Kau buat mataku kecil... Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku Kau buatku serba kekurangan Supaya aku berusaha
mencari kejayaan Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan Kau sayangkan aku
Aku leka dengan hidup dunia Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa perhubungan kita tidak ku jaga seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku
Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu kerana ke-alpaan diriku Kerana kebodohan diriku kerana keangkuhan diriku Kerana ku butakan mata kecilku "Masihkah Kau sayangkan Aku?"
Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku
Bom Bom Israel mencari Syuhada Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku
Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna Mata yang lama tak bercahaya Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku
Mataku melihat, runtun hatiku bukan kerana kematian dan kesusahan di situ Gaza tanah barakahMU walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui Bersamamu di Jannah nanti
Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU Senyum kekasihMU penuh cahaya Senyum terukir walaupun duka Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA
Aku terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya, tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah Kerana setelah semua yg aku laku kau masih sudi membuka mataku kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah kerana diriku yang masih kau endah Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku dengan badan besarku dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu UntukMu inginku menjadi Qalam Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni...
ISLAM. Allahu akbar!
-sumber: Aqsa Sharif
p/s: saya dah kata Islam itu indah =)
Kalau nak dapat cahaya, kenalah bersahabat dengan mereka yang telah mendapat cahaya. Ada faham..?

No comments:
Post a Comment