Wednesday, January 17, 2018

Apa jadi sem 6 aku?

Assalammualaikum hai uolls!


Weh, lama sungguh aku dah tak hadap blog aku ni. Adalah dalam setahun tak usik langsung. Busy dengan hidup eceh. 
Last aku update masa aku nak masuk sem 6. Hahaha, sekarang aku dah habis belajar dah. Apa jadi masa sem 6 n sem 7 pun aku tak cerita kan. 

Alang alang mood tengah rajin ni kan, aku nak cerita lah. Masa sem 6 tu aku dah pindah Uitm Kampus Rembau. Haah, yang pedalaman tu ahahaha. Agak struggle gaklah nak duduk sana sebab kampus tu baru lagi. Tapi seriuslah lawa gila kot. Semua masih cantik dan baru. 

Tapi, ada something lah yang buat tak berapa indah masa duduk sana. Tapi tu normal lah untuk kampus baru ni. Aku tak tahulah sekarang macam mana tapi time aku masuk dulu awal Mac 2017, bas takde nak keluar ke bandar, takde mesin gedegang huhuhu, takde line telefon, ada wifi tapi bila dah ramai kau rasa line tu hidup segan mati tak mahu. Boleh gila lebih lebih lagi masa kau nak buat esaimen yang memerlukan kau cari maklumat dari internet..baru je nak taip tetiba connection lost. Allahu, istighfar sis sambil mengenang nasib ahaha. 

Dan yang paling aku takkan lupakan sampai bebila, satu--mesin atm takde. Kau bayangkan cemana aku nak keluarkan duit? Haa pandai, memang kitaorang keluarkan duit beratus ratus lepas tu bertawakkal pada Allah duit tak hilang kalau kitaorang simpan kat bilik. Agaklah nak bawak 300 ratus dalam dompet kan? Tahu tak kenapa kitaorang keluarkan duit sekali banyak? Sebab kalau kitaorang keluarkan sikit2 rugi woi. 

Time ni bas takde lagi, kalau ada pun ada masalah sikit. Kitaorang depend pada grab car atau kereta sapu tu. Diaorang charged rm 15 untuk ke pekan sahaja, tak termasuk balik. Paling murah boleh dapat rm12, paling mahal rm18. Ikut pemandu tu lah. So, kena pandai cari pemandu yang tak ambil kesempatan ni. Teksi ada, rm 18 charge untuk pergi ke mana2 je. Tapi, untuk student yang tak berkemampuan macam aku ni..aku amik yang murah huhuhu.

 Okay patah balik cerita asal, niat asal kenapa kita keluar pergi pekan sebab nak withdraw duit, tapi dalam masa sama, duit kita pun akan habis sebab nak pergi pekan tu kena keluarkan duit gak. Huhuhu. So kerja kitaorang, kumpul kawan siapa nak pergi pekan ramai2. So duit boleh tong tong bayar grab car tu.

Kedua, pengalaman paling indah kat Rembau bila kau jumpa macam2 jenis serangga. Hahahaha. Biasalah kawasan ladang kelapa sawit kan. Ada charlie, ada kelkatu banyak gila, ada semut berhijrah n bermacam jenis serangga yang menjadi pilihan hati. Kau bayangkan, ada satu masa musim kelkatu..kau pergi mana2 pun kelkatu kanan kiri atas bawah. Kau dah tak nampak dinding bangunan dah. Kau nampak makhluk tu je siap berbunyi dan berterbangan dengan bahagia. Serius. 

Time tu kalau kau seorang yang lonely pun kau rasa macam tak forever alone dah. Tetiba ada kelkatu dalam tudung ahahaha menari lah kau sambil mengibas2 tudung dan berfikir cemana kelkatu boleh menceroboh tudung kau. Tak termasuk lagi semut yang menari menari dan berzumba atas katil, loker, meja belajar dan bantal busuk kau. Allahu, mana datang kaum semut yang nomad ni. 

Haa tu antara pengalaman pengalaman istimewa yang aku akan cerita kat anak aku nanti ecehh. Tapi ada je yang best pasal pengalaman aku kat Rembau, cuma sebab satu sem je kan aku kat situ tak berapa menghayati sangat. Tapi pesan hakak pada adik adik, jangan risau sangat, just follow the flow. Tengok, kami survived apa. Alhamdulillah, I am still alive! Hahaha. Lagi pun, aku rasa batch aku beruntung sebab kami batch pertama yang dapat kolej, dan sem seterusnya terus intern. Adik adik junior aku lagi merasa sakit cari rumah sewa susah hidup lagi. So, they are stronger than us. 

Kalau korang nak tahu, masa kat Rembau ni lah aku gaduh dengan member pasal esaimen. Bayangkan kami baik dari sem 1 kot, last2 kami gaduh dan sekarang jadi awkward gila nak bertegur sapa. Aku tak salah kan dia seratus peratus sebab bila dah tertekan hadap final year project ni, semua benda boleh jadi. Kalaulah dia baca post ni kan, aku just nak dia tahu boleh tak kita lupakan apa terjadi dan jadi baik macam dulu. Nak kata sakit hati, hati aku pun sakit. Nak kata sedih, hati aku pun sedih. Tapi, aku try anggap benda tu pengalaman yang mematangkan dan aku takkan ulang lagi walau dengan sesiapa. 

Kedua, masa kat Rembau ni aku tak dapat sebilik dengan semua classmate aku. Aku serumah dengan budak junior yang aku langsung tak kenal. Masa awal2 perkenalan, aku takde hati langsung nak kenal mana2 junior sebab aku nak fokus study je ahahaha berlagak lagi angkuh kan aku ni. Tapi, Allah tu tahu aku sorang2 tanpa kawan, (yes, aku memang lone ranger yang tak reti berdikari huhu) dan Dia hadiahkan aku housemate yang super duper awesome. Aku meroyan, menggelabah, mengada, menjengkelkan semua dengan diaorang lah. Harap till jannah lah hendaknya. 

Ketiga, masa duduk puncak, orang kata aku tak berdikari sebab rumah dekat dengan kolej. Halah halah kau, kau ingat aku yang tentukan ke aku nak belajar mana. Dah Allah bagi, aku bersyukur je lah huhu. So, bila dapat Rembau ni, kawan2 aku acah acah lah konon cakap habislah seha nanti kau kena berdikari. Eh, diaorang tak tahu ke naik ktm dr Rembau ke Shah Alam tu menyeronokkan? Aku rasa ktm tu macam aku yang cipta kot ahahaha. Best bila dapat gerak sendiri tanpa susahkan mak abah kau. Best bila berlari lari nak kejar train dan perhati orang2 dalam train tu. Seronok. Walaupun orang kata alah Rembau dekat je..eleh sukahati aku lah. Hahahaha.

Kat Rembau ada stesen ktm..so dari kampus nak ke ktm dalam rm15. Lepas tu dari Rembau nak ke Padang Jawa dalam rm13 something. Tapi, aku kena turun stesen KL Sentral untuk tukar train ke Padang Jawa. So, untuk ke Padang Jawa, aku kena naik train ke Pelabuhan Klang sebab train tu lalu Padang Jawa. Seingat aku nak pi Rembau amik stesen 6. Nak ke Pelabuhan amik stesen 4, ke 5. aku dah lupa lah ahaha. Perjalanan dari Rembau ke KL Sentral selalunya 2 jam, dan dari KL Sentral ke Padang Jawa tu dalam 2 jam gak.

Kalau nasib baik sikit, tak sampai 2 jam dah sampai. Pernah sekali tu jem bayangkanlah ktm pun ada jem hahaha so aku kena tunggu sejam kot untuk bagi train lain lalu sebab nak elakkan berselisih ke apa ntah. Mereput. Aku pandang orang depan aku, dia pandang aku. Haa baguslah. Nasib perempuan, kalau laki jadi jodoh ahahahaha. 

Haa tu jelah bebelan aku pasal sem 6 aku. Nanti aku cerita lain pulak pasal pengalaman aku buat esaimen. Hahaha haru biru woi. Okaylah tu je. Jumpa lagi!

Friday, February 24, 2017

sem 6 dah woii

assalammualaikummm..hye everyoneeee.

perghh tetiba muncul bagi salam hohoho
weh, weh, weh,
minggu depan aku dah masuk sem 6 kottt.. hohoho
macam tak sangka. seriusla dah sem akhir? hahaha
cepat gilos masa berlalu tup tup da 23 tahun
sumbangan apa je aku dah bagi selama hidup ni

and untuk sem last ni, aku dah tak daftar kat uitm puncak perdana
aku dan puak puak library management akan berpindah ke uitm kampus Rembau. Iye yang baru bukak tu.
Seriuslah??
ehh apa kejadah nak memain di pagi jumaat yang syahdu ni.
citer dia, dah lama dah depa dok khabar kami yang budak2 library ni kena pindah rembau tapi, disebabkan tempat tu masih lagi dalam pembinaan dan tak rasmi lagi, so tak pindah2 sampai la aku dah sem 6 baru disuruh pindah

ahaha cun gila sem akhir kena pindah woii
kenapa la tak bagi kami bertapa je kat puncak tu jee adoyai nye pun.
tapi, disebabkan redha itu pasrah dan pasrah itu menyerah,
moh ler kita ke rembau.

apa perasaan aku?
confirm macam-macam rasa.

tapi takpe la, tak payah sembang lebih pasal perasaan, sebab perempuan sejati macam i ni sensitif haktuih puih hohoho

just sikit la rasa macam berdebar-debar sebab orang kata kampus besar ni cabaran dia lain macam.
i think so since aku pun takde pengalaman belajar kat kampus besar. tapi fasiliti dia not bad la.
tapi yang aku tau pekan, atm, pasaraya jauh. duhhh. yang dekat ktm. yeayyy senang balikk. tapi tu kata orang, takpe 5 mac nanti kita tengok cemana.

aku harap, dah belajar jauh dari keluarga ni..mm bertambah la kematangan aku yang sedia ada comel ni.
HAHAHAHA muntah berjemaah
seha is always seha, tak pernah matang sejak azali hewhew..keyboard ni rosak macam nak kena smackdown je dengan aku. nak tukar da la mahal.kena guna on screen board. lempang karang eyyy.

ok seha, all the best untuk sem last! naikkan lagi pointer sebab pointer jatuh sem ni sobs sobs pilunyaa. nak fokus, serius dalam pembelajaran, jaga hubungan ngan Allah n manusia dan tak nak susahkan member, tak nak memainnnnn!! uuuuu.

jyeahh!

Sunday, August 30, 2015

Belajar

Bismillahirrahmannirrahim.

Weh, lama gila weh aku tak berblogging ni. Dah pencen dari dunia penulisan dan ntah kenapa pulak malam ni tetibe nak menulis. Nasib baik tak lupa password. Kalau tak, berhuhuhu la aku. Hahahahambar.

Malam yang indah ni, aku nak cerita something la. Kau tahu, dulu masa sem 2..aku ada ditugaskan untuk hanlde satu program Tadarus Al Quran untuk student kolej aku. Alhamdulillah, ramai gak yang join dan majoriti akhowat.

Aku rasa bersyukur sebab Allah pilih aku untuk handle program yang sangat sangat memberi manfaat ni. Of course la kalau kau dah handle program mengenai Al Quran, it means yang kau pun kena la rajin baca Quran , ye tak? Jadi, alhamdulillah for that chance,

Peserta2  dibahagikan kepada beberapa kumpulan. So, dalam setiap kumpulan tu ada yang mahir dan kurang mahir. Mereka yang mahir ni akan bantu sahabat2 kita yang kurang mahir. Jadi, first day aku duduk sekali la baca sama-sama. Dan sampailah turn seorang kakak senior ni..dia senyum-senyum. Dia pandang kawan dia. Kawan dia pun pandang dia. Disebabkan takde sape pandang aku, so aku pandang dua-duanya. HAHAHA. takdelah.

Aku tanya, " Akak, sambung ayat ni eh." Kakak tu malu-malu weh. Aku ingat sebab aku cantik sangat. Mana tahu la dia segan orang cantik tegur dia kan. HAHAHAHAHAMBAR. Then, dia balas, " adik..saya tak tahu nak baca macam mana. Tak tahu nak sebut huruf ni." Oh men., aku kecewa sebab aku ingat dia malu aku yang cantik ni tegur dia. kah. Memang taklah.

Lepas akak tu cakap macam tu..aku pun start tanya. " Akak, berapa kali akak baca quran dalam seminggu?' Dia geleng. " Sehari sekali?" Geleng aku dapat. " Dua kali seminggu?' Pun sama. Geleng. " Sebulan sekali kut dik. Lama dah tinggal. Khatam dah lama. Tu yang lupa dah."

Aku tarik nafas.

Ok, aku bukan nak cerita pasal kakak ni punya perjalanan hidup, Tapi, satu yang aku pasti, akak ni n kawan dia tak pernah pun skip program tadarus ni sampai habis. Mereka setia datang.
Apa yang aku try nak sampaikan adalah..mereka ialah hamba-hamba terpilih yang Allah pilih untuk datang perbaiki diri. Dan berjumpa aku yang sedang juga bantu diri betulkan diri ni.

Mereka hebat. Mereka tak sombong. Mereka sangat berharga, Sekurang-kurangnya terdetik dihati mereka untuk menghampiri Tuhan dengan start membaca ayat-ayat cintaNya. Aku malu. Malu sebab walaupun aku tahu baca quran..aku malas kadang-kadang. Bukan nak buka aib diri..cuma aku nak bagitahu, saat aku tengah malas, ada ramai insan di luar yang sedang berusaha nak kenal alif baa taa, nak belajar balik iqra'. Nak bezakan apa itu izhar halqi, ihfa' syafawi dan wajibul ghunnah.

Aku rasa aku cukup hina bila tak terror tajwid, tak reti tarannum dan tak faham bahasa arab., Tapi, Allah nak aku sedar,,aku perlu belajar lebih lagi sebab ada mereka di luar sana pun sedang belajar sama. Tak pernah ada istilah lewat untuk belajar. Belajar selagi boleh. Berusaha untuk belajar ilmuNya. Jangan malu..Tunjukkan kepada Allah, kita sedang ingin berubah, Berubah untuk DIA. Dan aku pasti, DIA menghargai.

Selamat malam.


Wednesday, March 4, 2015

Tin kosong

Bismillahirrahmannirrahim.

Hari ni hari ketiga aku hidup sebagai pelajar semester dua. Ermm baru masuk 2 kelas dan alhamdulillah tak pack mana pun jadual aku. So, banyak sangat masa lapang Allah bagi. Harap aku dapat manfaatkan sebaik mungkin.
Sem ni aku buat satu keputusan untuk tak duduk serumah dengan member sem 1. Konon nak berdikari bagai. Then, sekarang aku duduk dengan senior2 sem 6. Tadaaaaaaa!

" Kau duduk dengan senior Seha? Huyoooh. Sem berapa?"
" Sem 6."
" Sem 6? Gila kau. Berapa orang sem 2?"
" Aku sorang."
" Huyooooooh. Aku harap kau makin matang lepas ni."
" T_T"

Ok. aku tau overacting sikit. Tapi, gaya depa memang macam risau aku tak dapat meneruskan kehidupan seperti pelajar semester 2 yang normal, cute dan bersemangat waja untuk meneruskan pengajian. Frankly said, aku sangat risau. Dan aku harap aku sado fizikal mental lah ye sebab ni kan pilihan aku untuk berdikari. Dan kau tahu, baru tiga hari aku dah rasa macam..." Ya Allah. Jadikanlah aku student sem 6 jugak." ahahaha. Semoga eksperimen berdikari aku tercapai.
Aku bersyukur dan berterima kasih kepada kawan-kawan yang sudi ajak aku duduk dengan mereka kalau aku kesepian.. hahahaha. poyo.

Hari ni, aku terdetik nak pergi surau. Tak tahu kenapa. Tapi, rasa nak pergi sangat. Jadi, bila aku masuk tu aku dah nampak ada bulatan gembira para komander. Aku buat lek je lah sebab aku nak buktikan aku tak takut tengok muka para komander yang garang2 tu. hahahaha. Taklah. Depa tak garang pun.

Masa tu sebenarnya aku rasa terharu sebab Allah nak temukan aku dengan Teha rupanya. Roomate sem 1 aku yang paling annoying tapi disebabkan annoying tu lah aku rindu sebab aku takde geng dah nak gaduh dan berdebat. Senior tu? Ehhh tak berani aku.
Teha nampak penat. Dia kata dia mengantuk. Kesian. Habis je solat dia cepat2 lipat telekung. Aku dok perati je. " Nak kawad ke?" Dia angguk. " Malam2?" " Ye lah seha. Nama pun Komander." jawab dia lepas tu berlalu pergi. Waktu tu aku rasa sedih. Ntahlah sebab aku tak sempat nak cari gaduh kut. HAHAHA.

Bila keluar surau. Aku buka wassup. Kawan2 tengah cerita pasal seorang senior sek lama aku yang dah jadi duta UM dan seorang junior yang mukanya masuk akhbar sebab result STPM gempak. Aku diam dan berjalan terus ke bilik komputer. Tak ramai orang sangat. Tapi line wifi lambat. Hmm hmmm.

Aku on komputer online facebook. Atiqah bagi vid sedih pasal sahabat. Aku sangat tersentuh dan aku sangat merindui sahabat2 lama aku. Tapi aku tak buka dulu sebab aku nampak post Matluthfi promote vid baru dia. Ahahaha. Sorry tiq. Aku buka vid Mat dulu.
Then, aku scroll and stalk junior2 sekolah lama aku. Aku senyum sendiri. Hebat. Jordan, Mesir, cemerlang STPM, STAM, SPM.. dah tu berapa ramai yang menyandang jawatan tertinggi di U masing2.

Dan waktu tu aku terdetik satu benda.
Seha, kau dah sumbang apa je untuk umat  ni? Untuk Allah? Untuk Nabi Muhammad? Untuk mama abah dan keluarga aku? Ilmu kau banyak mana? Kau dapat capai tahap mana je dalam hidup?

Aku terdiam. Malu dan tak mampu jawab soalan diri sendiri bagi. Aku tak nak jadi tin kosong. Yang dicampak orang ke jalan. Berbunyi dan membuat bising tapi bila diambil tiada langsung isi.

Tapi, aku tin kosong tu. Aku tin kosong yang tiada keyakinan diri yang satu hari aku ni akan terisi dengan air semula. Tak kisahlah air apa. Justea pun sedap gak. Tak naklah air gas berkarbonat. Tak baik untuk kesihatan.
Dan sebenarnya, aku harap ada orang yang ambil aku dan masukkan ke tong kitar semula. Biar aku bermanfaat balik. Dan kau tahu, mungkin ni masanya aku perlu jadi bermanfaat semula. Orang tu mungkin sahabat2 yang mendorong aku lakukan kebaikan. Alhamdulillah. Ada je.

Mohon doa sahabat.. Semoga sem 2 ni aku dapat perbaharui diri sendiri dan jadi bermanfaat untuk masyarakat. Aku pun teringin nak jadi hebat. macam anda. Tak naklah hebat je di mata manusia tetapi Allah juga. Moga Allah redha. :D

Friday, November 21, 2014

Bila berkawan, jangan tinggal kawan.

Bismillahirrahmannirrahim.

Ini bukan cerita aku. Tapi, ada cerita itu dalam aku. Ilham dari Maha Pencipta dan pengalaman hidup membuatkan aku rasa ingin menulis. So, happy reading.

Petang tu aku rasa bad mood gila. Balik je dari perpustakaan, aku hempas badan atas katil. Walaupun tilam punya keras, tapi itu lebih baik dari baring atas lantai.
Baru aku cuba nak lelapkan mata, Si Dini masuk bilik. Ahhh, dia ni. Tak nampak ke muka aku dah cukup stress. Nak apalagi?

" Ha, kenapa dengan kau ni?" soal Dini. Macam biasa, takde langsung kata-kata aluan atau ucapan pembuka kata.
" Kenapa dengan aku?" balasku malas. Aku ambil bantal, bawa atas muka. Dengan harapan, aku tak nak pandang muka dia.
" Kau dah buat Lola menangis lagi tau," kata Dini lalu menarik kasar bantal tadi ke tepi. Aku tersentak. Aku bangkit dari katil.

" Kau nak cari gaduh dengan aku pulak ke?" soal aku lalu memandang tepat mata Dini. Namun lebih ke arah perli. Wajah Dini yang tadinya tegang bertukar berkerut. " No point lah nak gaduh Ha. Cuma nak tanya besar sangat ke salah Lola sampai kau cakap dia lembab?" jawab Dini lalu mencampak bantal tadi ke arah aku sebelum berlalu keluar dari bilik.

Jadi, sebab itu ceritanya aku duduk di sini. Di atas bangku kayu menghadap tasik buatan tangan manusia ini. Nafasku hela perlahan. Pokok-pokok menghijau di sekitar tasik ini benar-benar membuatkan hatiku tenang. SubhanaAllah, petang ini sangat mendamaikan. Tidak seperti di dalam bilik. Nasib baik aku buat pilihan ke sini, jika tidak aku dah macam taruhkan nyawa duduk hostel lama-lama.

Lola. Besar kecik je aku pandang muka kau. Ikutkan hati, lebih dari lembab aku panggil kau. Tapi, nasib baiklah iman aku ada lagi. Kalau tak...hishh, dah la Dhuha. Jangan ingat budak tu lagi. Sakit hati kau je.

Ntahkan kenapa, tiba-tiba perut berkeroncong lapar. Ehmm..apa nasib seharian bertapa di perpustakaan dengan tak makan tak minum sebab memikirkan assignment yang menggunung, alih-alih Lola buat hal. Balik rumah kena siasat dengan Dini merangkap sepupu Lola. Ahh! Tak guna! Aku juga yang lapar akhirnya.

Belek punya belek jari tong tong duit nak beli roti di Kings, mata aku menangkap sesuatu dalam dompet. Aku capai, senyum sorang-sorang.

Tiba-tiba, " Woi!" Aku tersentak. Aku pandang Jia yang tengah sengih-sengih di sebelah. " Weh, kau. Terkejut aku. Nasib baik tak jalan," marah aku. Jia ketawa. " Rilekslah. Nak duduk boleh?" Belum sempat aku kata ya atau tak, dia dah pun duduk.

Aku geleng. " Tak payah tanya sepatutnya. Kau duduk gak. Haa, nak apa?" Bahu aku ditepuk. " Kau tanya aku nak apa? Kau tu ha..buat apa duduk sini seorang diri?" tanya lalu menepuk peha aku. " Takde benda. Saja," balasku ringkas.

" Eleh, nak main rahsia-rahsia kunun. Gaduh dengan housemate lah tu." Aku tersenyum mendengar tekaan Jia. Dia benar-benar kenal aku. Dan dia saja antara ramai yang cukup fahami aku.
" Kalau ye pun?"
" Memang aku hebatlah kan sebab dapat teka." Ketawa pecah. " Ye lah Jia. Kau hebat kan."
" Dhuha, ceritalah."
Aku menghembuskan nafas perlahan. Pandangan aku tala ke tasik.

 " Aku penatlah Jia. Aku penat hadap member yang perangai serupa tak macam orang dewasa. Matanglah sikitkan. Dah tahu yang kau tu bekerja dalam satu group. Kena buat assignment sama-sama, so bagilah kerjasama kan. Ni tak. Semua benda nak harapkan aku. Paling aku menyampah, sempat upload gambar kat insta. Tulis caption, ' Discussion wif Dhuha. Assignment 406. Ouh, peningnya."Ceh ayat. Bajet je.

Bila aku tanya, dah buat sampai mana, jawapan dia baru sekerat. Aku tengoklah sekerat mana kan, terkejut aku. Part aku dah nak siap. Dia tak settle lagi. Apa kebenda la yang dia buat pun aku tak tahu. Dah tu, bagi alasan macam budak kecik. " Tak tahu lah, Dhuha. " Susahlah, Dhuha." Alasan! Kalau tak tahu, dari awal tanya. Ni tak aku je yang beriya tunjuk tapi dia buat bodoh. Cakap je lah kau tu malas. Takpun mengaku lembab! Mana tak lembabnya, setiap benda tak reti handle guna tangan sendiri.

Asyik-asyik orang nak kena ajar. Sapa tahan kalau 24 jam nak ajar benda sama. Tapi dia, tak usaha. Tadi, aku dah geram sangat, akhirnya terkeluar gak perkataan Lembab tu. Dah tu sentap. Label aku kawan derhaka. Tak nak tolong lah. Tak sabar lah. Panas baran lah. Pandai pulak mengadu kat housemate aku merangkap sepupu dia. Masalahnya, housemate aku pun satu perangai. Salah kan aku. Konon aku dah buat sepupu sepapat dia yang lembab tu merajuk. ahh, boleh blah lah dengan merajuk kau!"

Luah aku panjang lebar. Akhirnya, terkeluar juga apa yang aku pendam dalam hati selama ini. Tak kisah lah apa yang aku cakap tadi, yang penting aku rasa lega. Lega sungguh!

Aku pandang Jia di sebelah. Dia hanya mendengar tanpa menyampuk. " Dah habis?" akhirnya dia bersuara.
Aku angguk. " So, kau pun duduk kat sini sebab merajuk jugak lah?" Cepat-cepat aku geleng. Eh, Jia ni saja je nak sama kan aku dengan Si Lola tu. Tak hingin aku.

Dia ketawa. " Kau ni, serupa macam dia kan. Sorang label kawan lembab dan sorang lagi label kawan derhaka. Sepadan," katanya lalu menghadiahi aku thumbs up.

" Choy kau Jia.  Tapi, you're not in my shoes. Easy for to say. Yang payah aku sebab kena hadap orang macam tu. Kenapalah dia tak macam kau Jia?" ujar aku lalu meraup muka. Jia menggeleng.

" Haish, mana boleh macam tu. Setiap orang kan lain-lain. Dhuha, kau ni aku tengok stress semacam, dah doa pada Tuhan minta hilangkan kekusutan dan permudahkan segala urusan?" soalnya sambil menongkat dagu. Aku mengangguk. " Dah..tapi,"

" Bukannya Allah yang tak kasi ketenangan tu cuma mungkin kau kena tanya diri, dah cukup ikhlas ke diri. Atau, dah cukup redha ke kau hadapi semua ni," nyampuk Jia belum sempat aku nak menjawab. Seolah-olah dia tahu bahawa aku memang tak cukup ikhlas lagi.

" Hmm, jangan nak rasa aku fantastik sangat ok? Aku tahu aku bagus." Ketawa pecah.Perasan Jia ni dah melampau aku rasa.

" Macam ni la, Dhuha. Apa kata, balik nanti kau solat sunat taubat, minta Allah kekuatan dan ampunan pada Dia. Kalau boleh, biarkan hati tu cukup ikhlas. Akhir sekali, rendahkan ego minta maaf pada Lola."

Terangkat kening aku. Minta maaf? Pada Lola Si Lem..opss. Ehh, memang taklah. Aku segera menggeleng.

" Apasal pulak aku? Dia yang bersalah kut. Tapi, seriyeslah aku kadang-kadang geram dengan sifat dia yang lambat tu. Kalau kau tak caye, kau boleh duduk sehari dengan Lola, lepas tu confirm kau blah," kataku bersungguh-sungguh.

Jia menggeleng lalu memiat telingaku. " Aduh, sakitlah!" marahku lalu menepis tangannya. " Sedap-sedap kau je panggil orang lembab. Tak elok tau. Kalau mak dia tahu, kecik hati. Tahu lah marah pun, kawal la sikit emosi." Sempat lagi Si Jia ni memarahi aku.

" Ceh, habis tu mak aku tak marah la kalau tahu Lola panggil aku derhaka?" ujarku tak mahu kalah.
Jia menjulingkan mata.

" Come on lah, Dhuha. Aku tahu sebenarnya dalam hati kau, kau kesian pada Lola. Ye lah, dia tu agak lambat dan manja. Sebab tu dia tak pandai nak buat kerja. Dan sebab tu juga kau ada rasa nak menolong jugak pada awalnya. Cuma, bila kau dah penat kau rasa give up. Kan?" teka Jia. Dia mencapai tanganku.

" Erm. No comment. Tapi, kenapa aku kena hadap orang macam dia, Jia?" Gumam aku. Kadang-kadang terfikir juga kenapa aku?

" Sebab ada hikmah yang Allah nak tunjuk. Mungkin Allah nak kau belajar lebih bersabar. Ataupun, Allah nak kau bantu Lola perlahan-lahan? Kita tak tau apa rancangan Allah, Dhuha. Dan, Allah pilih kau untuk terima ujian tu. Bila Allah dah pilih kita, nak tak nak kuatkan semangat laluinya. Jadi, bantu dia, Dhuha."

Aku terdiam seketika mendengar kata-kata Jia. Dalam diam, jauh di sudut hati memang aku tidak menafikannya. " Ingat pesan aku dulu?"
Aku mengangguk. "Bila berkawan, jangan tinggal kawan." Serentak kami mengucapkan ayat itu.

" Macam burung-burung tu. Sentiasa bersama-sama. Walaupun bukan aku orangnya, tapi kau berhak mula dan teruskan persahabatan dengan orang lain juga, kawan." Wajah Jia aku pandang lama. Dia hanya tersenyum. Seperti dahulu. Senyuman dan nasihat yang aku rindu.

Pandangan aku campak ke arah sekawan burung yang sedang berterbangan. Burung-burung itu berkicau satu melodi. Macam aku dan Jia. Umpama melodi dan irama. Nafas ku hela. Mata melihat air tasik yang tenang tanpa getaran.
 " Tapi, kau tinggalkan aku, Jia." Perlahan aku tuturkan. Ntah bila air mata ada bertakung tiba-tiba sahaja pipiku basah.

" Assalammualaikum," ada suara yang memberi salam. Bagai tersedar dari lamunan, aku segera menoleh. Namun kali ini, bukan Jia. Tapi,
 " Lola?"
Gadis bertudung kuning itu tegak berdiri di sisiku. Lidahku pun tiba-tiba menjadi kelu. " Lola, baiknya kau. Sanggup rendahkan ego datang sini. Kau nak pujuk aku ke?" hatiku bermonolog sendiri.

Aku lihat Lola seolah-olah sedang terfikir-fikir untuk menyusun ayat. " Lola, kau nak cakap apa?" Dia menundukkan kepalanya menatap tanah.
Aku pula yang jadi tidak senang duduk melihat dirinya begitu. Tiba-tiba aku teringat pesanan Jia, " rendahkan ego minta maaf pada Lola."

Dengan lafaz bismillah, aku merendahkan hati dan memulakan kata. " Lola, sebenarnya aku nak minta maaf pada kau sebab..," Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Lola memeluk tubuhku erat.
" Dhuha, bukan salah kau. Aku yang salah sebenarnya. Dah tahu tak pandai tapi aku langsung tak usaha. Harapkan kau je. Aku minta maaf banyak-banyak," ujarnya. Sebak.

Aku hanya terdiam. Pelukan dilepas. Air mata di pipinya aku seka. " Takpe, Lola. Kosong-kosong ok. Sama-sama perbaiki diri. Lagipun, aku pun bersalah. Seenak rasa secukup garam je label kau macam tu." Tak sanggup pula aku nak tuturkan perkataan itu kali ini.

Lola tersengih.

" Aku pun rasa macam nak bagi penumbuk kuasa 2 kali 5 kat kau tadi. Tapi, aku tak berani." Aku gelak. " Sebab kau cuma berani panggil aku derhaka. Dah la. Kita anggap apa yang terjadi tadi macam tak ada."

Dia mengiyakan.  " Dhuha, jomlah balik. Dini bagitahu aku yang kau tak makan lagi. Terus datang sini lepas balik dari library. Jomlah, aku belanja kau makan. Kau nak makan KFC tak?"

Aku tersenyum. Kemudian mengangguk. " Aku lapar sebenarnya," kataku pada Lola.

Ketawa pecah. " Ok, jom! Tapi, sebelum tu aku nak tanya," pinta Lola tiba-tiba. " Padia?" Jarinya menunjuk ke arah tanganku. " Apa tu kat tangan kau?" Aku turut memandang ke arah tanganku.

" Ouh, ini. Gambar kawan aku. Arwah Najiha," balasku lalu tersenyum.

 Alhamdulillah. Terima kasih, Allah. Dan, kau juga Jia. Semoga tenang dikau di sana. :)

Moga bermanfaat.