Friday, April 12, 2013

I LAP YOU, SAHABAT!



Bismillahirrahmannirrahim..

 
Assalammualaikum, ya hakima.
Kaifa haluki? Alhamdulillah…kalau baik2 sahaja
Hakima, macam mana biah terkini kat Uitm sana..? mesti best kan?
Aku pun tak harap kau cerita panjang lebar sebab kau dah selalu pun cerita...haha..kejam tak ayat aku?           
Dah keras tahi telinga den dengar kau cerita macam2..
Hakima, masih ingat tak lagi masa mula2 kita kenal..
Sweet tak aku..? boleh pulak tetiba nak tulis cerita mengimbau kenangan silam..
Andainya ada doraemon,sudah pasti aku suruh dia jual mesin ke masa silam dia tu
Tp second hand punye price lerr..
Duit tak de lah pulak...baru beli cendol tadi..

Ouh…berbalik kat nostalgia lama tu..
Alah..yang kat kelas 6C tu…
Aku duduk sebelah kau sebab terpaksa, kau pun sama..duduk sebelah aku sebab kau kesian kat aku kut..sebab aku buat muke seposen tak dapat tempat duduk.
Abahlah tu…selalu ikut time dia..iyolah..kereta tu pun dia yang pandu..
Aku cume boleh buat muke seikhlas hati je la..hahaha
Masa tu aku ingat lagi, betapa tak ikhlas dan tak redhanya kau dengan kehadiran aku..
Aku pun 2x5 gak..cume muka aku ni aku maniskan sikit lah..nampak sikit awet muda kan..?
Hahahaha
Tapi aku dulik ape, sape suruh orang lain tak nak duduk kan?
Lepas tu..dari situlah aku kenal..kita mula rapat..yg paling beshnye..kita sama2 pengawas pusat sumber..
Ungu je mata ni..hahaha

Tu pun selalu gaduh2..cubit sana, cubit sini..
Nasihat sana, ceramah sini..
Tapi masing2 tak nak gak berubah..ego tinggi mengalahkan gunung everest..hahaha
Paling aku tak boleh lupa…time kau cari inisiatif untuk dpt duit lebih
Kau beli gula2 banyak kat kedai AKUKU..lepas tu kau jual harga lebih seposen
Aku pun masa tu lurus bendul..
Pergi marahkan kau sebab ingatkan kau tipu..jual mahal seposen..seposen je kut..
Padahal…tulah taktik berniaga
Adoyaiii…bendulnye lah aku banding kau yg lebih berdikari..
Ni punca datang dari kau lah..
Suka sgt cubit aku..effectnye kena kat otak..
Bengkak kesan cubitan kat tgn tu..menyebabkan saluran darah dan urat aku susah nk bernafas
Maka, otakku pun bendul..
Bajet je macam pandai sains bagai…aku pun tak tau apa yg aku merepek..

Bila bisnes kecil-kecilan kau dah mula maju..ada pulak yang nak tiru gak buat bisnes
Jadi, disebabkan kengkawan kita ni manusia yg ALLAH ciptakan normal..
Jadi mereka pun mempunyai citarasa pelbagai..
Dan kau pun mula lah hilang pelanggan tetap..
Hahahaha…aku kesian gak, tapi aku pun beli gula2 dari kawan kite tu..
So, tak boleh buat apelah..kau kena lah redha kan..?
Paling lawak, kau mengadu kat aku pulak tu..kau kata bisnes gula2 kau merosot..
Disebabkan kwn kita tu..

Aku pun tak boleh kata lebih2..sebab budak tu pun dari keluarga susah..kesian daku melihatnya.
Aku cume boleh suruh kau sabarlah…hahaha, makin muncung mulut kau..
Tapi tak comel la..sebab aku lagi comel =P
Yg paling best..bila naik tingkatan 1,
Kita masih lagi sek men sama,
“al maahad dini islami nurul iman.”
Masih lagi jadi pengawas pusat sumber sama-sama…
Tapi..tak dapat kelas sama..

Aku kelas depan, kau kelas belakang..aku pindah belakang..kau ngade2 yeh..berhijrah kelas depan! kelab persatuan pun lain2…hihihi..
Sebab ALLAH tahu..kau dengan aku tak boleh duduk dekat..nanti mule dah episod duka aku asyik kena cubit dengan kau..hahaha
Kita tak sama kan, kima? Tapi izin ALLAH kita boleh jadi sahabat..in shaa ALLAH..bukan kat dunia je, tapi di akhirat sana..ameen ya ALLAH =)

Dah..dah..dah..
Aku dah beli pembalut kertas, kotak free kat kedai orang..selotep..dgn reben pink polkadot ungu
Pi balut cerita lama tu..simpan dalam hati yeh..?
Hakima,
Sekarang kita dah besar..
Masing2 punya hala tuju...masing2 punye impian tersendiri..masing2 sibuk dgn fb ngan burung biru..
Eh..! apakah..?
Aku doakan kau berjaya dengan cita2 kau..
ALLAH permudahkan segala urusan kau..
Aku bersyukur sangat kepada ALLAH sebab hadirkan Atiq dan Nisa' untuk baiki hubungan kita..
Yang jadi jauh lepas habis sek rendah..walaupun sek men sama2.
Bile mula berhijrah..maka kenal pula keindahan ukhwah..
Kita mula kenal apa itu bulatan gembira. Kalau aku tahu seindah itu ukhwah..dan lama aku sertai bulatan gembira. 
Cuma, mata aku je tak nampak =(

ALHAMDULILLAH! TARIK NAFAS LEGA....

Kima,
terima kasih sudi jadi sahabat secomel, seotak, sejiwa, sesastera dan paling osem..sahabat seiman aku..=)
Kau selalu ada bila aku ada masalah. Kita whatssup, kita viber..dan paling terbaik, kita saling mendoakan.

Kima, aku memang saja tak nak ucap awal2..sebab nanti tak special la..macam orang lain jugak =( 

Dan untuk kali ni aku nak ucap selamat ulang tahun ke 19, sahabat ^^
Dah tua! Dah tua! Dah tua!
Nah aku hadiahkan kau tongkat dengan gigi emas..hahaha..acah2 saja..

Kima,
semoga ALLAH redhai kehidupan kau..di dunia dan akhirat
dapat tunaikan wishlist kau yg panjang lebar pening aku hadap tu..kehkehkeh
doakan kebahagiaan aku gak..
andainya aku pejam mata sebelum kau..satu je aku minta kima…doakan aku tau!
ok..sampai di sini sahaja..maassalamah wal ilalliqa’.
Assalammualaikum



Saturday, April 6, 2013

Nepal pun boleh..

Bismillahirrahmannirrahim..

Hari Khamis lepas, mama dengan abah pi Terengganu. Ambil abang izzat balik sini. Cuti sem ntah yang ke berapa ntah. Bukan tak tanya, tapi lupa. Jangan cakap aku dah nyanyuk. Sekeh karang!

Jadi, bila dah ada abang Izzat kat rumah..so, rumah pun jadilah ceria sikit. Sesuailah dengan sifat spongebob dia tu.
Ada je perkara yang dia jadikan bahan gurau. Abang izzat pernah cakap yang dia nak jadi guru. Aku rasa mcam tak sesuai je. Dia tu dah lah pendiam dan pemalu. Nanti tak pasal2 dalam kelas anak murid yang jadi cikgu.
Satu sikap abang Izzat yang agak aneh sekarang, dia suka bagi nasihat...kadang2 benda remeh punada je kata2 hikmah dia bagi. Aku suka je sebab kata2 hikmah dia sangat unik.

" Ish..berharga betul jam aku." Kata Thiah puji jam sendiri. Sapa lagi kan nak puji.

" Jam tak berharga, masa yang berharga." Tiba2 abang Izzat menyampuk.

" Eh? Jamlah penting, tak ada jam, masa pun x tau." Balas adik aku. Tak nak kalah.

Aku dah mula pasang telinga. Best ni. Haha XD.

" Salah tu." kata abang izzat. " Tak ada masa, jam pun tak wujud," sambung abang Izzat penuh yakin.

Aku tengok muka Thiah. *Speechless* Haha. Lawak muka dia masa tu. Lol.

Tapi, abang izzat ni pun sifatnya susah nak dijangka. Satu hari, dia pi dapur.
Tiba-tiba abah tegur dia. " Eh! Izzat.Kau pakai baju terbalik tu." Then, mama pun balas.
" Dia saje terbalikkan baju dia sebab ada perkataan Nepal."

Ketawa pecah. Abang izzat memang putih wajahnya, tapi berbekal kan rambutnya yang ikal tu, sekali pandang macam Bangla. Nepal pun boleh.

Lepas tu, aku borak2 dengan Thiah.
" Yah, muka junior aku tu comel tau." Aku pun angguk. Dan seperti kebiasaanya, abang aku mesti menyampuk.

" Abang kau lagi comel." Wekk..muntah warna-warni. Then, aku balas. " Memang lah comel. Sebab tu ada perkataan Nepal kat baju kau."

Dia ketawa. " Tu la pasal. Nanti Izzat nak pi kedai design baju, nak suruh dia tambah perkataan "Yah" atas perkataan Nepal tu."

=='

Ketawa pecah.

Terkono eden!

Tuesday, April 2, 2013

Redha mama dan abah

Bismillahirrahmannirrahim..

Post kali ini sumpah panjang.

Dulu, masa aku form 3 aku ada seorang kawan. Namanya Ahmad. Dia seorang pandai. Masa dia form2 dulu tak lah pandai mana, tapi sejak tua-tua ni makin bijaksana pula.

Alhamdulillah.

Aku ni, taklah pandai mana tapi aku suka tanya resepi kejayaan kengkawan termasuk Ahmad. Jangan cakp kena guna secubit garam atau gula mahupun secawan tepung gandum. Nanti ada gak yang dapat lebam secubit di lengan. sikit je.

Disebabkan Ahmad ni pendiam dan pemalu, dia pun jawab tunduk2. Geli hati aku.
" Nak berjaya? Ehm...senang je. Kau selalu tolong ibubapa kau. Ada barakah kat situ."

Mula-mula, aku terkedu gak. Ye lah, masa tu aku masih lagi jahiliyyah. Tak matang langsung. Tetiba pekena sikit jawapan macam tu, aku pun terfikir-fikir.

Setahun kemudian, masa aku form 4. Aku bolehlah dikatakan top student kat kelas. Sebab aku dari kelas depan masuk belakang. So, adalah kelebihan kat situ. Kenapa aku masuk kelas belakang? Sebab kelas 1 ada addmath. Aku lemah math.

So, bila dah smpai akhir tahun..ada final exam. Aku punya cuak sebab kawan2 lain semua dah baca buku, aku belum. Dan ALLAH takdirkan, mama pula tak sihat masa tu. Akulah yang kena tolong buat kerja sikit. Aku tak sempat baca buku sebab rasa masa terlalu padat.

Aku menangis. Ada masa lebih aku guna untuk baca buku. Time tu,hati aku berbelah bahagi. Antara nak tolong mama dan baca buku. Dan waktu itulah aku teringat pesan Ahmad. Kawan lama yang dah pindah SBP sebab dapat straight A dalam PMR.

Aku tanam dalam hati. Aku percaya kalau aku tolong mama, ALLAH akan tolong aku. Aku yakin ada barakah di situ.
Setahun kemudian, aku di tingkatan 5...siapa sangka...
 aku terpilih untuk ke majlis penyampaian hadiah. Alhamdulillah, aku dapat lebih kurang 5 anugerah. Tak banyak pun.

Tapi alhamdulillah, aku dapat tunai impian abah nak tengok aku naik pentas. Macam abang-abang aku. Cuma, aku lewat sedikit.

Aku cakap tu bukan aku nak bangga. No, aku tak rasa aku hebat tapi aku rasa ALLAH tu yang Hebat. Perancangan dia...Allahu..sangat teliti.

Aku tak sangka, berkat tolong mama..aku jadi antara pelajar yang cikgu beri perhatian lebih. Aku tolong mama tak banyak pun, sikit sangat dan aku ni bukanlah rajin sangat macam abang Izzat. Tapi, ALLAH bagi aku lebih dari cukup.

Masa SPM pulak, aku dapat 5A je..alhamdulillah. Kenapa aku kongsi? Weh, bagi sesetengah orang nak dapat 1A pun susah..5A pun dah kira besar. Rezeki masing-masing kan?

Aku tahu, mama dengan abah tak berapa gembira. Aku biasa-biasa saja. Tahun tu aku memang banyak salah sikit. Tu kut puncanya. Astaghfirullahaladzim.
Tapi, dalam kalangan sepupu aku..aku tinggi sikitlah. Kemudian, pak cik aku berpesan.
"ALLAH dah bagi rezeki lebih tu, tak salah berubah ke arah lebih baik. Tanda bersyukur dan ingat Dia."

ALLAH bagi aku macam-macam. Semua aku minta kebanyakannya ALLAH tunaikan. Dan aku pernah cuai, then, Atiq pesan.

"Amalkan doa ni. Ya ALLAH jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mengingatiMu, mensyukuri segala nikmatMu dan sentaiasa beribadah dengan baik kepadaMu."

Allahumma Amiin.

Dan hari tu result STP sem 1 keluar, dan alhamdulillah result aku walaupun tak gemilang mana..aku bersyukurlah tak ada yang gagal. Cuma sem 2 dan 3 ni kena study hard lagi. Aku tak sempat baca buku pun untuk subjek P.P...tapi alhamdulillah, sebab aku bantu mama malam tu...ALLAH bantu aku kat exam walaupun aku tak sempat nak buka buku time rehat. Dan pesan Ahmad sekali lagi bermain kat minda ^^,

Mudah-mudahan cerita ni jadi pengajaran buat aku dan motivasi untuk aku jangan malas tolong mama. Dalam kita study, jangan lupa jaga hubungan dengan ALLAH, dengan nabi Muhammad saw, dengan guru, dengan ibubapa dan rakan2.

Aku sedar..aku dah tak baik macam dulu..macam berubah. Ya ALLAH..mudah-mudahan Kau tetapkan iman aku. Allahumma yassir wa'la tuassir.. Sedang berusaha menjaga hubungan. May ALLAH ease.



Kerana Tertidur

Bismillahirrahmannirrahim..

Suatu hari tu, aku ada salah faham sikit dengan nia dan zue. So, dalam bas kitaorang membawa haluan masing-masing.
Ceh ayat, duduk depan belakang je. Tapi, bak kata orang..perempuan ni emosi sikit, so kununnya bila dah berduka lara dengan sifat kawan sendiri, nak tengok sekilas pun rasa berat kepala.

Selalunya, kalau kami bergaduh, masa turun bas mesti tak salam. Ececeh..merajuklah tu. Tapi, disebabkan aku turun paling lambat jadi aku rasa aku tak bersalah dalam hal ini.

Dan pada hari itu, kami pelajar SEK Sultan dijadualkan balik lambat dan ditakdirkan aku rasa mengantuk yang amat kat dalam bas. Ntah kenapa, tengah dok layan novel Ramlee Awang Murshid yang diseludup oleh Khal, tiba-tiba mata jadi berat.

Aku tengok luar. Oh, baru kat Meru. Ada masa setengah jam lagi dalam bas. Boleh tido nieh. So, aku pun tido dengan bahagianya dengan harapan nanti ALLAH bukakan hati Nia kejutkan aku dari tido.

oh! lupa nak cakap. Selalunya, sebelum turun bas, Nia akan kejut aku dan salam. Aku harap hari tu, dia akan buat perkara yang sama. Kawan kan? Alah..tak yah nak emosi sangat kut.

Tiba-tiba, ada tangan lain sentuh bahu aku. Kuat. Sakit pulak tu. Ada bahu sendiri peganglah.

" Akak! Akak!" suara tu makin lama makin kedengaran dalam minda aku. Aku yang sedang khusyuk tido ni pun bangunlah.

" Ye dik?" oh..adik tingkatan 2 nieh..bisik hati aku.

" Akak, turun kat mana?" Dengar je soalan tu, aku terus rasa macam kena hempap batu. So far tak adalah. Nauzubillah.
Memang sifat aku mudah gelabah walaupun hilang pemadam apatah lagi bila dah terlajak bas ni. Aku dah cuak. Aku toleh luar. " Ya ALLAH! Ni dah sampai mana dah ni?"
Oh tidak!
makin lama, makin jauh bas tu dari kawasan perumahan aku.
Aku pun lari ke depan bas dengan muka bangun tidur..erk..abaikan. " Pak cik! Pak cik!"


kriik..kriik..kriik



Mula-mula aku tension gak pak cik tu buat donno je, mungkin sebab bunyi enjin bas yang kuat. Aku jerit lagi kuat. Pak cik pun angkat kepala.


Aku dah mula risau, dalam masa yang sama terfikir2 kenapalah aku boleh terlena sangat tadi.

" Eh! Engkau? Ingatkan dah turun tadi. Pak cik berhenti tadi depan perumahan, tapi tak ada orang turun," kata pak cik tu.

Aku pun lega sikit.
 
Automatik dia berhentikan bas tepi jalan. Nasib baik kereta tak banyak masa tu. Kalau tak mesti orang pelik sejak bila ada traffic ligt dalam kampung. Dalam sejarah kut. Aku tengok muka pak cik tu lagi cuak dari aku. Sibuk je pak cik ni tiru aku =.=

Yelah, karang tak pasal2 ada yang kena tuduh larikan anak orang.

" Pak cik, macam mana saya nak balik ni?" Erk..nampak sangat tak pandai berdikari. " Nah! Nah! Ambil telefon ni. Telefon abah kamu."

Aku pun capailah. Dengan tangan menggigil-gigil. Erk! Apa punya payah nak dail. Keluar pulak ayat apa nieh..? Aduh! pak cik...canggihnya telefon. Bawa telefon rumah je lah lain kali.

Tetiba adik tingkatan 1 kat sebelah ketawa. " Hahaha. Gelabah."

T_T

Sapa senior sekarang ni? Hey..saya dah form 6 ok? Nak gelak pun dalam hatilah. Sabar je aku. dengan budak kecik ni. Jujur sangat~

Akhirnya dapat gak.

" Mama, abah ada kat rumah tak?"

" Ada. Tengah tido"

" Ma, minta abah ambil kat XXXX"

" Kenapa?"

" Terlajak bas"

" Haa? Macam mana boleh terlajak?"

" Tido"

" Kau ni, tak habis-habis dengan masalah tido. Yelah, nanti mama bagitahu abah."

Teet..dalam aku bersedih, mama sempat lagi perli aku...tak apalah, asalkan boleh balik rumah. Tak nak bermastautin lama-lama dalam bas ni.

Aku pun cakap terima kasih kat pak cik tu dan dan turun kat tempat yang sesuai. Abah pun ambil dalam pukul 5.45 petang.

Ya ALLAH! Memang lepas tu aku trauma nak tidur dalam bas. Padahal sebelum ni, antara kami bertiga akulah paling suka tido dalam bas. Aircond...hahaha.

Balik rumah, mama senyum-senyum. " Tu lah, lain kali sebelum tido niat dalam hati. ' Ya ALLAH, nanti bangunkan aku bila dah sampai'.

Terima kasih, mama.

oh! ya...adik form 2 dan pak cik bas juga =)