Thursday, November 29, 2012

kisah dongeng?

bismillahirrahmanirrahim =)

Hidup ini  kalo kita tak dapat hargainya dan terus terbuai lena sambil baring atas bantal busuk kita..
seriyes hidup kita hanya fantasi diulit mimpi umpama kisah cinderella tertanggal kasut tumit tinggi kacanye kat tangga,

mungkin juga seperti cerita Shrek hijau gigi kuning sambil pandang kerek
kawan keldainya,

dan bak bawang merah panggil maknye ikan kaloi sambil nyanyi..?

Bila dah habis hikayat hidup mereka, kita baru tersedar yang cerita tersebut kurang memberikan apa2 kesan
mungkin ada...bekas air mata meleleh kat pipi..

dan paling tak bestnye bila kita baru ingat kita belum sidai kain dan surat khabar pun belum habis baca lagi.

dan lagi haru,
 bila kita masih tak buat persediaan untuk mati menuju alam akhirat yang kekal abadi.

Bila baca novel lagi2 kisah cinta cintun...erk...mula lah bayangkan akulah heroinnya..dan engkau pula mestilah hero kacak pakai T-shirt jenama Polo, kasut kilat standard Gucci..sambil leka dengan Iphone 4S? sungguh wahan di situ.. =='

(sumber APG)  Kerana apabila kita mula berasa syok dan teruja dengan kefuturan kita, bermakna anda mahu dan pandang ke hadapan untuk ia berlaku lagi. Dan bila ia berlaku dan berlaku dan berlaku lagi, mungkin satu hari nanti iman kita akan terus jatuh dan jatuh dan jatuh. Merudum.
Jadi jangan biarkan itu berlaku. Kalau sudah mula berasa seronok dengan kefuturan, buatlah sesuatu. Sekiranya sudah mula rasa best wow wa wee dengan jahiliyyah-jahiliyyah yang ada, mungkin kita wajar disimbah dengan sebaldi air sejuk Alaska. Jika sudah mula berasa bahagia dengan kelalaian, sudah tiba masanya untuk iman kita dibelasah, supaya bangun tersedar!

Kamu, awak, dia, kau, kita, aku....dan sesiapa sahajalah...

berpijaklah pada bumi yang nyata..tatkala diri ini gembira, bahagia, dan sukacita ..saudara kita di sana sedang bermujahadah memastikan islam dan iman berdiri tegak di muka bumi =)

apa kata,, cubalah lahirkan rasa cemburu pada insan2 yang ALLAH pilih untuk dapat hidayah dia...
tak nak rasa ke kenapa orang2 yang berubah ke arah lebih baik tu rasa bahagia dan tenang dengan kehidupannya..?

weh..seriyes. Teringin. Sangat. Mudah-mudahan. Tak. Syok. Sendiri. =)

Thursday, November 8, 2012

Terima kasih, mama abah =)

Alhamdulillah..
akhirnya...!
setelah 5 bulan..ehm...oklah, 6 bulan lebih lah jugak...=='
alhamdulillah,
tepat pada pukul 4.00 petang waktu eropahkah? waktu jepun kah? atapun kahkahkah?

cet!merapu memalam buta!

itulah akibatnya bila dh habis imtihan...timbul pula masalah baru..haha xD

YEAH!
dah habis exam! seronok?
erm...biasa je sebenornye...tapi yang buat seronok lain macam tu sebab rasa dah hilang sikit tekanan, susah hati dengan soalannya, almaklumlah...kami ni pelajar eksperimen untuk sistem modular STP baharu..haha

tapi alhamdulillah, berkat izin ALLAH...dapat jugak habiskan soalan...tapi masih lagi tak nak rasa merdeka sebab......keputusannya masih x tau.
bak kata orang, kita hanya boleh kawal usaha kita, tapi keputusan kita tu semua kerja ALLAH =) Noted!
tawakkaltu a'lallah ^^,

 hei! nak tahu tak...sebenarnya ada kisah sehari sebelum ambil last paper ni..
mcm ni joyah oii..!
boleh pula hari tu aku dah siap2 bangun pagi...tiba2...erk..mama suruh buat kerja rumah dulu.

oklah, dengarlah kata mama. sapa lagi nak tolong mama kan?
so, kemas sana, kemas sini, kemas situ dan kemas mana-mana lah...dan akhirnya, rasa macam nak rehatkan minda jap..buat kek batik...

lepas tu dah siap program kek batik, ingatkan nak belajar...tiba2 ada lagi kerja nak buat...macam tak habis2..
muka dah cuak gila dah, alamak! dah pukul berapa ni? buku satu pun tak hadap...esok pula  3 subjek sekali gus....tercungap2kan aku nanti ni..
tak apalah..tolong mama sekarang, ALLAH tolong aku nantikan?

bila tiba malam hari pula, jam dah menunjukkan pukul 9.00 malam. tak apa..boleh stay up. setakat tidur pukul 1 atau 2..tarak ada hal lah~
tibe2 takdir ALLAH...aku pening pulak...nak menangis seriyes...

dan tadi,
sebelum ke sekolah mama pesan, doa banyak2 pada ALLAH...mesti ALLAH bantu.
Mulanya, memang aku fikir...macam mana ALLAH nak bantu kalau aku tak usaha? dan aku sangat risau dapat result teruk..kdg2 aku fikir sebab tolong mama...aku tak dapat baca buku.. jahatkan aku? (jangan ikut!!)

tapi aku lupa, ALLAH sentiasa mudahkan kerja kita  kalau kita mudahkan kerja ibubapa kita.
doa ibu....salah satu keberkatan ALLAH..dan aku percaya, mama tak pernah lupa doakan aku..=)
dan aku pun kenalah rajin doa pada ALLAH juga.

dan tadi, 
alhamdulillah, semua soalan walaupun susah...aku boleh jawab. tak kisahlah betul atau tak....yang penting ALLAH sentiasa bagi aku idea meskipun soalan tu sangat susah dan pada saat2 akhir idea tu sentiasa ada..
yang paling penting, aku tak rasa susah hati pun..even tak baca buku banyak..
seriyes..tapi aku rasa seronok bila jawab soalan..
aneh~
tapi tak ada yang mustahil pada ALLAH kan?

pengajaran untuk diri ni..supaya jangan malas tolong orang tua dan jangan terlalu pentingkan exam, exam, dan exam sampai apa mama dengan abah suruh pun...kau main tinggal je. tak elok tau! and for the last,

mama, abah. terima kasih banyak2 ^^,

p/s: kenapa kita terlalu fokus pada peperiksaan...sedangkan itu cuma peperiksaan dunia sehingga lupa benda lain..? lagi sedih kalau nak belajar hanya semata2 untuk peperiksaan..bukan keberkatan.

Friday, October 26, 2012

may ALLAH ease our way ^^,

Bismillahirrahmannirrahim =)

Tadi blokwalking kejap kat blog2 sahabat...hihi..rindu (muka malu, pipi blusher) he'eh..
ntahlah, dah lama tak berhubung dengan diorang...
sebab masing2 tahu yg masing2 sibuk..kan, kima?
kau sibuk kerja..
aku sibuk belajar...
atiq pun sama..
nisa dengan hidup dia kat UIA..niza pulak matrik n9
masing2 dah jauh =(

namun...

In Shaa ALLAH..bila mana hati itu tertaut kerana ALLAH...
doalah yang jadi pengubat rindu =)

kak fiza...dah nak kahwin? hee...rindu dia..
tapi,kenapa dia x tak bagitahu dari awal?

apepun., aku doakan perkahwinan kak fizah kekal dengan bakal zauj..amiin ya ALLAH
kak fizah, jgn lupa kami tau. nanti kita berusrah lagi =)

atiq..
hari tu dia ada telefon dari KIK..
dia pesan, semoga kuat bermujahadah menuntut ilmu ALLAH ..
doakan dia selalu dalam solat hajat..
teruskan perjuangan..
(eii...apasal tiba2 ada air kat mata ni...shuh2)

kima,
aku doakan supaya ALLAH buka rezeki kau luas2
biaq kau boleh sambung belajar kat uitm..
nihon pun..
amiin ya ALLAH =)

Ya ALLAH...
tiba2 hati ni rasa takut + risau dan mcm2 lah

lg 10 hari nak final exam untuk STPM sem1
huh?
rasa macam nak naik mesin doremon untuk ulang balik masa..=(
ceh~ memang taklah.

Come on..bacabukulahsana..
jangan sia2 kan peluang dan rezeki yang ALLAH dah aturkan untuk kau..
jangan bazirkan pengorbanan mama dan abah =(

lepas ni...dah tak ada tingkatan 7, 8 atau seterusnya..
form 6 ni la yg "paling tinggi tahap" form (huh? =..=)
so, buatlah baik2..
jangan sampai repeat paper....kesian mama dengan abah tau...=(
tunggu apalagi?
pi la..baca buku, faham dan ingat =)

usaha + doa baru tawakkal kepada ALLAH..He always know what is best for you.
may ALLAH ease our way ^^,




Saturday, October 13, 2012

Telefon..

Ada satu hari, sebelum solat maghrib..

aku dok pi layan iklan yang lama tu sebelum mula cerita Kau Yang Terindah..

haha, layan gak aku..tapi taklah selalu..

bila agak2 dah ok kerja rumah..apalagi...landing la..XD

masa tu, tengah seorang diri...tiba-tiba macam biasalah...

" kakak yah....kakak yah."

dengan muka seposen aku pndang Iman.." tak sah kalau tk sebut nama aku sejam." =.=

Iman baru lepas mndi...maghrib2...tu la...main lg sampai petang2..

bila mama marah baru lintng pukang nk mndi..leps tu nangis sbb takut pi ngaji lmbat..

" Hmm? Sinilah..." panggil aku..  Tetiba...azan maghrib berkumandang.

dan tiba-tiba si Iman ni pulak bertanya..

" kakak yah..kakak yah tahu tak macam mana nak telefon ALLAH..?"

Aik? Iman ke yang tanya ni?  pelik aku..tersentak sikit pun ada sbb x sangka budak kecil akan tnya mcm tu..

Aku senyum,,

" 24434. Tu lah nombor telefon ALLAH. Ehmm...tu cik Nor (guru ngaji) yg ckp hari tu." cerita Iman lg.

 " Ehmm..tahu. Kalau Iman nak telefon ALLAH, Iman kenalah solat. bru boleh cakap dgn ALLAH, sbb kita umpama berbual dgn ALLAH ketika solat "

Huh..? mcm tu lah reaksi Iman...

" 2 rakaat solat subuh, 4 rakaat solat zuhur, 4 rakaat solat asar, 3 rakaat solat maghrib dan 4 rakaat solat isyak." kata aku panjang lebar.

aku tahu Iman bukan faham sangat pun. Tapi aku juga tahu, Iman tahu apa tu yg dinamakan SOLAT..^^,

Eh! Azan dh habis lah...astaghfirullahaladzim T_T

" Iman, kakak yah nak solat maghrib ni...nak telefon ALLAH. Jomlah!"

" Jom! Iman pun nak jugak"

=)

Firman ALLAH SWT:

(1) Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak. (2) Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, berkorbanlah (sebagai ibadah dn mendekatkan diri kepada ALLAH. (3) Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat ALLAH).

Surah Al-Kausar, surah ke-108, ayat 1-3

m0od: Muhasabah diri =) Masih merangkak =(



UnTuk DIA =)

bismillahirrahmannirrahim..

kadang-kadng diri yng marhaen ni selalu berbisik..
 .
" ALLAH bagi hidup 24 jam sehari...tapi cuma 25 minit sahaja aku luangkan masa dengan DIA."

=(
mungkin, bagi mereka yang bekerjaya...mereka sibuk...tak sempat luang lama2...alhamdulillah...kalau solat tak tinggal =)

baiknye kan ALLAH...bagi juga kita rezeki walaupun...cuma berapa minit je kita ingat DIA...

x tipu kalau kita cakap...kita lebih ingat fb, lebih ingat twitter, lebih ingat tv , lebih ingat pasangan kita, lebih ingat nk cari duit..dari DIA yang tak pernah lepas dri ingat kita...

pernh ustz di sekolh berkata, " cukup ke solat 5 waktu kamu tu nak kamu tunjuk depan ALLAH?"

dan fikirn juga tetiba teringat satu hadis yg mengatakan bhw di hdapan ALLAH nnti...ada solat kita umpama kain buruk yg dicmpak ke muka...x ada nilai...=(

lalu apa yg kita ada jika solat kita, amalan yg utama kita buat tu pun x bernilai...? ehm =(

p/s: kita melakukan sedikit dakwh, kita melakukan sedikit tarbiyyah, dan kita melakukan banyak jahiliah..tetapi kita berhrap dapat msuk jannah...?

syurga itu ada 7 tingkat dn kita baru berusaha nak capai tingkat pertama..

Mo0d : muhasabah cintaku =)