Saturday, August 4, 2012

Jika iTulah yang Terbaik...

bismillahirrahmannirrahim =)

hye..everyone! kaifa halukum?ana? alhamdulillah..ana bikhair =)
haa...before I forget..I just want to wish "salam ramadhan kareem." and i hope you all can answer with "allahu akram." =)

(just nak ckp..post kali ni tersangaaaaaaatlah panjang)

now, is 28 of ramadhan. so, how do you feel today? energetic? active? or tiredly?
haha...memang tak dinafikan..kita kena mujahadah sikit time ramadhan. maksud ramadhan itu sendiri ialah panas.
zaman para sahabat dulu, mereka lagi suka cuaca yg panas pada bulan ramadhan sbb time tu lah dpt mujahadah.
tp zaman sekarang...
"fuh! rasa-rasanyakan kita hidup kat malaysia ke gurun sahara? cer jawab sikit."
setiap titik peluh tu, insyaALLAH akan dibalas ALLAH dengan pahala =)

Ehm..sebenarnya hati ni..terasa sangat hiba nak tinggalkan ramadhan..dah 28 dah...ramadhan dah nak pergi...
dan aku? adakah sudah layak memegang sijil ijazah taqwa selepas ramadhan pergi? nak tengok diri ni berjaya..tengok lepas ramadhan nnti..kalau kita still buat ibadah yg sama time ramadhan..insyaALLAH berjaya lah kita..

ustaz kata, kalo time exam nak dekat kita mesti pulun gila2...mcm tu juga dgn ramadhan..dah last2 ni...kita sama2 buat amalan banyak2..mana tahu yang last minute tu mampu mengubah segalanya. nak tak? niat kerana ALLAH...untuk jadi hamba yang rabaniyyun dan bkn hanya ni bln ramadhan je. okay?

agak terasa hati gak bila mana..ramadhan belum pergi tapi kebanyakkan masyarakat di Malaysia dah beriya-iya menyambut ketibaan syawal. memang tak dinafikan,,semuaorang ternanti2 hari raya...mcm diri ni juga...

" alah..tahun depan kan ada ramadhan lagi."

confirm ke ada? mungkin ada ramadhan tu..tapi diri awak tu pasti ke hidup lagi? think about it!

bagi aku ramadhan kali ni lebih bermakna dari tahun2 sudah..hidup kat asrama mengajar aku agar menghargai setiap masa yang ada..hidup kat asrama juga buat aku semakin dekat dengan surau..suka rasa nak dgr alunan zikir dan suara imam bila solat...nak berdiri rapatkan saf dgn adik2 time nak solat...suka dengar tazkirah dr imam muda sek sultan.
kenapa rasa mcm spesial sangat?

sbb aku tak pernah lalui semua tu masa dulu...rasa diri ni terpilih oleh ALLAH sbb diizinkan menjadi penghuni asrama rabiatul adawiyah =) dan itulah perkara yg aku doa dulu. walau di mana pun kaki ni melangkah, harapan aku biarlah dekatkan aku dengan ALLAH =)

tapi bila dah best2 duduk asrama..rasa macam...macam nak keluar pulak..padahal dulu beriya2 nak stay kat hostel.
bkn apa, aku merasakan duduk asrama ni cuma memudahkn aku untuk ke sekolah je. tapi, bg aku x ada masa nak belajar dan susah cari maklumat untuk studi sbb terikat dengan asrama dan x ada lappy.
tapi macam biasalah...mama dengan abah tak izinkan. abah marah...abah kata aku ni macam2 hal. mama kata aku ni tak fikir jangka masa panjang. bik noni kata, belum tentu kat rumah ada masa nak belajar.

aku tahu redha ALLAH tu terletak pada redha pada ibubapa...dan aku nak buat apa yg terbaik untuk mereka...
tapi bkn senang nak uruskan waktu kat asrama...seriyes tak tipu.
maybe for somebody it is norm but not for me.

Ada juga yang cakap..baru duduk sekejap dah mengalah, tapi masa tetap akan berjalan dan imtihan bulan 11 ni. Dah dekat sangat dah.

aku bkn nak ckp apa, tapi aku tengok result kwn2 yg duduk asrama masa tahun lepas...keputusan SPM mereka..agak menurun walaupun bidang yang mereka ambil tu senang. padahal mereka tu pelajar yang bijak. Ramai juga pelajar lain keluar asrama sbb apa...? alasan yang sama juga =.=

STPM bukan senang....tak semudah yang disangka. not easy as ABC or Aliff, Baa, Taa. I hope it is simple as that.

cuma mereka lebih untung sbb rmh mereka sekitar Klang dan ramai yang boleh memandu sendiri.

kawan2 form 6 lain pula semuanya kat dorm tingkat bawah...sedangkan dorm aku atas sekali.
==''

bila aku bagitahu adik2 asrama yg aku nak keluar lepas raya ni sbb susah nak studi, kebanyakkan mereka sokong aku.
Tapi disebabkan rumah mereka jauh dari sekolah, mereka kenalah berkorban.
Tapi aku at least ada bas depan rumah boleh hantar ke sekolah.

borang keluar asrama dah ambil kat pejabat tapi belum bgtahu abah sbb takut...semalam dah berdebat dgn mama...tapi mcm biasalah, mama kata duduk asrama tetap lagi baik..kalau kelas ada buat apa2 aktiviti, tak payah susah2 nak balik naik bas.

=T_T=

Ya ALLAH...

kalau boleh diri ni nak sangat duduk asrama..banyak sangat kenangan kat asrama..tapi diri ni cuma nak terbaik untuk semuaorang...aku rasa bila duduk rumah ada masa untuk studi lebih...maklumat pun senang cari bila duduk luar..
sampai semalam time sedang bincang dgn mama tiba2 terlepas dr mulut, "kalau result STPM dapat teruk jangan salahkan orang!"
aku tahu..mama terasa....

mama, iya minta maaf. iya cuma takut tak boleh belajar dengan baik. mungkin betul, semakin kita jauh dgn ibubapa kita..semakin berkobar-kobar semangat nak belajar..tapi mama, kata ustazah wan...untung orang yg duduk rumah sbb dia boleh tengok rahmat ALLAH hari2..

"ya ALLAH, permudahkanlah bagiku urusanku. Apa sahaja yang takdir yang kau tuliskan untukku, mudahan aku terima dengan yakin dan percaya itu terbaik untukku dan orang di sekelilingku. Dan tidak pernah putus asa untuk terus berharap kepadaMu, ya ALLAH." amiin ya rabbal alamiin =)

Tiba2 terasa dengan pepatah ni
"nak seribu daya, tak nak seribu alasan." Ya ALLAH..what should I do?







1 comment:

Hanamiko Sakura said...

apa bila kita dalam kebuntuan.. carilah Allah.. tunaikan solat istikharah :)

rabbi yasir wala tu a'sir.. :)