Tuesday, April 2, 2013

Kerana Tertidur

Bismillahirrahmannirrahim..

Suatu hari tu, aku ada salah faham sikit dengan nia dan zue. So, dalam bas kitaorang membawa haluan masing-masing.
Ceh ayat, duduk depan belakang je. Tapi, bak kata orang..perempuan ni emosi sikit, so kununnya bila dah berduka lara dengan sifat kawan sendiri, nak tengok sekilas pun rasa berat kepala.

Selalunya, kalau kami bergaduh, masa turun bas mesti tak salam. Ececeh..merajuklah tu. Tapi, disebabkan aku turun paling lambat jadi aku rasa aku tak bersalah dalam hal ini.

Dan pada hari itu, kami pelajar SEK Sultan dijadualkan balik lambat dan ditakdirkan aku rasa mengantuk yang amat kat dalam bas. Ntah kenapa, tengah dok layan novel Ramlee Awang Murshid yang diseludup oleh Khal, tiba-tiba mata jadi berat.

Aku tengok luar. Oh, baru kat Meru. Ada masa setengah jam lagi dalam bas. Boleh tido nieh. So, aku pun tido dengan bahagianya dengan harapan nanti ALLAH bukakan hati Nia kejutkan aku dari tido.

oh! lupa nak cakap. Selalunya, sebelum turun bas, Nia akan kejut aku dan salam. Aku harap hari tu, dia akan buat perkara yang sama. Kawan kan? Alah..tak yah nak emosi sangat kut.

Tiba-tiba, ada tangan lain sentuh bahu aku. Kuat. Sakit pulak tu. Ada bahu sendiri peganglah.

" Akak! Akak!" suara tu makin lama makin kedengaran dalam minda aku. Aku yang sedang khusyuk tido ni pun bangunlah.

" Ye dik?" oh..adik tingkatan 2 nieh..bisik hati aku.

" Akak, turun kat mana?" Dengar je soalan tu, aku terus rasa macam kena hempap batu. So far tak adalah. Nauzubillah.
Memang sifat aku mudah gelabah walaupun hilang pemadam apatah lagi bila dah terlajak bas ni. Aku dah cuak. Aku toleh luar. " Ya ALLAH! Ni dah sampai mana dah ni?"
Oh tidak!
makin lama, makin jauh bas tu dari kawasan perumahan aku.
Aku pun lari ke depan bas dengan muka bangun tidur..erk..abaikan. " Pak cik! Pak cik!"


kriik..kriik..kriik



Mula-mula aku tension gak pak cik tu buat donno je, mungkin sebab bunyi enjin bas yang kuat. Aku jerit lagi kuat. Pak cik pun angkat kepala.


Aku dah mula risau, dalam masa yang sama terfikir2 kenapalah aku boleh terlena sangat tadi.

" Eh! Engkau? Ingatkan dah turun tadi. Pak cik berhenti tadi depan perumahan, tapi tak ada orang turun," kata pak cik tu.

Aku pun lega sikit.
 
Automatik dia berhentikan bas tepi jalan. Nasib baik kereta tak banyak masa tu. Kalau tak mesti orang pelik sejak bila ada traffic ligt dalam kampung. Dalam sejarah kut. Aku tengok muka pak cik tu lagi cuak dari aku. Sibuk je pak cik ni tiru aku =.=

Yelah, karang tak pasal2 ada yang kena tuduh larikan anak orang.

" Pak cik, macam mana saya nak balik ni?" Erk..nampak sangat tak pandai berdikari. " Nah! Nah! Ambil telefon ni. Telefon abah kamu."

Aku pun capailah. Dengan tangan menggigil-gigil. Erk! Apa punya payah nak dail. Keluar pulak ayat apa nieh..? Aduh! pak cik...canggihnya telefon. Bawa telefon rumah je lah lain kali.

Tetiba adik tingkatan 1 kat sebelah ketawa. " Hahaha. Gelabah."

T_T

Sapa senior sekarang ni? Hey..saya dah form 6 ok? Nak gelak pun dalam hatilah. Sabar je aku. dengan budak kecik ni. Jujur sangat~

Akhirnya dapat gak.

" Mama, abah ada kat rumah tak?"

" Ada. Tengah tido"

" Ma, minta abah ambil kat XXXX"

" Kenapa?"

" Terlajak bas"

" Haa? Macam mana boleh terlajak?"

" Tido"

" Kau ni, tak habis-habis dengan masalah tido. Yelah, nanti mama bagitahu abah."

Teet..dalam aku bersedih, mama sempat lagi perli aku...tak apalah, asalkan boleh balik rumah. Tak nak bermastautin lama-lama dalam bas ni.

Aku pun cakap terima kasih kat pak cik tu dan dan turun kat tempat yang sesuai. Abah pun ambil dalam pukul 5.45 petang.

Ya ALLAH! Memang lepas tu aku trauma nak tidur dalam bas. Padahal sebelum ni, antara kami bertiga akulah paling suka tido dalam bas. Aircond...hahaha.

Balik rumah, mama senyum-senyum. " Tu lah, lain kali sebelum tido niat dalam hati. ' Ya ALLAH, nanti bangunkan aku bila dah sampai'.

Terima kasih, mama.

oh! ya...adik form 2 dan pak cik bas juga =)





No comments: