Sunday, May 29, 2011

alhamdulillah..today is nice day for me..;)

assalammualaikum...
ape khabar iman kita hari ni??

insyaALLAH....mudah-mudahan semakin menyinar...
okey...untuk entry kali ni....apa kata kite mulakan dgn senyuman...sebab apa?? sbb senyuman adalah satu sedekah yg paling mudah dan x perlu bersusah pyh..dan blog sy ni sepatutnya dibaca oleh mereka yg suka senyum..sbb sy pun suke senyum...( ececeh...betul ke ni..muke bengis x sedari diri je..)muke sy memang hodoh kalo monyok.....x cayer?? ada gambarnye...x pyhla nak tengok...menakutkan..=_='

kalo anda nak tahu...senyuman anda tu bleh mmbawa kepada ketenangan ati orng len...percayalah...anda pun mesti x suke kalo ada orng buat muke hodoh masa tengok muke anda kan?? so, mcm tu lah anda di pndgn orng len kalo anda buat muke mcm tu...agree with me??

kdng2 terlintas kat hati kite, bile kite tengok orng tu masam mcm oren terlebih masak...oren lg manis berbanding muke dia...pernah x? mesti pernah kan...
mcm nk sound je..." weh, muke tu dah la x berapa lawa...jgnlah hodohkan lg"
atapun teguran yg lebih elok, " x der muke len ke aku bleh tengok..asyik2 muke x cukup zat ni je kat yg aku kena hadap"..tengok, orng pun bleh fed up. adik sy yg 5 tahun pun reti senyum walaupun x der gigi lg...siap lg nyanyi lagu..
"senyumlah...senyumlah...ahai.." smpai situ je lirik yg dia ingat..=='

tapi nak tegur tu pun, ada caranya...ckplah elok2 mcm nie..
"dunia ni indah sbb disinari chya matahari dan pelangi...hari aku indah kalo diterangi senyuman berseri.."
confirm...seumur hidup 24 jam, orang tu asyik senyum je...smpai orng ingat bibir dia ada masalah regangan...ok, sy tinggalkan anda untuk b'fikir apa yg terbaik untuk diri anda ;)

************************************************************************************

esok....30 mei 2011..berita gmbiranya...aku akan berangkat ke KEM AL AZHAR, MORIB...
dgn bayaran yg agak berbaloi untuk aku..dan amat berat untuk abah aku ...akhirnya, aku dpt gak pergi kem tu...
actually, mule2 aku memang x berniat nk pergi sbb rasa mahal...lgpun adik-beradik aku ramai...tapi, selepas aku fikir2 blek...pergilah, sekali seumur hidup...( ye ke? masuk kali ni dah lebih sekali aku pergi kem)
dan aku diamanahkan untuk mmbawa beberapa bungkus minyak masak oleh cikgu...masyaAllah, so heavy., nasib baik dh skru bahu aku blek nak ketatkan tulang yg longgar...^_^
mama asyik suruh ku berkemas je...time kaseh , mama ;)
for tiqa, aku x bleh bwk febreezlah....dah habis..tp aku bawa "glade nature assence" ye'ye..wangilah khemah kite bau kebun bunge....x suke bau hapak! benci3000
tapi tu la, x cukup tudung...kelabu dgn tudung sekolah kot...x der tudung len...tension! :(

oklah, abah dah bg hint supaya aku tinggalkan lap top ni..so, apalagi...smpai sini dulu...maa'ssalamah walilal liqa'...wassalam ;)

jgn lupe klik label di bwh ni...hadiah aku untuk korang semua...;)



Thursday, March 31, 2011

Ganbatte ne!..;)

hari ni, buat pertama kalinya untuk tahun 2011 aku update blog..haha, malas + x kuasa + x de masa yg slalu mghalang aku nak tulis2 nieh.

" tulis2 blog tu untuk orng yg x der keje. untuk ko, yg bnyak keje rmah nie, siapkan!"

ayat popular yg mama selalu sebut bile aku ckp psl blog. oklah tu, at least aku x lah mnjd seorang manusia yg 24 jam seumur hidup x henti hadap lap top (ayat perli..hua..hua..hua)

rindu dgn blog...haa..lupe nk ckp, tahun ni aku SPM..suatu cabaran yg sgt besar.maybe x sebesar berperang di medan jihad tetapi belajar juga ibarat jihad ilmu. kena berjuang untuk menuntut ilmu ALLAH. kdg2 aku bile aku dpt ilmu sikit, ada perasaan poyo..cepat2 muhasabah...betulkan niat blek..menuntut ilmu bkn sbb nk dibanggakan tapi nak tahu sedalam mungkin ilmu dunia dan akhirat..insyaALLAH..

rasa diri ni hina dan x matang bile teng0k bebudak sekolah len yg lebih matured..yg nmpk lebih pandai..lebih memikirkan masa depan...berbanding aku? seorang budak yg suke main2, berangan dan x der cita2...

Belum baca buku untuk tahun ni...form4 punyer subjek pun x lagi..apa nak jadi..kdng2 aku peliklah...kenapa aku ni malas sgt..masa UPSR, PSRA, PMR dulu aku malas sgt nk bljar..sbb tu lah dpt result teruk...tapi still tak nak sedar...kena lah berubah..bg mama ngan abah kegembiraan!

slalu dgr lagu PERMATAKU dr mirwana...tapi, setakat dgr je buat ape, kenalah buktikan..baru jadi hikmah kembara..;)..sakinah, time untuk berubah..awak kena sedar..awak dah besar...cukup besar...kena hidup sendiri dan majukan diri sbgai seorang mujahidah yg sentiasa menjaga diri dan agama..sakinah, jgn pernah hmpakn hrpn mama dan abah..jd seperti abng2 awak yg berjya tu...suatu saat, awak juga boleh jadi seperti mereka...tinggikan akhlak, tinggikan maruah dan ilmu..

sakinah, diciptakan wanita bkn sia-sia tetapi ada mknanya..jgn berangan, jaga amanah yg mama dan abah berikan..pelihara baek2 diri awak sbgai seorang mawar...bkn skdr mawar biasa tapi berduri...jaga pndgn, jgn pndg seseorang yg bkn hak kita...jgn mudah jatuh dan mudah cair...apalagi memberikan hati kau pada yg tak berhak..percayalah, awak akan temui cinta hakiki iaitu cinta milik ALLAH..setelah itu cinta lain akan kau miliki..insyaALLAH ;)

terlalu jauh untuk diri sendiri fikirkan soal yg x patut...untuk sementara waktu, set dlm hati aku x akan pernah suka lelaki...fokus belajar..berkorban untuk jd anak yg solehah...buang hal x berkenaan jauh2 dr hati...letak cinta ALLAH..tampal, stepler..gam..selotep...paku kuat2 dlm hati ;)

belajar sana....cepat!! Hayya Bil Jihad! Nahnu? Ansarullah! ;) Jika kamu inginkan sesuatu yg terbaik hendaklah kamu bertaqwa....ALLAH akan berikan yg paling baik juga akhirnya..

Friday, March 25, 2011

Erti Hikmah

alt

Terleka dirinya sebentar apabila menatap gambarnya ketika masih berada di bangku sekolah. Dilihatnya tulisan di belakang gambar kelasnya tersebut.

Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya,
Allah nak hadiahkan kita pelangi.

* * * * *

"Zinnirah, cepat! Kelas dah nak mula ni," teriak sahabatnya, Sofea, sambil berlari- lari anak untuk mendapatkan Iman yang masih sibuk menyiapkan kerja sekolah di kantin tanpa menyedari waktu rehat sudah pun tamat.

"Hish, macam mana boleh lupa pula kerja sekolah matematik ni! Matilah aku kena leter dengan Cikgu Iman," getus hatinya. Setelah mengemas barang-barangnya, Zinnirah berlari-lari anak mendapatkan sahabatnya, Sofea dan terus menuju ke kelas.

"Bangun semua. Assalamualaikum Cikgu Iman," laung ketua kelas diikuti rakan-rakan seperjuangan.

"Waalaikumussalam. Jangan duduk lagi," permintaan Cikgu Iman membuatkan hati Zinnirah seakan-akan mahu gugur.

"Baiklah, cikgu nak kamu semua keluarkan homework yang cikgu bagi semalam. Cikgu akanround," kali ini Iman merasakan jantungnya sememangnya sudah jatuh dari tempat asalnya. Cikgu Iman sudah sampai ke tempat duduk Zinnirah, dikerlingnya buku Zinnirah yang berada di hujung meja. Tiba- tiba sahaja Cikgu Iman berhenti betul- betul di sisinya.

"Zinnirah!" Cikgu Iman menyebut namanya.

"Ya cikgu," jawab Zinnirah. Kelihatan kawan- kawanya yang berada di dalam kelas mengambil kesempatan untuk melihat drama pendek yang bakal dia tempuhi.

"Sampah dekat kaki tu kutip," terus Cikgu Iman berlalu kemeja yang lain. Seakan tidak percaya kerana dirinya tidak menjadi sasaran. Dilihat buku matematik yang berada di hujung mejanya.

"Patutlah, cikgu tak tengok bahagian belakang, Alhamdulillah," hatinya mengucap kesyukuran yang teramat sangat.

* * * * *

Waktu pembelajaran pada hari itu berjalan seperti biasa. Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba oleh para pelajar. Sesi pembelajaran tamat.

"Tak lama lagi percubaan. Kau dah sedia ke Zinnirah?" soal Sofea kepada Zinnirah.

"Haa? Kau janganlah nak tanya aku pasal benda ni. Aku belajar macam mana pun kau tetap atas aku," jelas Zinnirah.

Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Zinnirah. Sofea boleh dikatakan seorang yang suka tidur di dalam kelas. Kadang kala kerja sekolahnya disiapkan lambat-lambat tetapi Sofea lebih cemerlang darinya. Selalu juga difikirkan apa silapnya, mungkin banyak, namun dia tidak boleh kalah.

Mungkin Allah mahu menjadikan dirinya seorang yang lebih berusaha, hanya Allah yang tahu. Sebagai seorang hamba, dia hanya mampu meminta yang terbaik.

Perbualan terhenti di situ, Sofea tidak mahu berkata apa-apa kerana takut menyinggung perasaan sahabatnya itu.

* * * * *

Peperiksaan percubaan SPM telah pun berlalu, kini keputusannya sudah diedarkan kepada murid-murid. Kelas 5 Kejuruteraan Awam juga merasa bahangnya.

Kelihatan Zinnirah sedang termenung sambil memikirkan keputusannya yang tidak seberapa. Dikerlingnya kertas peperiksaan percubaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris sahabatnya, Sofea telah cukup membuatkan hatinya menangis hiba. Dilihatnya pula kertas peperiksaan dirinya sendiri memang jauh beza markahnya

"Kenapalah aku tak boleh jadi macam Sofea? Nak kata aku tak belajar aku belajar. Tapi kenapa susah nak dapat macam dia?" getus hati Zinnirah.

Tiba-tiba dia terfikir untuk melihat semua kertas yang telah diedarkan semua guru mata pelajaran. Zinnirah melihat semua kertas-kertas peperiksaan yang telah diberikan oleh semua guru, dan dia tersenyum kerana buat pertama kalinya subjek Matematik telah lulus walaupun markahnya hanya di atas pagar. Kini Zinnirah telah nekad dalam dirinya, walau apa pun yang bakal terjadi dia akan berusaha dan tidak akan putus untuk berdoa kepada yang Maha Mengetahui.

Kini SPM sedang berjalan seperti biasa. Debarannya tidak begitu kuat, tetapi apabila mahu menyerahkan kertas jawapan pada pengawas yang bertugas barulah dirinya seperti mahu mengambil balik kertas tersebut dan memeriksanya semula. Hanya tawakal dan doa sahaja yang mampu dilakukan selepas menyerahkan kertas jawapan. Terdapat juga rakan seperjuangan yang dulu tidak pernah mahu belajar dan datang ke sekolah hanya untuk melengkapkan rutin harian tetapi mula berubah menjadi ulat buku, ada juga yang seperti tidak mahu berenggang dengan buku tersebut apabila menghampiri ke hari peperiksaan.

* * * * *

"Abah, along takutlah," pendek kenyataan yang diberi Zinnirah kepada bapanya tetapi cukup mengambarkan perasaan berdebarnya untuk mengambil keputusan SPM pada hari itu.

"Apa nak ditakutkan sekarang. Patutnya takut sewaktu nak ambil SPM dulu," kata bapa Zinnirah membuatkan dirinya lebih seperti cacing kepanasan.

Sampai di sekolah, keputusan peperiksaan telah pun diumumkan. Lantas Zinnirah mendapatkan sahabatnya, Sofea. Mereka telah berjanji untuk berjumpa di sekolah kerana Sofea baru sahaja balik dari Program Latihan Khidmat Negara.

"Assalamualaikum, Sofea macam mana keputusan engkau?" terus Zinnirah menyoal keputusan yang sedang dipegang oleh Sofea kerana debarannyasemakin dirasa.

"Waalakumussalam, Alhamdulillah. Aku berjaya dapat 4A. Kau pergilah cepat ambil keputusan boleh kita lepak lama-lama lepas ni," terang Sofea dalam keadaan gembira.

Zinnirah bergerak untuk mengambil keputusan. Setelah keputusan berada di tangannya, dia merasa amat terkilan atas usaha dirinya selama ini. Kenapa dirinya masih tidak boleh menandingi Sofea.

"Macam mana Zinnirah?" tanya Sofea.

"Bolehla, dapat 1A je," perlahan nada percakapan Zinnirah.

"Tak apalah. Zinnirah, matematik kau B lah!" suara Sofea memecah kesedihan Zinnirah.

"Yalah, Alhamdulillah!" pendek ulasan Zinnirah.

Pulang ke rumah, Zinnirah duduk termenung di beranda sambil memikirkan nasibnya selepas ini. Walaupun dirinya layak untuk menyambung pelajaran tetapi bukan dalam bidang kejuruteraan awam. Kemungkinan besar dia akan menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan. Memang jauh dari cita-cita asalnya tetapi apa yang boleh dibuatnya. Hanya itu yang layak bagi dirinya.

* * * * *

Selepas bertahun-tahun berlalu, akhirnya Zinnirah berjaya dalam bidang perakaunan. Kini dirinya telah bergelar pendidik. Dulu dia sering jatuh kini gilirannya pula untuk membantu sesiapa yang rasa kehilangan walhal mereka masih belum temui sinar hikmah yang sebenar. Terlalu besar hikmahnya sehingga kita akan bersyukur dengan apa yang berlaku dahulu. Tiba-tiba lamunan Zinnirah terhenti apabila salah seorang muridnya datang untuk berjumpa denganya.

"Cikgu Zinnirah, ada apa nak jumpa saya?" tanya pelajar tersebut.

Lantas zinnirah menyimpan gambar tersebut dan memandang tepat ke wajah pelajarnya.

"Cikgu nak ucapkan tahniah kepada kamu," terang Zinnirah .

"Tapi saya punya matematik tak berapa ok?" soal pelajar itu kembali.

"Tapi kamu dah berjaya untuk meluluskan diri kamu. Percayalah kata cikgu, teruskan usaha dan jangan sesekali mengeluh. Allah Maha Mengetahui segalanya," tersenyum pelajar tersebut antara faham dan tidak faham.

Setelah selesai pelajar tersebut meninggalkan meja guru yang bernama Nur Zinnirah dengan ucapan terima kasih kerana menyokong dirinya dan keluar dari bilik guru dengan impian untuk berjaya. Dari jauh Zinnirah tersenyum dan berharap anak didiknya akan faham suatu hari nanti.

"Suatu hari kamu akan faham wahai anak didik ku."

- Artikel iluvislam.com