Friday, December 14, 2012

Sedang JaTuh CinTa, ke der?

 Bismillahirrahmannirrahim...=)

Holla!
Ceh...tajuk kat atas tu..boleh buat hati kemarau jadi hujan, dari luruh boleh jadi berbunga..ececeh..
Tapi, sebenarnya memang tak mustahil lah setiap manusia pasti pernah merasai perasaan tu, kan?
eleh..
muka brutal guna earphone tapi dengar lagu Muara Hati sambil menahan rasa sendu..? Huhuhu...
hati kering kununnye tapi bila baca sajak cinta anak jiran sebelah mata merah saga..?

dan...aku pun pernah rasa perasaan tu...seriyes tak tipu...
tapi sejujurnya..bagi aku perasaan tu tak membahagiakan langsung...
sebab...suka mana pun kita kat dia tapi kalau tak disahkan dengan akad...dia tetap bukan milik kita..

ok, tak apa kalau tak setuju dengan statement tu sebab hati manusia ni lain-lain. Tak mudah untuk kita menerima sesuatu perkara baru. Tapi bila kita dah tahu sesuatu yang baru contohnya "couple itu haram"  
Dush! Dush! Dush!

Kita rasa macam ada batu berat baru jatuh dan hempuk kepala kita.! Biaq betul haram..? mungkin kita rasa ragu-ragu sebab selama ni kita buat perkara tu.

Tapi, kita mungkin lupa itu maksudnya ALLAH sayangkan kita, DIA nak selamatkan kita daripada sesuatu yang menjurus ke arah kemaksiatan.
ALLAH pun berfirman dalam Al Quran supaya kita jangan mendekati zina...kalau mendekati pun salah apalagi kalau kita buat.


Kita cuma ada satu hati tau. Kalau kita suka someone, kita dah bagi berapa peratus hati kita untuk dia, lepas tu putus. Kita jumpa pulak orang lain, jatuh cinta dan bagi lagi berapa lagi hati yang ada kat dia. Tak mustahil kalau kita boleh putus juga kan?
Sampailah kita jumpa jodoh kita.
Masa tu apa yang kita nak bagi pada dia yang betul2 jodoh kita..? Saki baki hati yang tinggal?

Cuba kalau kita pulak yang kena. Apa yang kita rasa..?

" Ehm..awaklah jodoh saya yang selama ni saya cari, nah! ambil lah hati ni."
" Erk..? Tapi kenapa tinggal sikit je..ada pulak tu kesan parut dengan plaster luka jenama Kedai Tiap Hong. Ada tanda harga RM 0.90 siap dengan slogan Bermutu dan Murah lagi ni?"
"Hehehe.Dah lama dah tu..sejak beberapa tahun lepas. Maap le..dah ada orang ambil dulu hati yang lain tu.
                                                
Nangis...

Memang...memang cinta tu fitrah manusia. Ada sesiapa halang fitrah tu? Tak. Tapi kawal lah fitrah itu supaya patuh perintah ALLAH SWT. Kita sedar..kita cuma manusia bukan malaikat!
Kena ingat juga dalam islam tak ada istilah couple! cuma ada nikah!

Rasulullah SAW ada bersabda:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Riwayat Ibni Majah)

NO UNTIL AKAD ^_^

Ingat!

Dwi-wajah cinta...sinarnya sama-sama menerjah mata, cuma yang satu intan, yang satu hanya kaca..! cinta umpama bisa & penawar yg bergabung dlm cairan air liur ular tedung. Yg bijak mmpu menyedut penawar, yg jahil tersedut racun bisanya..-GEN Q
Noted! 

pernah suatu masa tu, aku ada tanya seorang sahabat..
" Kawan, kau pernah tak jatuh cinta?"
Dia senyum.
" Tak..."
Aku pelik. " Sebab?" 
Dia senyum lagi.
" Sebab aku akan kecewa."
Aku angguk. Faham.

Memang...cinta kepada manusia akan membawa kepada 1001 rasa kecewa..manusia yang kita harapkan tak mampu buat kita bahagia..
sebab hanya cinta ALLAH je yang boleh bahagiakan kita...ALLAH selalu tunggu kita sambut cinta DIA..tapi kita buat tahi mata je.

kita lebih suka jawab panggilan girlfriend sedangkan ALLAH dah panggil kita sejak solat subuh..
kita lebih suka baca mesej boyfriend sedangkan ALLAH dah bagi kita surat cintaNya(al Quran) untuk dibaca..
kita lebih suka nyanyi lagu cinta sedangkan ALLAH dah kata, 'dengan mengingatiKu hati akan tenang'

Peluh besar menitik laju.

Lagi satu, aku pasti bila kita bercinta ni...kita akan lupa keluarga kita..betul? Tak semualah. Aku tulis berdasarkan pengalaman je.
Sebab dalam kepala kita, yang cantik, yang manis, yang indah, yang jelita walaweh dan yang kiut miut semuanya buah hati kita..
 
" Markonah, beli tepung.."
" Sehari ada 24 jam. Nanti jam ke 24 saya beli, mummy."

" Meor, basuh kereta.."
" Esok masih ada..daddy."

" Hubby, kitew kan dah lamew x jumpew. X rinduw kitew kew..? Nak jumpew x?"
" Ingatlah orang tersayang..yahoo!"

Double ueww!! Banyak cantik muka kau! Bajet je =p

tapi bila dah clash..mula lah..

" mulai hari ni, my family is my priority." sambil nyanyi lagu number one for me.
" aku akan berbakti untuk keluarga aku je. bukan untuk org lain dah..?"
" baru aku sedar,,.selama ni cuma keluarga aku je ada di sisi..?"

Pernah tak terfikir sewaktu awak bercinta dahulu, di mana keluarga awak letakkan..?

Tak kan..? Kalau ada..sikit je lah..20% daripada hati tu..oklah, kejam sangat pulak..20.009% je lah kan?
agak2..kecil tak hati family kita time kita tengah angau tu?
tapi bila kita dah susah baru sedar mana kaca mana permata..

nasib baik tak ada ayat: sekali aku benci kau, dengan keturunan kau sekali aku benci! hehehe...over pulak!

ingat!
hati tu cuma ada satu, mana boleh letak dua cinta dalam satu hati..letakkanlah cinta ALLAH paling atas  dalam hati tu...ALLAH akan hadirkan cinta hamba yang turut mencintaiNya kepada diri awak tu. >< Sweet sangaaaaat..

Pesan comel dari aku untuk aku dan untuk kamu:

kalau kita suka someone tu, doalah pada ALLAH..jika orang yang kita suka memang jodoh kita, pusing kutub selatan ke, masuk lubang arnab keluar terowong SMART ke..dia akan datang juga pada kita =)

Apa guna kita ni hamba tapi tak nak doa pada DIA..? Ingat tu...tak cakap kat korang cakap kat diri ni. Hahaha.
Satu lagi, cinta Rasulullah SAW pada kita pun kita susah nak ingat...nak pandang pun sekali sekala...apalagi nak berkorban untuk baginda...rasa adil tak kalau kita sibuk nak berenang kat lautan api semata2 untuk dia yang BELUM tentu jodoh kita..? Tak aci! Tak aci!

Nangis lagi.

btw, ni ada link..just tekan je..ada something di situ =)

http://aisyahshakirah.blogspot.com/2012/10/au-revoir-abqari.html

sampai di sini sahaja, maasalamah ^^,

No comments: