Wednesday, January 4, 2012

DengAR kATA MeReka:)

assalammualaikum :D

berdasarkan entry kat atas...agak-agak apa yang korang rasa aku nak tulis? ok....walaupun aku ni bukanlah seorang anak yang solehah sgt ataupun baik sgt ataupun taat sangat...tp apa yg aku nak tulis ni hanya sekadar muhasabah untuk diri sendiri..SAYA CUMA SEORANG YANG TAK PANDAI DALAM BERBICARA JADI SAYA HANYA MAMPU MENULIS =D MAAF, JIKA SAYA TERSALAH. SILA SUDIKAN DIRI ANDA MENEGUR. (itupun jika ada yang sedar kewujudan blog aku...haha..nasihat untuk diri sendiri sudah..)

seorang sahabat yang karib pernah bagitahu aku sewaktu aku dalam dilema sama ada ingin memilih STAM ataupun tunggu apply ke u...aku teringin sgt nak masuk STAM...tapi disebabkan beberapa hal aku tolak..antara masalahnya, kewangan.Walaupun abah mcm bg aku teruskan STAM...tapi nampak kat situ...abah risau duit tak cukup untuk adik beradik lain...
so, keluarlah nasihat dr sahabat aku ni " jika kita permudahkan urusan ibubapa kita, maka ALLAH SWT akan permudahkan urusan kita pula.."

aku klasifikasikan di sini...mungkin kalau aku mengalah untuk saat ini..mana tahu ALLAH SWT akan bg aku satu masa nanti aku akan senang...berat hati aku nak lepaskn STAM...tp ak percaya ada hikmah tersendiri yg ALLAH nak bgtahu walaupun bukan pd waktu ni..dan insyaALLAH..aku takkan menyesal. Belajar boleh di mana-mana sahaja. Itulah nasihat aku.

dan mungkin kalo aku x ambil STAM..............

-AKU BOLEH TOLONG MAMA KAT RUMAH-
-TUNGGU IMAN BALIK TADIKA-
-BUAT AMAL IBADAH-
-LAYAN FACEBOOK TAnPA HENTI (bukan aku la tu)-
-SIAPKAN NOVEL CIPTAAN AKU-
-TENGoK TV-
-MAIN GAME ANGRY BIRD-
-BELAJAR MEMASAK DAN KEMAS RUMAH SERTA KEMAS DIRI-
-UPDATE BLOG-
-PERGI PS-
-AMBIL LESEN MOTOR DAN KERETA-
-KURANGKAN PERBELANJAAN ABAH-
-LAYAN PERASAAN?? BUANG MASA-
-ULANGKAJI BALIK PASAL PQS, PSI, MATH, SUBJEK2 FORM 5-
(ilmu bukan untuk exam jerrr...)

-------------------------------------------------------

pernah mengalami situasi di bawah ataupun yang sewaktu dengannya? Ikuti perbualan di bawah:-

contoh: kita pasang impian nak smbung belajar kat luar negara...tp mak dgn bapa kita tak izinkan..so, ambil positif kat situ..

" Weh, aku ada masalah besaq la."

" Kalah tak paus biru?"

" Paus biru pun kalo dia boleh fikir....dia akan terasa diri dia kecil."

" Kau buat lawak ke?"

" Aku serius weh."

" Na'am. Straight to the point don't belok-belok."

" Bismillah."

" Bagus...biar tenang. Teruskan.."

" Macam ni...kau tahu kan aku dapat tawaran belajar kat Jepun. Aku teruja kot."

" Aku tahu, dah seribu kali kau cakap benda sama. Aku kira la..so, apa masalahnya?"

" Masalahnya..orang tua aku tak kasi smbung belajar kat oversea. Aku sedih weh. Rasa macam sesak je salura pernafasan aku. Susah kot aku nak study...alih2 x boleh."

" Kau study kerana siapa ni? Exam ke lillahita'ala?"

" Mestilah kerana ALLAH Ta'ala. Tapi, semuaorang kan ada impian nak sambung belajar kat luar negara."

" Memang lah. Tapi depends pada rezeki."

" Tapi rezeki ni dah ada depan mata. Cuma parents aku je x kasi ambil"

" Tu namanya tak ada rezeki la, kawan!Buat apa belajar kat luar negara pandai2..tapi orang tua tak redha. Redha ALLAH kan terletak pada redha ibubapa."

" Ye lah ustaz/ustazah."

" Jangan panggil aku ustaz/ustazah la. Bukan ke orang islam tu mesti mengingatkan antara satu sama lain."

" Asif jiddan. Aku cuma sedih je."

" apasal nak sedih. ilmu tu kan bleh dpt kat mana-mana"

" tapi x sama mcm kat luar negara...kalo kat luar negara baru jadi macam album hikmah kembara by Mirwana."

" Macam tu pula? Buat lawak lah kau ni. Dlm ke luar negara ke tetap bumi ALLAH SWT."

" tapi luar negara tu lagi bagus."

" kalo luar negara bagus, buat apa kerajaan wujudkan uni tempatan?"

" tapi aku...lagi suka kat luar negara. Boleh tengok budaya orang lain."

" tapi aku rasa...kalo betul kita nak belajar..kita tak kisah pun kat mana2.."

"--------------------------------"

" ko pernah pi SABAH or SARAWAK?"

" belum pernah lagi..kenapa?"

" mcm mana nak tahu budaya orng asing kalo budaya rakyat dlm negara sendiri pun x tahu?"

" errrkk.."

" mcm ni la, kwn. Apa kata kau follow je permintaan parents kau...selagi tak menjejaskan aqidah dan diri.."

" tapi, aku pun ada impian."

" Tapi aku rasa la..sometimes kita kena berkorban untuk orng yg kita syg..although benda tu pahit.. diaorng tahu yg lebih baik untuk kita."

" aku tahu apa yg terbaik untuk aku."

" Kau yakin ke dengan statement kau tu? Kdg2 kita rasa sesuatu tu baik untuk kita padahal x...tapi yg kita rasa tak baik tu sebenarnya baik untuk kita."

" ye ke? walaupun impian yg kita pasang tu kita rasa 100% terbaik untuk kita?"

" Nama pun "rasa" Tak tahu lagi betul ke x. Ikut hati mati ikut mata leta, ikut rasa binasa."

" Aku tahu la kau pernah dapat anugerah pelajar terbaik minggu Bahasa Melayu."

" Itulah gunanya peribahasa. Sesuai dengan diri kau kot."

" Kena lagi.."

" Jangan ambil serius la. Kalo kau rasa mmng ia betul2 terbaik untuk hubungan kau dgn ALLAH, dgn ibubapa kau..untuk ISLAM...untuk orng di sekeliling kau...kau kenalah buktikan itupun kalau kau begitu nekad.... Slow talk la dengan orang tua kau."

" Banyak kali dah, weh."

" senang citer..kau dah solat istikharah? Minta kat ALLAH tunjukkan yg terbaik untuk kau."

" Belum...kalo yg ALLAH tunjukkan tu...x sama mcm yang aku harapkan?"

" ALLAH knows the best for His Abd..jangan lah takut. ALLAH kan Tuhan kita. Dia mesti rancang yang MOLEK-MOLEK untuk kita. Percayalah, takdir ALLAH itu hebat dan ia akan buat kita tersenyum suatu hari nanti.
Paling PENTING kau kena hargai usaha parents kau..jgn hampakan mereka dan jangan buat mereka kecewa walaupun kau berat hati. lama-lama kau akan namapak hikmahnya dan kau akan rasa senang je. Masa tu kau akan cakap...ya allah, tak sia-sia aku dgr cakap orang tua aku."

" InsyaALLAH. Weh, syukran tau bagi aku nasihat bernas ni. Alhamdulillah, aku rasa lega sikit. Kurang dah beban kat otak."

" Itu guna kawan. Kan kawan yang baik tu umpama mentari yang menyinar. Ingat ALLAH tu dekat. Kita ni hanya merancang, tapi ALLAH juga merancang...cumanya perancangan ALLAH tu lagi Hebat."

****************************************************
Orang tua kita selalu bg kita mcm2 walaupun perkara tu boleh ubah kehidupan mereka hatta nyawa mereka pun mereka sanggup...sbb mereka selalu kasihan dan sayang pada kita...
so, diri ni bila lagi??

# percayalah, ujian ALLAH itu Hebat dan diberi pada HambaNya yang Hebat dari ALLAH yang Maha Hebat..=D

No comments: