Monday, August 5, 2013

Sebab DIA hebat sangat

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah, masih bernafas lagi. Masih di bulan Ramadhan lagi.
Rindu.
Bukan menaip. Rindu ramadhan di sana.
Di sana aku belajar untuk mempelajari ujian dalam kehidupan.

Ramadhan kali ni..pantas berlalu. Sangat.
Dan kedengaran lagu raya sana sini.

Nak je aku lari, tutup telinga dan pejam mata. Namun, aku lupa.
Mulut masih ikut rentak untuk menyanyi.
T_T

Tak nak aku biarkan Ramadhan pergi.
Takut tak akan berjumpa kembali.
Dan aku juga takut ia pergi tanpa aku di sini..
berubah melihat keagungan Ilahi.

Dulu, Iman pernah tanya aku..macam mana nak telefon Allah. Aku kata solatlah. Tapi, dia muncung tetiba.
"Tapi kan, kakak yah..kawan Iman kata mana boleh telefon Allah. Dia kata kakak yah menipu."

Lepas tu..aku yang tak tau nak balas apa. Aku pun pernah jadi macam Iman dan kawannya, tapi aku tak pernah kut cakap orang menipu. sebab DULU aku selalu menipu orang, Haha XD

Dan hari tu, aku tanya Faiz & Iman..kenapa kita tak boleh jumpa Allah..?

" Sebab KITA tak mati lagi!" jujur Iman jawab. Dan walau seribu kali aku tanya, jawapan dia tetap sama.
Faiz, minta khidmat nasihat abang muaz. Berderet jawapan dia bagi. Setengah jam aku dengar macam-macam jawapan dia. -.-

Then, aku bagitahu jawapan yang pernah ustaz ajar.
" Pernah tengok orang hebat? Agak-agak senang tak kita nak jumpa seseorang yang hebat? Tak kan..? Hanya orang tertentu yang boleh jumpa."

Muka dorang. Blurr. Kalah muka kau.

" Tapi tu cuma analogi. Hakikatnya, macam tu juga Allah. Hanya orang yang hebat boleh jumpa DIA. Lihat DIA. DIA terlalu hebat..dan kita..hina...terlalu hina. Layak ke kita jumpa DIA..?"

" erm..jawapan kitaorang?" tanya Faiz.

" Betul la gak. Nak sorang 50 sen. Duit raya."

Iman datang kat aku. Dah tu..dia cakap, "kakak yah, kita tak boleh jumpa Allah sebab kita tak mati lagi, kan?"

Aku senyum.

Suatu hari nanti. Dia akan faham. Dan tahu. Mungkin lebih tahu dari aku.
In shaa Allah. 


Salam Ramadhan Kareem dan Salam Aidulfitri,
Maaf zahir dan batin
Dari bumi Klang.




Sunday, June 16, 2013

Sem 3

Bismillahirrahmannirrahim..

Hye!
Oh..lama gak yeh aku dah tak duduk depan lappy ni.
Asal nak duduk,
" Ehem..kerja rumah dah siap ke?"
Asal nak buka lappy,
" Amboi! Tak ada kerja ke nak buat?"

Ececeh..prihatin betul mama ku ini XD

Lepas cuti 2 minggu tu, aku dah mula masuk sem 3. Tapi seriyes rasa macam masuk tahun baru. Hari Khamis tu, aku dengan family bermusafir ke Terengganu nak hantar abang izzat masuk U dia. Muka dia walaweh..seriyes nak nangis. Aku tahan je gelak tengok muka dia merah. Mata pulak kelip-kelip ala-ala bulu mata menepis habuk masuk mata. Kehkehkeh.

Sejak masuk sem 3 ni, kerja memang banyak. Paling aku risau pbs..pbs.pbs..risau yang amat =='
BM, MUET, USUL dan PP..uhh..payah kut
Tapi, kata Atiq..yang payah itu tarbiyyah =)
kenalah mujahadah ^^,

Tapi, sejak dua menjak ni...angin kus2 malas+main tu  meniup lembut sepo-sepoi bahasa. Padahal punyalah aku dah datang dengan semangat baru masa buka sem baru tu..
Ya Allah.istiqamah kanlah aku...rasa rugi kalau masa muda ni aku sia2 kan...macam manalah islam nak berkembang kalau umatnya malas..?
padahal Allah dah pesan, "Iqra"..Allahu T_T

Sebenarnya, sem 2 hari tu..aku rasa agak teruk sikit masa jawab paper...banyak main dan berangan kut. Sebab tu..untuk sem 3 nieh, aku nak buat sebaik mungkin
Tak mau lagi tonton drama bnyak sangat, layan Fb dn Burung biru sampai leka..tak nak berangan lagi.no more cinta monyet beruk dan gorilla..NO MORE!

Kadang2 aku terfikir, macam mana masa depan aku kalau aku malas study? Macam mana aku nak masuk U dengan result nyawa2 ikan..padahal aku kena bersaing dengan lepasan STPM lain, student Dip dan matrik..ouh..

T_T peluh besar  T_T

Dan, aku ambil semangat abang izzat, abang muaz,vlogger femes --> Matluthfi, hakima, atiq, dan kengkawan lain utk jadikan sebagai panduan ketika aku malas.

Apepun, dalam nak belajar...aku kena gak ingatkan diri yang cuai ni..
pasal apa?
pasal ni ------> habluminnALLAH wa habluminannas =)

In sha Allah. So, perjuangan harus diteruskan. The road have been taken. =)
Jangan menoleh ke belakang. Jangan korbankan perasaan orang yang banyak berkorban. Jangan hampakan mereka. Mujahadah !!
Ya Allah..! Allahumma yassir wala tuassir :)

 Here I coming . Bittaufiq wannajah =)


Friday, May 24, 2013

ATUK ATIQ

Bismillahirrahmannirrahim =D

Aku ada seorang sahabat. Nama dia Atiq.
Setiap kali dia buat salah, aku akan tegur dia macam aku ni kakak dia yang paling otai kat dunia.
Tapi dia lagi otai, dia kembang kempiskan hidungnya.
Buat kuasa veto aku turun sikit.

Dua tahun lepas kut, adalah beberapa kali aku pi rumah dia, biasalah pelajar cemerlang kan. So niat mestilah untuk studi.
Atiqah selalu citer pasal atuk dia. Tapi, aku tak pernah nampak atuk dia. Atuk dia dah tua, mungkin dalam 80-an.

"Ehem. Ehem..nama pun  atuk, memanglah dah tua. Takkan atuk dia semuda dia kan?"

 Atiq cerita atuk dia tu sakit, hmm..contohnya, atuk dia mula hidapi penyakit Alzhaimer. Then, takdir Allah, suatu hari tu aku pi lah rumah Atiq, tetiba aku nampak ada katil kat ruang tamu. Atuk keluar dengan family Atiq time tu.

" Eh? Tak cukup bilik ke?"

 Nampak tak, punya kuang asam sangkaan aku. Rupa-rupanya, kata Atiq tu katil atuk. Senang letak kat luar. Jadi, orang datang jenguk atuk pun senang. Atuk pun dah tak larat berdiri lama.

Ececeh..bajet macam atuk sendiri je.

Oh.. first time aku nampak atuk..mestilah aku teringat arwah atuk kat kampung. Cume, satu je yang membezakan, atuk Atiq suka pakai kopiah.

Mata aku ni pun gatal sangat, suka sangat perhati atuk. Sampai aku rasa atuk tu seram dengan aku. Maaf ye tuk. Cucu bukan nak mengorat. Eheh.. =='

Dah atuk rasa rimas, aku pun sambung belajar. Tetiba, mak Atiq macam cakap2 dengan atuk. Aku pun macam biasalah, tetiba busybody kan. Hahaha.

Rupa-rupanya, atuk nak solat. Automatik aku tenung jam. ''Lorh..azan maghrib pun belum. Atuk nak solat apa?" Muka aku jangan cakaplah. Gerenti tak comel dan berkerut seribu.

" Bapak Mak cik memang macam ni. Kadang2 dia bangun nak solat. Tak kira waktu. Asal dia rasa nak solat, dia pun solat."

" Walaupun waktu tu bukan waktu solat?"

" Ye. Kadang2 tu, dia dah solat tapi dia lupa. Nak solat lagi. Tapi, dia lupa lagi waktu apa. Rakaat pun dia lupa. Selalu mak ciklah yang bantu dia ambil wuduk."

Tetiba, aku rasa hati aku sebak sangat. Lagi bertambah sebak bila lihat tubuh tua atuk solat. Padahal, terketar2 atuk berdiri..sampai nak bangun untuk rakaat seterusnya pun kena pegang kerusi untuk berdiri.Atuk tak nak solat duduk. Dia rasa dia masih kuat untuk solat berdiri.dia mahu berjumpa dengan Allah seperti insan lain yang sempurna kudratnya.

Apa aku rasa? Mestilah aku rasa malu kat Allah. Kat diri. Kat atuk.

Aku masih muda, umur belum 20 lagi..tapi selalu bagi macam2 alasan bila azan berkumandang. Malu sebab aku ada rasa malas solat, lewatkan solat. Tapi atuk...tak. Imannya masih lagi berdiri teguh walaupun dirinya tidak mungkin mampu berdiri kukuh.

Tapi, aku coverlah depan Atiq. Karang tak pasal2 dia pelik, kenapalah aku menangis masa belajar math. Susah sangat kut.

Petang tu, merupakan hari paling indah dalam hidup aku. Aku belajar cintakan solat dari atuk. Insan yang aku tak pernah kenal walau namanya sekalipun.

Dalam hati, aku yakin mesti waktu muda atuk dulu..dia sangat cintakan agamanya. Dia cintakan solat sehingga tua, bangun dari tidur dia hanya ingin solat.

Allah, terima kasih temukan aku dengan atuk.



Monday, May 13, 2013

Oh Kakiku!

Bismillahirrahmannirrahim.

Beberapa minggu yang lepas aku telah mengalami satu ujian yang sangat menduga jiwa.
Tipu kalau aku kata aku sangat bahagia saat itu, tapi itu peringatan Allah barangkali :)

Malam tu, aku memang tak dak mood. Esoknya pula hari Isnin. Jadi, malam tu dengan tensyennya aku pun menggosok baju dengan muka yang tak berapa bahagia. Hahaha.

Lepas settle gosok baju, aku pun letaklah seterika tu kat tempat asal ia. Tiba-tiba, aku dengar bunyi sesuatu.
Aku pandang balik kat tempat seterika tu dan alih-alih dalam sekelip mata aku nampak seterika tu jatuh. Mungkin aku letak tak berapa kena dengan tempatnya.

Mula-mula aku pandang je seterika tu mungkin berasa kagum sebab tak pernah terjadi sebelum ni. Tapi, lepas tu baru aku sedar, kaki aku yang berada kat bawah seterika tu. Allah...T_T

Lepas kejadian tu, aku dihujani macam2 soalan, lebih kurang mcm ni,

" Kau gosok baju guna tangan ke kaki?"
" Pelik. Orang selalu kaki melecur kena ekzos motor."
" Hebat seterika kau, boleh terbang." 
" Kau sapu dengan ubat gamat, ubat gamat elok tau. Kalau kau tak ada, aku ada. Nak?

-___-

Sejak kejadian tu, aku rasa fobia bila gosok baju. Nak pandang tempat lain sekejap pun rasa takut. Tangan jangan cerita, tetiba menggeletar umpama parkinson. Ececeh. Terlebih hiperbola pulak.Eheh.
p/s: Allah sayang tu, sebab tu Dia uji kita. ^^,





Friday, April 12, 2013

I LAP YOU, SAHABAT!



Bismillahirrahmannirrahim..

 
Assalammualaikum, ya hakima.
Kaifa haluki? Alhamdulillah…kalau baik2 sahaja
Hakima, macam mana biah terkini kat Uitm sana..? mesti best kan?
Aku pun tak harap kau cerita panjang lebar sebab kau dah selalu pun cerita...haha..kejam tak ayat aku?           
Dah keras tahi telinga den dengar kau cerita macam2..
Hakima, masih ingat tak lagi masa mula2 kita kenal..
Sweet tak aku..? boleh pulak tetiba nak tulis cerita mengimbau kenangan silam..
Andainya ada doraemon,sudah pasti aku suruh dia jual mesin ke masa silam dia tu
Tp second hand punye price lerr..
Duit tak de lah pulak...baru beli cendol tadi..

Ouh…berbalik kat nostalgia lama tu..
Alah..yang kat kelas 6C tu…
Aku duduk sebelah kau sebab terpaksa, kau pun sama..duduk sebelah aku sebab kau kesian kat aku kut..sebab aku buat muke seposen tak dapat tempat duduk.
Abahlah tu…selalu ikut time dia..iyolah..kereta tu pun dia yang pandu..
Aku cume boleh buat muke seikhlas hati je la..hahaha
Masa tu aku ingat lagi, betapa tak ikhlas dan tak redhanya kau dengan kehadiran aku..
Aku pun 2x5 gak..cume muka aku ni aku maniskan sikit lah..nampak sikit awet muda kan..?
Hahahaha
Tapi aku dulik ape, sape suruh orang lain tak nak duduk kan?
Lepas tu..dari situlah aku kenal..kita mula rapat..yg paling beshnye..kita sama2 pengawas pusat sumber..
Ungu je mata ni..hahaha

Tu pun selalu gaduh2..cubit sana, cubit sini..
Nasihat sana, ceramah sini..
Tapi masing2 tak nak gak berubah..ego tinggi mengalahkan gunung everest..hahaha
Paling aku tak boleh lupa…time kau cari inisiatif untuk dpt duit lebih
Kau beli gula2 banyak kat kedai AKUKU..lepas tu kau jual harga lebih seposen
Aku pun masa tu lurus bendul..
Pergi marahkan kau sebab ingatkan kau tipu..jual mahal seposen..seposen je kut..
Padahal…tulah taktik berniaga
Adoyaiii…bendulnye lah aku banding kau yg lebih berdikari..
Ni punca datang dari kau lah..
Suka sgt cubit aku..effectnye kena kat otak..
Bengkak kesan cubitan kat tgn tu..menyebabkan saluran darah dan urat aku susah nk bernafas
Maka, otakku pun bendul..
Bajet je macam pandai sains bagai…aku pun tak tau apa yg aku merepek..

Bila bisnes kecil-kecilan kau dah mula maju..ada pulak yang nak tiru gak buat bisnes
Jadi, disebabkan kengkawan kita ni manusia yg ALLAH ciptakan normal..
Jadi mereka pun mempunyai citarasa pelbagai..
Dan kau pun mula lah hilang pelanggan tetap..
Hahahaha…aku kesian gak, tapi aku pun beli gula2 dari kawan kite tu..
So, tak boleh buat apelah..kau kena lah redha kan..?
Paling lawak, kau mengadu kat aku pulak tu..kau kata bisnes gula2 kau merosot..
Disebabkan kwn kita tu..

Aku pun tak boleh kata lebih2..sebab budak tu pun dari keluarga susah..kesian daku melihatnya.
Aku cume boleh suruh kau sabarlah…hahaha, makin muncung mulut kau..
Tapi tak comel la..sebab aku lagi comel =P
Yg paling best..bila naik tingkatan 1,
Kita masih lagi sek men sama,
“al maahad dini islami nurul iman.”
Masih lagi jadi pengawas pusat sumber sama-sama…
Tapi..tak dapat kelas sama..

Aku kelas depan, kau kelas belakang..aku pindah belakang..kau ngade2 yeh..berhijrah kelas depan! kelab persatuan pun lain2…hihihi..
Sebab ALLAH tahu..kau dengan aku tak boleh duduk dekat..nanti mule dah episod duka aku asyik kena cubit dengan kau..hahaha
Kita tak sama kan, kima? Tapi izin ALLAH kita boleh jadi sahabat..in shaa ALLAH..bukan kat dunia je, tapi di akhirat sana..ameen ya ALLAH =)

Dah..dah..dah..
Aku dah beli pembalut kertas, kotak free kat kedai orang..selotep..dgn reben pink polkadot ungu
Pi balut cerita lama tu..simpan dalam hati yeh..?
Hakima,
Sekarang kita dah besar..
Masing2 punya hala tuju...masing2 punye impian tersendiri..masing2 sibuk dgn fb ngan burung biru..
Eh..! apakah..?
Aku doakan kau berjaya dengan cita2 kau..
ALLAH permudahkan segala urusan kau..
Aku bersyukur sangat kepada ALLAH sebab hadirkan Atiq dan Nisa' untuk baiki hubungan kita..
Yang jadi jauh lepas habis sek rendah..walaupun sek men sama2.
Bile mula berhijrah..maka kenal pula keindahan ukhwah..
Kita mula kenal apa itu bulatan gembira. Kalau aku tahu seindah itu ukhwah..dan lama aku sertai bulatan gembira. 
Cuma, mata aku je tak nampak =(

ALHAMDULILLAH! TARIK NAFAS LEGA....

Kima,
terima kasih sudi jadi sahabat secomel, seotak, sejiwa, sesastera dan paling osem..sahabat seiman aku..=)
Kau selalu ada bila aku ada masalah. Kita whatssup, kita viber..dan paling terbaik, kita saling mendoakan.

Kima, aku memang saja tak nak ucap awal2..sebab nanti tak special la..macam orang lain jugak =( 

Dan untuk kali ni aku nak ucap selamat ulang tahun ke 19, sahabat ^^
Dah tua! Dah tua! Dah tua!
Nah aku hadiahkan kau tongkat dengan gigi emas..hahaha..acah2 saja..

Kima,
semoga ALLAH redhai kehidupan kau..di dunia dan akhirat
dapat tunaikan wishlist kau yg panjang lebar pening aku hadap tu..kehkehkeh
doakan kebahagiaan aku gak..
andainya aku pejam mata sebelum kau..satu je aku minta kima…doakan aku tau!
ok..sampai di sini sahaja..maassalamah wal ilalliqa’.
Assalammualaikum