Friday, October 26, 2012

may ALLAH ease our way ^^,

Bismillahirrahmannirrahim =)

Tadi blokwalking kejap kat blog2 sahabat...hihi..rindu (muka malu, pipi blusher) he'eh..
ntahlah, dah lama tak berhubung dengan diorang...
sebab masing2 tahu yg masing2 sibuk..kan, kima?
kau sibuk kerja..
aku sibuk belajar...
atiq pun sama..
nisa dengan hidup dia kat UIA..niza pulak matrik n9
masing2 dah jauh =(

namun...

In Shaa ALLAH..bila mana hati itu tertaut kerana ALLAH...
doalah yang jadi pengubat rindu =)

kak fiza...dah nak kahwin? hee...rindu dia..
tapi,kenapa dia x tak bagitahu dari awal?

apepun., aku doakan perkahwinan kak fizah kekal dengan bakal zauj..amiin ya ALLAH
kak fizah, jgn lupa kami tau. nanti kita berusrah lagi =)

atiq..
hari tu dia ada telefon dari KIK..
dia pesan, semoga kuat bermujahadah menuntut ilmu ALLAH ..
doakan dia selalu dalam solat hajat..
teruskan perjuangan..
(eii...apasal tiba2 ada air kat mata ni...shuh2)

kima,
aku doakan supaya ALLAH buka rezeki kau luas2
biaq kau boleh sambung belajar kat uitm..
nihon pun..
amiin ya ALLAH =)

Ya ALLAH...
tiba2 hati ni rasa takut + risau dan mcm2 lah

lg 10 hari nak final exam untuk STPM sem1
huh?
rasa macam nak naik mesin doremon untuk ulang balik masa..=(
ceh~ memang taklah.

Come on..bacabukulahsana..
jangan sia2 kan peluang dan rezeki yang ALLAH dah aturkan untuk kau..
jangan bazirkan pengorbanan mama dan abah =(

lepas ni...dah tak ada tingkatan 7, 8 atau seterusnya..
form 6 ni la yg "paling tinggi tahap" form (huh? =..=)
so, buatlah baik2..
jangan sampai repeat paper....kesian mama dengan abah tau...=(
tunggu apalagi?
pi la..baca buku, faham dan ingat =)

usaha + doa baru tawakkal kepada ALLAH..He always know what is best for you.
may ALLAH ease our way ^^,




Saturday, October 13, 2012

Telefon..

Ada satu hari, sebelum solat maghrib..

aku dok pi layan iklan yang lama tu sebelum mula cerita Kau Yang Terindah..

haha, layan gak aku..tapi taklah selalu..

bila agak2 dah ok kerja rumah..apalagi...landing la..XD

masa tu, tengah seorang diri...tiba-tiba macam biasalah...

" kakak yah....kakak yah."

dengan muka seposen aku pndang Iman.." tak sah kalau tk sebut nama aku sejam." =.=

Iman baru lepas mndi...maghrib2...tu la...main lg sampai petang2..

bila mama marah baru lintng pukang nk mndi..leps tu nangis sbb takut pi ngaji lmbat..

" Hmm? Sinilah..." panggil aku..  Tetiba...azan maghrib berkumandang.

dan tiba-tiba si Iman ni pulak bertanya..

" kakak yah..kakak yah tahu tak macam mana nak telefon ALLAH..?"

Aik? Iman ke yang tanya ni?  pelik aku..tersentak sikit pun ada sbb x sangka budak kecil akan tnya mcm tu..

Aku senyum,,

" 24434. Tu lah nombor telefon ALLAH. Ehmm...tu cik Nor (guru ngaji) yg ckp hari tu." cerita Iman lg.

 " Ehmm..tahu. Kalau Iman nak telefon ALLAH, Iman kenalah solat. bru boleh cakap dgn ALLAH, sbb kita umpama berbual dgn ALLAH ketika solat "

Huh..? mcm tu lah reaksi Iman...

" 2 rakaat solat subuh, 4 rakaat solat zuhur, 4 rakaat solat asar, 3 rakaat solat maghrib dan 4 rakaat solat isyak." kata aku panjang lebar.

aku tahu Iman bukan faham sangat pun. Tapi aku juga tahu, Iman tahu apa tu yg dinamakan SOLAT..^^,

Eh! Azan dh habis lah...astaghfirullahaladzim T_T

" Iman, kakak yah nak solat maghrib ni...nak telefon ALLAH. Jomlah!"

" Jom! Iman pun nak jugak"

=)

Firman ALLAH SWT:

(1) Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak. (2) Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, berkorbanlah (sebagai ibadah dn mendekatkan diri kepada ALLAH. (3) Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat ALLAH).

Surah Al-Kausar, surah ke-108, ayat 1-3

m0od: Muhasabah diri =) Masih merangkak =(



UnTuk DIA =)

bismillahirrahmannirrahim..

kadang-kadng diri yng marhaen ni selalu berbisik..
 .
" ALLAH bagi hidup 24 jam sehari...tapi cuma 25 minit sahaja aku luangkan masa dengan DIA."

=(
mungkin, bagi mereka yang bekerjaya...mereka sibuk...tak sempat luang lama2...alhamdulillah...kalau solat tak tinggal =)

baiknye kan ALLAH...bagi juga kita rezeki walaupun...cuma berapa minit je kita ingat DIA...

x tipu kalau kita cakap...kita lebih ingat fb, lebih ingat twitter, lebih ingat tv , lebih ingat pasangan kita, lebih ingat nk cari duit..dari DIA yang tak pernah lepas dri ingat kita...

pernh ustz di sekolh berkata, " cukup ke solat 5 waktu kamu tu nak kamu tunjuk depan ALLAH?"

dan fikirn juga tetiba teringat satu hadis yg mengatakan bhw di hdapan ALLAH nnti...ada solat kita umpama kain buruk yg dicmpak ke muka...x ada nilai...=(

lalu apa yg kita ada jika solat kita, amalan yg utama kita buat tu pun x bernilai...? ehm =(

p/s: kita melakukan sedikit dakwh, kita melakukan sedikit tarbiyyah, dan kita melakukan banyak jahiliah..tetapi kita berhrap dapat msuk jannah...?

syurga itu ada 7 tingkat dn kita baru berusaha nak capai tingkat pertama..

Mo0d : muhasabah cintaku =)






Friday, October 12, 2012

Alahai, My Adek!

suatu hari sedang aku duduk menonton drama di tv3,

Iman tiba-tiba datang,

" Alaa...apalagi budak ni..?"

macam biasa, sebagai seorang calon hakak yg baik, aku pun senyum je la.

" kakak yah, tengok ni." kata Iman sambil tunjuk kat aku sesuatu.

Aku pun pandanglah dngan penuh perasaan pelik. " Apa yang dia nak tunjuk sebenarnye ni?"

TING!

" Kakak yah, tengok ni...gigi Iman tercabut.'

" Tengok2.." kata aku sedikit teruja. " Iman, tapi kenapa ada lubang2 dengan warna hitam?"

' Hii...Iman kan malas gosok gigi,' katanya dengan penuh yakin.

Erk... =='

" Macam mana boleh tercabut pulak? Sapa yg cabutkan?"

" Erm..tadi kat sekolah cikgu Senah yang cabutkan. Kata cikgu gigi Iman nak tumbuh baru."

" OOO...ye ke? Em..Iman pergilah tanam gigi tu kat dlm tanah pasu bunga mama tu."

" Haa? Macam mana tu?"

Adoi...macam mana nak terangkan nieh?

" Haa...Iman tolak je Iman punye gigi ni dalam tanah tu. Lepas tu biarkan je lah. Nanti gigi tu reput sendiri."

Faham ke tidak budak kecik ni apa yang aku cakap...?

Harap fahamlah =3 toing! toing!

" Ooo...nanti dia jadi bunga gigi, ye?"

Erk! =='

Sekali lagi.

Haa? Bunga gigi? Macam mana dia boleh terfikir gigi tu akan berbunga? Iman..Iman...

 Haha....time tu apa yang boleh aku fikir cuma nak gelak je.

Akhirnya, Iman pun tanam gigi tu.

Lepas Iman tanam, aku pun tanya.." Iman, giginya dah jadi bunga ke?" Tak...jawab dia. Lalu, mataku pun tersenyum!

p/s: Budak kecil memang hatinya jujur =3 hargailah adik anda...ada sebab kenapa ALLAH hantar dia untuk kita. seriyes!





Friday, October 5, 2012

Tak ape...lain kali cuba lagi!

assalammualaikum, antum ;)

hari tu.....aku, eijati, khal ngan ainul dapat pengalaman paling pahit + menakutkan + indah ^_^
pada hari rabu, 26/9 kami terpilih untuk mewakili debat ke KIK (sek SBT tu)

ada karnival koku di sana, jadi KIK ada jemput pelajar2 form 6 untuk sertai pertandingan yang mereka adakan...
mula-mulanya, aku tak terfikir pun nak sertai debat ni
memikirkan dah lama gak x bercakap depan org ramai. so, dengan segala usaha dan kesungguhan, dpt pujuk kengkawan len yg ak nak jd simpanan je..
hik3....nampaknya usaha ak berhasil. 

tp mak aii...disebabkan semuanya x der experience langsung pasal debat...
kami pun bekerjasama dgn adik2 debat form 5..
alhamdulillah...bila dah diterangkan satu persatu baru faham...

apa perasaan ak? haha...ak x der effect sgtlah....simpanan kan? lek lu...toksah kalut lebih..har3..

tp bila fikir balik, kitaorg just ada 2 hari je sebelum pertandingan tu....boleh tak bayangkan perasaan kitaorg time tu?
ak pun carilah mcm2 maklumat psl tajuk yg berkaitan...walaweh,, smpai kuyu mata hadap lappy. =.=
time tu jugaklah, ak belajar cara2 berdebat..
antara pesan adik tu

-dlm debat ni, kita kena rasa kita punye konsep paling tepat. walau salah kita tetap betul.
- kena pandai psiko...haha...sakit jiwa..

belajar cakap "usul diterima."  "mohon usul ditolak." "mohon terus membangkang!" " Yang Di-Pertua." dan mcm2 lg..

bile smpai KIK je..rasa mcm lain tau..lain sgt..bila keluar je kereta...aku membayangkan..
" ni sekolah ke bangunan kosong?"

 x de suara lgsung...! x dengar sikit pun melainkan suara cikgu yg sedang mengajar...
keduanya, mereka sangat menjaga tingkah laku dan batas2 pergaulan....jd mmng salut lah pelajar KIK..sbb mampu disiplinkan diri mereka mnjd muslim yg baik..

satu lagi, juri jemputannya pun bkn calang2 orang...legend jugak....time tengah berdebat tu...aku dah kesian dah kat eijati...muka dia dah risau semacam...
khal pun sama...
mungkin kekurangan idea dan x tahu nak bahaskan mcm mana...experience x der kan? so, x apelah...asalkan involved...
aku yg simpanan ni cume bleh terlopong dr jauh bila tengok diaorang berdebat...tp KIK menanglah...

lepas tu, ak, atiqah ( atiq ambil stp kat KIK) dgn anis (ajak member temankan) pun pi kantin..masya ALLAH...murah betul harga sosej tu..harga kat sek sultan pun mahal T_T
bila dah beli2, ak pun pi lah kaunter....tibe2 aku rasa pelik...pelik sgt....
nak bayar kat sape? x der org kat kaunter ni? tp duit ada bertabur bnyk kat atas meja ni...ak tengok bdk lain...dan diorang pun just letak dan pergi mcm tu je..

jd, ak pndang atiqah
" seha, letak je kat situ. kalau ada baki, ambil lah bakinya sendiri." 
kesian ak, terpinga2 sendiri. lepas tu ak terfikir2 sendiri..."mcm mana kalau budaya ni ada kat sek len?"
berjaya @ naya? ehm.....tepuk dada tnya iman.

oh, baru ak ingat yang KIK ni amat menitikberatkan kejujuran dan amanah..bygkanlah sahsiah pelajar pun dikira sbg markah untuk rmh sukan..unik kan?

untuk final...KIK lawan sek Sheikh dari N9..sek kluster...
mmng hangat lah..hot fm pun x bleh lawan hangatnye...paling tak boleh ak lupakan menteri ketiga dr sek sheikh tu...
bkn sebab dia hensem mcm aaron aziz...x langsung...!...tapi sbb dia pandai bidas....pandai psiko...ayat dia..masyaALLAH...dgr sakit hati..haha
kakak2 KIK tu pun not bad gak...tp akhirnya, usul sek sheikh mewakili kerajaan diterima :) 
pukul 2.00 lebih..majlis pun selesai...dan kitaorang balik naik kereta ustaz suhaimi =) hehe

p/s: teringat pesan kak fadzilah...dari sekolah Bandar.."adik, menang kalah tu biasa. asalkan ada pengalaman. orang lain tak boleh beli tau pengalaman adik =)"

esoknya aku kena usik dgn kawan2...geng2 sg.bert tu...
" diamlah, simpanan. bising pulak. semalam x nak debat, hari ni baru nak debat."
" cikgu, sepatutnya yg kena debat tu simpanan tau. kalao ada simpanan mesti menang."

-ketuk baru tau!-