Saturday, August 4, 2012

Jika iTulah yang Terbaik...

bismillahirrahmannirrahim =)

hye..everyone! kaifa halukum?ana? alhamdulillah..ana bikhair =)
haa...before I forget..I just want to wish "salam ramadhan kareem." and i hope you all can answer with "allahu akram." =)

(just nak ckp..post kali ni tersangaaaaaaatlah panjang)

now, is 28 of ramadhan. so, how do you feel today? energetic? active? or tiredly?
haha...memang tak dinafikan..kita kena mujahadah sikit time ramadhan. maksud ramadhan itu sendiri ialah panas.
zaman para sahabat dulu, mereka lagi suka cuaca yg panas pada bulan ramadhan sbb time tu lah dpt mujahadah.
tp zaman sekarang...
"fuh! rasa-rasanyakan kita hidup kat malaysia ke gurun sahara? cer jawab sikit."
setiap titik peluh tu, insyaALLAH akan dibalas ALLAH dengan pahala =)

Ehm..sebenarnya hati ni..terasa sangat hiba nak tinggalkan ramadhan..dah 28 dah...ramadhan dah nak pergi...
dan aku? adakah sudah layak memegang sijil ijazah taqwa selepas ramadhan pergi? nak tengok diri ni berjaya..tengok lepas ramadhan nnti..kalau kita still buat ibadah yg sama time ramadhan..insyaALLAH berjaya lah kita..

ustaz kata, kalo time exam nak dekat kita mesti pulun gila2...mcm tu juga dgn ramadhan..dah last2 ni...kita sama2 buat amalan banyak2..mana tahu yang last minute tu mampu mengubah segalanya. nak tak? niat kerana ALLAH...untuk jadi hamba yang rabaniyyun dan bkn hanya ni bln ramadhan je. okay?

agak terasa hati gak bila mana..ramadhan belum pergi tapi kebanyakkan masyarakat di Malaysia dah beriya-iya menyambut ketibaan syawal. memang tak dinafikan,,semuaorang ternanti2 hari raya...mcm diri ni juga...

" alah..tahun depan kan ada ramadhan lagi."

confirm ke ada? mungkin ada ramadhan tu..tapi diri awak tu pasti ke hidup lagi? think about it!

bagi aku ramadhan kali ni lebih bermakna dari tahun2 sudah..hidup kat asrama mengajar aku agar menghargai setiap masa yang ada..hidup kat asrama juga buat aku semakin dekat dengan surau..suka rasa nak dgr alunan zikir dan suara imam bila solat...nak berdiri rapatkan saf dgn adik2 time nak solat...suka dengar tazkirah dr imam muda sek sultan.
kenapa rasa mcm spesial sangat?

sbb aku tak pernah lalui semua tu masa dulu...rasa diri ni terpilih oleh ALLAH sbb diizinkan menjadi penghuni asrama rabiatul adawiyah =) dan itulah perkara yg aku doa dulu. walau di mana pun kaki ni melangkah, harapan aku biarlah dekatkan aku dengan ALLAH =)

tapi bila dah best2 duduk asrama..rasa macam...macam nak keluar pulak..padahal dulu beriya2 nak stay kat hostel.
bkn apa, aku merasakan duduk asrama ni cuma memudahkn aku untuk ke sekolah je. tapi, bg aku x ada masa nak belajar dan susah cari maklumat untuk studi sbb terikat dengan asrama dan x ada lappy.
tapi macam biasalah...mama dengan abah tak izinkan. abah marah...abah kata aku ni macam2 hal. mama kata aku ni tak fikir jangka masa panjang. bik noni kata, belum tentu kat rumah ada masa nak belajar.

aku tahu redha ALLAH tu terletak pada redha pada ibubapa...dan aku nak buat apa yg terbaik untuk mereka...
tapi bkn senang nak uruskan waktu kat asrama...seriyes tak tipu.
maybe for somebody it is norm but not for me.

Ada juga yang cakap..baru duduk sekejap dah mengalah, tapi masa tetap akan berjalan dan imtihan bulan 11 ni. Dah dekat sangat dah.

aku bkn nak ckp apa, tapi aku tengok result kwn2 yg duduk asrama masa tahun lepas...keputusan SPM mereka..agak menurun walaupun bidang yang mereka ambil tu senang. padahal mereka tu pelajar yang bijak. Ramai juga pelajar lain keluar asrama sbb apa...? alasan yang sama juga =.=

STPM bukan senang....tak semudah yang disangka. not easy as ABC or Aliff, Baa, Taa. I hope it is simple as that.

cuma mereka lebih untung sbb rmh mereka sekitar Klang dan ramai yang boleh memandu sendiri.

kawan2 form 6 lain pula semuanya kat dorm tingkat bawah...sedangkan dorm aku atas sekali.
==''

bila aku bagitahu adik2 asrama yg aku nak keluar lepas raya ni sbb susah nak studi, kebanyakkan mereka sokong aku.
Tapi disebabkan rumah mereka jauh dari sekolah, mereka kenalah berkorban.
Tapi aku at least ada bas depan rumah boleh hantar ke sekolah.

borang keluar asrama dah ambil kat pejabat tapi belum bgtahu abah sbb takut...semalam dah berdebat dgn mama...tapi mcm biasalah, mama kata duduk asrama tetap lagi baik..kalau kelas ada buat apa2 aktiviti, tak payah susah2 nak balik naik bas.

=T_T=

Ya ALLAH...

kalau boleh diri ni nak sangat duduk asrama..banyak sangat kenangan kat asrama..tapi diri ni cuma nak terbaik untuk semuaorang...aku rasa bila duduk rumah ada masa untuk studi lebih...maklumat pun senang cari bila duduk luar..
sampai semalam time sedang bincang dgn mama tiba2 terlepas dr mulut, "kalau result STPM dapat teruk jangan salahkan orang!"
aku tahu..mama terasa....

mama, iya minta maaf. iya cuma takut tak boleh belajar dengan baik. mungkin betul, semakin kita jauh dgn ibubapa kita..semakin berkobar-kobar semangat nak belajar..tapi mama, kata ustazah wan...untung orang yg duduk rumah sbb dia boleh tengok rahmat ALLAH hari2..

"ya ALLAH, permudahkanlah bagiku urusanku. Apa sahaja yang takdir yang kau tuliskan untukku, mudahan aku terima dengan yakin dan percaya itu terbaik untukku dan orang di sekelilingku. Dan tidak pernah putus asa untuk terus berharap kepadaMu, ya ALLAH." amiin ya rabbal alamiin =)

Tiba2 terasa dengan pepatah ni
"nak seribu daya, tak nak seribu alasan." Ya ALLAH..what should I do?







Saturday, June 23, 2012

Dan sebenarnya

semalam, jumaat 22/6 aku balik ke kampung. mungkin x berapa teruja sangat sebab minggu lepas aku dah fly dari asrama..haha...nak naya fly..mana ada...minggu lepas tiba2 sakit...malam2 minta abah ambik..

"abah, abah kat mana ni?"

"abah kat klang..kenapa?"

"abah, malam ni amik iya kat hostel. sakit lah..macam nak pengsan je."

"laa..boleh ke?"

"pasal iya semua boleh..hehe..iya dah wat dah surat rasmi nk minx blek luar jadual."

"ok2..nnti abah amik."

nasib baik bila mengenangkan kampung aku ni sejam je perjalanan. maunye kat hulu selangor...pengsanlah aku sorang2 kat dorm..

kenapa ntah..hati ni macam terasa sgt berat nak smbug form 6..hilang rasa gembira lagi bahagia..seriyes..

aku x tau kenapa..nak buat assignment mcm malas sangat...allah T_T
smpai sekarang aku tak faham...kenapa rakan sekelas aku especially yg lelaki aneh2 lg pelik2

pernah suatu masa aku ckplah.."yey..nak rehat!" saje je lah nak hepi kan diri...dtg sorang ni..dia bleh cakap..
"nak rehat,rehat je la..nak cakap2 kat orang pulak. bising-bising je." (lebih kuranglah)

dgn tiba2 je aku rasa mcm nak ketuk kepala sendiri. kenapalah aku ckp mcm tu. lepas tu aku balaslah..'suka hati akulah.."

dan yg menjadi persoalan kat sini..apa masalah dia sebenarnye? ada aku cakap dengan dia ke? bleh je kalau dia nak buat donno...tp kenapa dia keluarkan statement yg spoil mood aku tu..

lepas tu bila orang tanya...

"weh..mcm mana nak pasang whiteboard baru tu?" tau tak apa dia cakap...
" pasanglah mengikut apa yang kita suka."

boleh je dia cakap..' oo..kalau nak letak whiteboard tu..kena pasang paku dulu kat setiap penjuru.."

geramnya..lepas aku balaslah.." eh..bagusnya jwpn kau." dan dgn bahagianya dia boleh ckp.."mmng bagus pun..terima kasih."

allah T_T...sedihnya aku ada kwn mcm tu..yg perempuan nya semua ok..mungkin diaorang berani sbb diaorang dr sek yg sama dr form 1 smpai form 5..sbb tu lah mereka selalu support kwn2 lama diaorng je..

lps tu pernah la aku gagap masa present..dan sepatutnye sbg kwn..mestilah kita support kwn kita..dan yang paling aku tak sangka2 kan diaorang bleh ejek2 aku..what the? apa masalah diaorang ni?

" assss..assa..."
"gagap..apa dia gagap?"

aku rasa aku x buat masalah pun dgn mereka...bila ditanya...buat x dengar...bila ditegur..buat selamba badak..mcm aku ni tunggul...

cuba gak bersabar...faham keadaan..mungkin masih baru lg..ya allah...sedihnye..

bak kata 'atiqah.."faseha,yakinlah ada hikmahnya. tengok bayi yg nak belajar berjalan..mesti dia ada jatuh2 kan..takkanlah dia bleh terus berjalan kan? yakinlah..allah dah sedia kan yg terbaik..

bak kata auni dan anis, " sakinah, be strong tau. jangan mengalah. ada hikmah kenapa allah aturkan begitu."

ya allah..aku mengakui..memang semua ni berlaku ada kena mengena dgn salahku dahulu..aku pernah tak suka org..dan akibatnya, beberapa org di kelasku tidak menyukaiku,,aku akui ya allah..aku pernah pandang rendah kpd shbt2 di sek lama..dan blsnnya, aku kini merindui mereka..walaupun mereka kurang itu..ini..tp mereka selalu menyokong ku...selalu membuatku tersenyum dan ketawa..

ya allah..ampuni aku jika aku terlepas dari terus mengharapkan Mu..ya Allah..ampuni aku..yg semakin jauh dariMu...ya allah..bantulah aku kembali mencariMu di dalam hati ini..allahumma amiin.


Monday, June 4, 2012

PUTERIKU SAYANG~MESTICA FEAT MUNIFF HIJAZ



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya….

Semoga hijab menjadi pakaianmu, Semoga kesucian menjadi amalanmu, Semoga kesopanan menjadi perhiasanmu, Semoga syurga menjadi tempatmu..jom jadi baik! Jadikan ALLAH sebagai matlamat hidup kita ;) Bila kita mencintai ALLAH, ALLAH akan hadirkan cinta lain yang diredhainya untuk kita….;)

Friday, June 1, 2012

Eh! Mak cik Hidayah. Ya Allah..pilih lah aku!

assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

salam jumaat yg tersangat osem ^^

hari ni..ntah kenapa..jari nak sangat menari atas keyboard..bukan untuk meluahkan isi hati tapi nak berkongsi sesuatu yg sangat istimewa.

mungkin tidak istimewa untuk anda semua..tapi tersangat spesial untuk diri yg marhaen ni. seriyes ^^

hari tu..lebih kurang pukul 9 lebih...waktu dhuha...aku diminta mama untuk ke kedai cik jamal yg tak jauh dr rumah dlm 20 tapak kaki smpailah.

waktu tengah belek2 surat khabar tiba2 mata ni nmpk kat hadapan muka surat khabar terbitan negara malaysia..(mana lagi kan?)
mengenai penghijrahan seorang artis wanita...iaitu natasya hudson. siapa tak kenal dia? erm..tak kenal x tau lah..bkn masalah aku..

tapi apa yg membuatkan aku sebak..dia cerita dapat hidayah semasa solat taubat kat Raudhah dan so on. aku x sempat beli surat khabar tu sbb x cukup duit. tapi seriyes..dia mmng nmpak cantik bila berhijab ^^

lepas dari hari tu..aku selalu berfikir2 sendiri...alhamdulillah..makin ramai insan yg dpt hidayah ALLAH...untungnya mereka..

dari sahih bukhari:

Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Dia akan memberinya kefahaman dalam agama.

"untungnya lah mereka yg ALLAH berikan peluang untuk mengenal ALLAH lebih dekat."
"bertuahnya mereka...ALLAH masih sygkan mereka."
"bersyukurnya mereka kerana dipilih untuk mendapat hidayah ALLAH."

kadang2 hati ni rasa cemburu sangat dengan mereka yg ALLAH pilih untuk kembali mengenal ALLAH dan terus kuat melangkah..

AKU??

Adakah aku ni dah cukup baik? Istiqamah kah aku dalam kebaikkan? Terpilih ke aku untuk mendapat hidayah ALLAH? Antara berjuta makhluk yg soleh...setanding ke amalan aku dengan mereka? Allah...T_T

Rasa nak menangis bila kwn2 kata diri ni alim..rasa hati hancur bila mereka kata aku baik..

wahai sahabat..

andainya kau tahu betapa hina dan jahatnya diri aku. Andai kau tahu..betapa zalimnya aku ke atas diri sendiri...andai kau tahu...siapa aku sebenarnya...

cukup..cukuplah kata diri ni begitu...aku rasa bersalah sangat bila org kata aku macam tu..sedang ALLAH lebih kenal aku siapa...ampunkan aku ya allah atas kata-kata mereka..mereka tidak tahu..mudah2an doa mereka menjadikan aku muslimah yg baik. ^^

Rasa indahnya bila suatu hari ALLAH pilih hati ni agar kembali semula kepada Dia...diri ni sgt futur..dalam melangkah..seringkali jatuh walau ditiup angin kus kus yg lemah lembut serta sopan santun..hmm...

apa hasil yg aku nak tunjuk kat depan ALLAH nnti??
" Aku bagi kau hidup lama kat dunia tu..ni je amalan kau?" apa aku nak jwb nnti..bila ALLAH tanya aku..
" Erk..on9 fesbuk 5 kali sehari? Hapdet blog? Tengok youtube? Layan K-pop?"

Wahai hati...
kembalilah kepada ALLAH..Dia sentiasa menanti kamu dengan penuh kasih sayang..
jangan pernah hiasi kefuturan itu. Kuat..bangun andai kamu terjatuh...ALLAH sentiasa menolong orng yg menolong agamaNya...yakinlah dengan ALLAH dan RasulNya..berkorbanlah demi islam...ALLAH tak akan sia2kan usaha kamu. Ingat! Hidup mulia atau mati syahid =)

Hidup bukan setakat lulus SPM, smbung belajar, dapat degree, kahwin..dapat anak...dapat kerja bagus..dpt beli rmh...dah tua dan so on..itu namanya lifeless, faseha =(

Hidup ni ada tujuan....hidup umpama jmbatan ke akhirat. jadi..bercucuk tanamlah sekarang..dan tuainya di akhirat =) pesanan untuk diri sendiri bila malas buat ibadah yg ALLAH suruh ^^ nak dpt hidayah jgn setakat kat bibir..kena usaha dptkannya!! Jom hijrah jd lebih baik!


p/s: kepada sesiapa yg baca...sebenarnya entry ni untuk diri sendiri. tak berkaitan dgn sesiapa pun. tahu tak kenapa saya namakan alamat blog saya mcm tu..sbb saya nak semuaong mendoakan diri mereka mnjadi baik smpai bila2....:) mcm masa kita kecil2 dulu ^^

" Ya ALLAH, peliharalah hati kami dari nifaq. Peliharalah amalan kami dari riyak. Allahumma amiin"











Tuesday, May 29, 2012

bila hati berbicara

Assalammualaikum :)

hehe....dah lama x hapdet blog...rasa rindu pulak nak menaip...ececeh.
haa...
nmpak tak entry kat atas tu...so, rasa2 dah boleh agak le kan apa yg saya nak tulis nieh..

ok..
nak cerita ni...(formal sikit yo..)

PERINGATAN!

kisah ni agak terbelit2...sbb tuan punye diri pun jenis yg pelik lg aneh lg susah nk difahami..tapi bkn jenis suka putar belit ya!

ehem2...intro2..
bismillahirrahmannirrahim..:)

untuk seumur hidup saya..saya memang teringin sekali nak smbung pengajian di universiti. Antara universiti impian saya adalah..

-UIA
-UKM
-USIM
-UPSI

itu je la kut. sejak sek menengah lagi...saya dah bercita-cita untuk ke sana. bila dah form 5, rasa untuk memijak bumi universiti lg la membara. bila kwn2 cerita pasal nak smbung ke maktab..ke form 6..ke kolej...saya mmng x berapa minat nk ambil tahu.

tapi...perancangan ALLAH itu hebat...siapa sangka ALLAH takdirkan saya untuk sambung form 6...mula2 rasa mcm x yakin..tapi saya tak boleh tipu diri sendiri...istikharah saya mmbuahkan jwpn...jwpn yg mana saya jd yakin untuk smbung ke stpm.

bila org len ckp..
" seriyes nk smbung stpm?"
" stpm susah tau."
dan mcm2 lg la...

seriyes mcm x ada perasaan. saya pun smbunglah ke stpm...lebih kurang 2 minggu orentasi..duduk asrama gitu.. teringat pesan atiqah...belajar tu tak kisah kat mana2..asalkan ia bring back us to Him (ALLAH)...

mungkin saya masih perlu dibimbing..jd ALLAH hantar saya jd budak sekolah lg sbb kat sana ada shbt2 yg baik2..ada ckgu2 yg sentiasa mmbantu..

mungkin...

tp..hati ni jd gugah balik bila saya x amik jurusan yg saya minat kat sana. saya amik kelas 2..kelas yg x ada bhs arab...dan syariah..
saya mmng risau sbb kelas 2 cuma ada pengajian perniagaan, usuluddin dn bm..mcm mana saya nk smbung ke pengajian islam di universiti jika x ada bhs arab??

T_T

BUNTU...

erm..dalam pada masa yg sama...saya dpt surat tawaran ke unisza dlm jurusan pentadbiran islam..dan maktab..oh..lupe nk gitau saya ada gak mohon maktab untuk guru SMA punye..tp x tau dpt ke x


erm..(gaya novel pulak..)

aku pulang ke rumah dengan perasaan bercampur baur. aku menolak daun pintu sliding.
" Mama..." panggilku.

Mama menoleh ke arahku. " Kenapa?" soalnya.

" Mama....kata anak cik izan belakang rumah...result untuk maktab dah keluar. minggu lepas pnggilan interview nye.." luahku satu persatu.

Mama terkejut. " La..kau kata bulan 7 keputusan keluar." Aku menggeleng. " Ntah...hari tu bukak facebook nmpak kwn tulis 4/7..."

" Cuba cek kat lmn web nya."

jari pantas menaip alamat pismp..

perasaan mnjd bertambah sedih apabila tertera di situ...

' panggilan termuduga dari 24 april sehingga 23 mei. sekian terima kasih.'

" la...tak ada rezeki la, ma. salah sendiri. lalai."


Dedicate to them:-

abah~

abah....iya tahu abah nak semua anak2 abah masuk u..even iya dah smbung stpm pun abah still berharap iya bleh masuk maktab...tp..iya hmpakan abah..iya careless...tu pun abah call blek org kementerian tnya pasal maktab lg..

abah snggup beli no pin upu..no pin maktab...dan mcmlah no pin lg..tp akhirnya...stp pilihan iya..iya tahu abah kecewa...lebih2 lg iya dpt unisza tp iya belum buat keputusan nak stay stp atau nak pergi unisza...padahal boleh kira iya dpt jurusan yg iya minat kat sana..

pesan abah : iya, buat betul2 stp ni. kena bersungguh-sungguh.

mama~

terima kasih sbb susah payah dengar masalah iya time iya duduk asrama. smpai mama penat asyik dgr barang iya hilang...erm...pengalaman yg ntah apa2..

mama...terima kasih sbb selalu ingatkan abah kena beli brg2 asrama untuk iya..kalo x..abah lupe..bawa kan iya botol air...hanger lebih...jam loceng yg iya tak tau mcm mana nak set kan..handsocks baru...baldi kecil..sabun protex...berus gigi colgate...baju kurung baru..

slalu pesan kat iya jaga diri...baca doa2...baca ruqyah agar ALLAH selalu lindungi iya...suruh iya basuh baju..jgn lmbt2 kena alert..

(apasal tibe2 ada pasir masuk mata ni)

pesan mama: iya...dah solat istikharah kan? teruskan je la stp tu. tak apalah kalo x smbung ke pengajian islam pun kat universiti nnti. buatlah betul2.

adik-beradik~


terima kasih sbb buat bising bila iya telefon mama..lg2 abg izzat. "hii...asyik ko je yg telefon...duduk lah sana diam2!!"

hehe...rasa nak bg makan kasut tumit tinggi masak cili api je..


sahabat~

syukran jiddan untuk segalanya...sokongan..nasihat..antum semua saya semat dlm hati..:) jgn lupa doakan saya...call saya...contact kat alam maya.. ;)


# sekarang masih dlm pemilihan sama ada nak stay stp atau ke unisza...doakan ye agar ALLAH permudahkan urusan saya. :)