dah. Basuh ni."

--'

Insaf. Insaf.

Abah.

Dulu Yah pelik bila Abah tak sama macam abah-abah kawan Yah.
Gaya Abah lain dari lain.

Tapi, bila yah fikir baik..hmm..tak semua orang ada abah dan setiap orang ada gaya tersendiri.
Gaya Abah diam main hendset.
Gaya Mama diam baca novel.
Gaya Sateh diam layan insta.

Dan gaya Yah bising komen drama kat TV.
Yah je lah kut yang bising.

Yah tahu yah merepek. Tapi kan Abah, yah nak sangat Abah terasa pelik bila rumah sunyi kalau yah takde nanti. Harus tau bah. Hahaha.

Hmm...Abah, terima kasih eh. Sarang hae,Abah Kim. Haha. Failed.