Thursday, January 18, 2018

Apa dah jadi sem 6 aku? Part II

Assalammualaikum, hai korang!

Okay, hari tu (baca semalam haha) aku ada cakap kan nak share pengalaman aku buat assignments masa semester 6? Apa yang aku akan tulis ni berdasarkan pengalaman aku..so kalau lain dari orang lain ke, ada yang aku lupa atau salah ke, i'm so sorry. Correct me if I'm wrong okay. Dan post kali ini juga khas untuk kawan-kawan (junior) library management yang akan hadapi semester 6 pada masa akan datang. Hoooorayyyy.

So, without wasting our time, here we go.

Saja nak cerita, masa aku semester bawah dulu, aku selalu ambil subjek elektif yang mudah sebab bagi aku, aku nak cantikkan pointer aku. Aku pernah try ambil subjek susah ahahaha menangis aku sebab pointer jatuh. Zaman kejatuhan aku masa sem 2 dan sem 5. Selain dua sem tu zaman keinsafan sebab bila dah jatuh baru insaf sem seterusnya ahahaha. Untuk sem 6 ni aku ambil subjek Manuskrip dan Repository (IMR 454) sebagai subjek elektif. Susah tak susah? Susaahh woii apa je senang kat dunia ni? Ecehh. 

Research Methodology, Library Planning, Digital Library dan Computer Cataloguing adalah subjek core masa aku part 6. Ni zaman aku, boleh jadi format dah tukar zaman korang. Antara banyak-banyak subjek ni, Computer Cataloguing je yang tak 100% teori. Yang lain burrrnnnn hafal lah teori oh sayangku bukankah ini kecintaanmuuu. *okay ni bukan lirik lagu* 

Research Methodology (RM)

Subjek ni buat hidup aku kat Rembau penuh persoalan sebenarnya. Setiap kali pergi kelas otak aku mula dah menyoal-nyoal diriku yang naif lagi polos, apa benda aku belajar ni...kenapa kena belajar benda ni..kenapa tak buat kuih je kat rumah? Bukan aku tak nak tanya bila tak faham tapi aku pun tak tahu nak tanya apa. Macam samar samar lagi tau serius cakap. Tapi baik tau lecturer aku tu, macam2 notes dia bagi. Latihan kat online jangan cakaplah. Everyweek. Tapi bedebahnya seketul faseha ni dia begitu pemalas ye tuan puan sehingga kan dah minggu2 akhir baru kenal erti keinsafan. Aku teringat madam aku cakap, jangan tak suka subjek ni. Try berkawan dengan dia walaupun susah. Then, dia akan berkawan dengan awak dan mudah je awak akan faham.

Sebagai seorang pelajar mithali, okaylah..kita kawanlah dengan subjek ni. Assesment ada banyak. Critical review, and group assignment. Test ada 2 kali. Test 1 dalam 10% dan Final test 30%. 30% tu besar kau tahu. Kalau kau kantoi aduh umpama crush kau minat kau balik pun takde makna dah hidup ni. Huhuhuhu. Untuk group assignment citernya, kita kena buat proposal berkenaan kajian kita. Proposal sahaja ye tuan puan.. Tak perlu nak buat questionare ke apa ke sebab kita bukan nak buat kajian bebetul. 

Tapi buat proposal tak semestinya kau kena cincai goreng buat cekodok sukati seenak rasa kau. Come on, dah part 6 kan..walaupun hambar selekeh muka kau, tapi jangan lah letak tahap kau minima je. Kau mampu lebih dari tu.

Bila citer pasal proposal mesti ada abstrak, objektif kajian yang menghala ke arah penyelesaian dan berkait dengan masalah, variables, masalah2 yang mendorong kau nak buat kajian, method dalam kajian, target dan sebagainya. Di sini lah baru kau sedar diri kenapa kau kena fahamkan betul2 notes yang lecturer kau kasi tu. Haa..baru terasa macam ais menyimbah muka kau yang berjerawat itu. 10 jam pun kau sanggup demi nak fahamkan notes yang simple tapi bapak ah ayat dia susah kot nak faham ingat aku ada keturunan orang london ? Huhuhu. Takpe, pelan2 k. 

So, apa perlu buat kalau tak faham? Start tanya group lain, tanya kelas lain yang ada amik subjek ni, rujuk dan tanya pensyarah dia nak apa untuk kajian kita, okay tak, cukup tak info kita, ada salah tak..dan paling best kalau ada contoh assignment senior. Jangan tiru eh budak ni laju je. Jadikan benda tu rujukan. Sebab assignment senior kau tu pun belum tentu 100% betul. Kau siap boleh buat lebih baik lagi untuk assignment sendiri. Jangan slow sangat tiru 100%. Bedebah namanya ye tuan puan. 

Library Planning

Kalau RM subjek paling blur bagi aku, Library Planning pulak buat aku sesak nafas. Lecturer aku suka baca notes kat slide. Kau bayangkanlah kalau ada 50 slides, menangis terharu kau bila tengok lecturer kau sanggup baca semua 50 slides tanpa mengenal erti penat lelah. Aku yang tengah duduk tu pulak terasa lelah di dada huhuhu. 

Library Planning ni macam belajar macam mana nak develop library lah. Ala-ala architecture sikit tapi sikit je lah. Budak archi gelak je bila kau kata susah. Memang susah woii!! Hahahaha. Allahuu why world whyyyy. Tapi best subjek ni sebab kau akan belajar cemana nak design library ikut spesifikasi yang betul tepat dan padat haa gitu. Assessment dia macam biasalah, 2 critical review, group assignment (proposal nak buat library ciptaan korang dari management, collection sampai design. Untuk presentation, guna software yang boleh buat 3D library macam SketchUp (ni je aku tahu huhu ), test 1 dan final test. Kalau ada rezeki boleh pergi library visit huhu. Macam kami, kami pergi dekat je USIM Library dan UTeM Library. Alhamdulillah, gained new experience. 

Lecturer aku time ni agak garang hohoho, bayangkan aku terambil pulak article pasal daylighting in the library dan library for blind people. Haaa sudah, keluar semua term term architecture siap dengan formula yang aku langsung tak pernah tahu seumur hidup. Menangisssssss lah seketul faseha disebalik langsir mengenangkan nasib kenapa amik artikel susah dapat pulak lecturer garang tapi cute.

Jadi, kepada yang bijaksana di luar sana, aku bagi tips..untuk pilih artikel terbaik untuk korang review, pastikan artikel tu korang faham. Ye aku tahu korang main pilih dan cop je kan memana tajuk sebab takut classmate korang dah amik dulu? Tapi percaya cakap aku, kalau tak nak menangis di kemudian hari, better cari awal dan faham kan dulu. Kalau okay, proceed. Tapi lain lah kalau korang ni keturunan Ibn Sina ke, Albert Einstein ke..sila lah kalian. Seketul faseha dah cukup merasai keperitannya *drama*

Apa perlu korang buat kalau dah terpilih artikel yang super duper susah? Takde cara lain. Belajar lah untuk membaca dan menghadamnya dengan tenang ye, anakku. Ibu pasti kau boleh. Malaysia boleh. 

Digital Library

Of course pasal digitization in library. Dia main sikit pasal sistem tapi in theory je lah. Sejujurnya, I am not system people, but kita kena belajar sebab sekarang library memang perlukan pustakawan sistem untuk develop and monitor the system in the library. Tahu kan, we need both manual and system but in this new millennium era, library needs system more than manual in order to run their work.
So assessment untuk subjek ni adalah critical review (review 5 articles), group assignment, test 1 and final test. Group assignment tu kita kena pilih one of the topic dalam subjek ni dan make a report based on the requirements) Dan yang paling best time ni kami pergi library visit ke PPAK, USM Library, UUM Library dan UniMAP Library. Sambil menuntut ilmu boleh lah jenjalan bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Tak gitu, pak belalang? ekekeke. 

Computer Cataloguing 

Yang ni legend sikit. Dia kesinambungan dari apa yang kita belajar dari Descreptive Cataloguing, Subject Heading dan Abstract and Indexing. Jangan dilupakan AACR ye tuan puan sebab akan diguna balik dalam Comcat dan kita akan guna MARC 21--subfield codes 0 0, 1 #, $a $b dan macam macam lagi. 8 areas tu penting okay. Baik bukak balik AACR tu, jangan sedekah kat junior lagi eh. 
Masa aku dulu, madam banyak bagi latihan sebab tak nak bagi kami lupa. Bayangkanlah, benda tu banyak nak kena ingat kalau lupa memang sakit lah nak selak balik manual MARC tag tu huhu. At least kalau buat selalu latihan kita boleh ingatlah jugak sebab dah biasa. 
Assessments  untuk subjek ni macam biasa, group assignments (ada 2 atau 3 tasks dan perlukan presentation), test 1 dan final test. 

Okay aku rasa sampai sini je lah aku mampu nak terangkan pasal subjek dan assignments masa aku part 6 dulu. Yes, ni untuk student library management je lah tapinya. Lagi satu, lain pensyarah lain gaya tau. Pensyarah aku minta gini, so kami bagi gini lah. Dan ingat, ni masa aku dulu..maybe masa korang dah berubah format lain..so tu sahaja. Harap membantu yeh. Last but not least, Allah yaftah alaikum guys! Jangan pernah lupa Allah dan mak abah. Solat jangan tinggal. Doa tu sangat penting lagi lagi kalau kau dah rasa lesu lunyai and at your lowest point..minta Allah kuatkan dan beri kefahaman. Hilangkan samar samar tu. Jaga hubungan dengan semua k. Rajin rajinkan consult lecturer dan tanya member atau senior. Yukenduit!! *sarang hae mini love* ekekeke.



Wednesday, January 17, 2018

Apa jadi sem 6 aku?

Assalammualaikum hai uolls!


Weh, lama sungguh aku dah tak hadap blog aku ni. Adalah dalam setahun tak usik langsung. Busy dengan hidup eceh. 
Last aku update masa aku nak masuk sem 6. Hahaha, sekarang aku dah habis belajar dah. Apa jadi masa sem 6 n sem 7 pun aku tak cerita kan. 

Alang alang mood tengah rajin ni kan, aku nak cerita lah. Masa sem 6 tu aku dah pindah Uitm Kampus Rembau. Haah, yang pedalaman tu ahahaha. Agak struggle gaklah nak duduk sana sebab kampus tu baru lagi. Tapi seriuslah lawa gila kot. Semua masih cantik dan baru. 

Tapi, ada something lah yang buat tak berapa indah masa duduk sana. Tapi tu normal lah untuk kampus baru ni. Aku tak tahulah sekarang macam mana tapi time aku masuk dulu awal Mac 2017, bas takde nak keluar ke bandar, takde mesin gedegang huhuhu, takde line telefon, ada wifi tapi bila dah ramai kau rasa line tu hidup segan mati tak mahu. Boleh gila lebih lebih lagi masa kau nak buat esaimen yang memerlukan kau cari maklumat dari internet..baru je nak taip tetiba connection lost. Allahu, istighfar sis sambil mengenang nasib ahaha. 

Dan yang paling aku takkan lupakan sampai bebila, satu--mesin atm takde. Kau bayangkan cemana aku nak keluarkan duit? Haa pandai, memang kitaorang keluarkan duit beratus ratus lepas tu bertawakkal pada Allah duit tak hilang kalau kitaorang simpan kat bilik. Agaklah nak bawak 300 ratus dalam dompet kan? Tahu tak kenapa kitaorang keluarkan duit sekali banyak? Sebab kalau kitaorang keluarkan sikit2 rugi woi. 

Time ni bas takde lagi, kalau ada pun ada masalah sikit. Kitaorang depend pada grab car atau kereta sapu tu. Diaorang charged rm 15 untuk ke pekan sahaja, tak termasuk balik. Paling murah boleh dapat rm12, paling mahal rm18. Ikut pemandu tu lah. So, kena pandai cari pemandu yang tak ambil kesempatan ni. Teksi ada, rm 18 charge untuk pergi ke mana2 je. Tapi, untuk student yang tak berkemampuan macam aku ni..aku amik yang murah huhuhu.

 Okay patah balik cerita asal, niat asal kenapa kita keluar pergi pekan sebab nak withdraw duit, tapi dalam masa sama, duit kita pun akan habis sebab nak pergi pekan tu kena keluarkan duit gak. Huhuhu. So kerja kitaorang, kumpul kawan siapa nak pergi pekan ramai2. So duit boleh tong tong bayar grab car tu.

Kedua, pengalaman paling indah kat Rembau bila kau jumpa macam2 jenis serangga. Hahahaha. Biasalah kawasan ladang kelapa sawit kan. Ada charlie, ada kelkatu banyak gila, ada semut berhijrah n bermacam jenis serangga yang menjadi pilihan hati. Kau bayangkan, ada satu masa musim kelkatu..kau pergi mana2 pun kelkatu kanan kiri atas bawah. Kau dah tak nampak dinding bangunan dah. Kau nampak makhluk tu je siap berbunyi dan berterbangan dengan bahagia. Serius. 

Time tu kalau kau seorang yang lonely pun kau rasa macam tak forever alone dah. Tetiba ada kelkatu dalam tudung ahahaha menari lah kau sambil mengibas2 tudung dan berfikir cemana kelkatu boleh menceroboh tudung kau. Tak termasuk lagi semut yang menari menari dan berzumba atas katil, loker, meja belajar dan bantal busuk kau. Allahu, mana datang kaum semut yang nomad ni. 

Haa tu antara pengalaman pengalaman istimewa yang aku akan cerita kat anak aku nanti ecehh. Tapi ada je yang best pasal pengalaman aku kat Rembau, cuma sebab satu sem je kan aku kat situ tak berapa menghayati sangat. Tapi pesan hakak pada adik adik, jangan risau sangat, just follow the flow. Tengok, kami survived apa. Alhamdulillah, I am still alive! Hahaha. Lagi pun, aku rasa batch aku beruntung sebab kami batch pertama yang dapat kolej, dan sem seterusnya terus intern. Adik adik junior aku lagi merasa sakit cari rumah sewa susah hidup lagi. So, they are stronger than us. 

Kalau korang nak tahu, masa kat Rembau ni lah aku gaduh dengan member pasal esaimen. Bayangkan kami baik dari sem 1 kot, last2 kami gaduh dan sekarang jadi awkward gila nak bertegur sapa. Aku tak salah kan dia seratus peratus sebab bila dah tertekan hadap final year project ni, semua benda boleh jadi. Kalaulah dia baca post ni kan, aku just nak dia tahu boleh tak kita lupakan apa terjadi dan jadi baik macam dulu. Nak kata sakit hati, hati aku pun sakit. Nak kata sedih, hati aku pun sedih. Tapi, aku try anggap benda tu pengalaman yang mematangkan dan aku takkan ulang lagi walau dengan sesiapa. 

Kedua, masa kat Rembau ni aku tak dapat sebilik dengan semua classmate aku. Aku serumah dengan budak junior yang aku langsung tak kenal. Masa awal2 perkenalan, aku takde hati langsung nak kenal mana2 junior sebab aku nak fokus study je ahahaha berlagak lagi angkuh kan aku ni. Tapi, Allah tu tahu aku sorang2 tanpa kawan, (yes, aku memang lone ranger yang tak reti berdikari huhu) dan Dia hadiahkan aku housemate yang super duper awesome. Aku meroyan, menggelabah, mengada, menjengkelkan semua dengan diaorang lah. Harap till jannah lah hendaknya. 

Ketiga, masa duduk puncak, orang kata aku tak berdikari sebab rumah dekat dengan kolej. Halah halah kau, kau ingat aku yang tentukan ke aku nak belajar mana. Dah Allah bagi, aku bersyukur je lah huhu. So, bila dapat Rembau ni, kawan2 aku acah acah lah konon cakap habislah seha nanti kau kena berdikari. Eh, diaorang tak tahu ke naik ktm dr Rembau ke Shah Alam tu menyeronokkan? Aku rasa ktm tu macam aku yang cipta kot ahahaha. Best bila dapat gerak sendiri tanpa susahkan mak abah kau. Best bila berlari lari nak kejar train dan perhati orang2 dalam train tu. Seronok. Walaupun orang kata alah Rembau dekat je..eleh sukahati aku lah. Hahahaha.

Kat Rembau ada stesen ktm..so dari kampus nak ke ktm dalam rm15. Lepas tu dari Rembau nak ke Padang Jawa dalam rm13 something. Tapi, aku kena turun stesen KL Sentral untuk tukar train ke Padang Jawa. So, untuk ke Padang Jawa, aku kena naik train ke Pelabuhan Klang sebab train tu lalu Padang Jawa. Seingat aku nak pi Rembau amik stesen 6. Nak ke Pelabuhan amik stesen 4, ke 5. aku dah lupa lah ahaha. Perjalanan dari Rembau ke KL Sentral selalunya 2 jam, dan dari KL Sentral ke Padang Jawa tu dalam 2 jam gak.

Kalau nasib baik sikit, tak sampai 2 jam dah sampai. Pernah sekali tu jem bayangkanlah ktm pun ada jem hahaha so aku kena tunggu sejam kot untuk bagi train lain lalu sebab nak elakkan berselisih ke apa ntah. Mereput. Aku pandang orang depan aku, dia pandang aku. Haa baguslah. Nasib perempuan, kalau laki jadi jodoh ahahahaha. 

Haa tu jelah bebelan aku pasal sem 6 aku. Nanti aku cerita lain pulak pasal pengalaman aku buat esaimen. Hahaha haru biru woi. Okaylah tu je. Jumpa lagi!

Friday, February 24, 2017

sem 6 dah woii

assalammualaikummm..hye everyoneeee.

perghh tetiba muncul bagi salam hohoho
weh, weh, weh,
minggu depan aku dah masuk sem 6 kottt.. hohoho
macam tak sangka. seriusla dah sem akhir? hahaha
cepat gilos masa berlalu tup tup da 23 tahun
sumbangan apa je aku dah bagi selama hidup ni

and untuk sem last ni, aku dah tak daftar kat uitm puncak perdana
aku dan puak puak library management akan berpindah ke uitm kampus Rembau. Iye yang baru bukak tu.
Seriuslah??
ehh apa kejadah nak memain di pagi jumaat yang syahdu ni.
citer dia, dah lama dah depa dok khabar kami yang budak2 library ni kena pindah rembau tapi, disebabkan tempat tu masih lagi dalam pembinaan dan tak rasmi lagi, so tak pindah2 sampai la aku dah sem 6 baru disuruh pindah

ahaha cun gila sem akhir kena pindah woii
kenapa la tak bagi kami bertapa je kat puncak tu jee adoyai nye pun.
tapi, disebabkan redha itu pasrah dan pasrah itu menyerah,
moh ler kita ke rembau.

apa perasaan aku?
confirm macam-macam rasa.

tapi takpe la, tak payah sembang lebih pasal perasaan, sebab perempuan sejati macam i ni sensitif haktuih puih hohoho

just sikit la rasa macam berdebar-debar sebab orang kata kampus besar ni cabaran dia lain macam.
i think so since aku pun takde pengalaman belajar kat kampus besar. tapi fasiliti dia not bad la.
tapi yang aku tau pekan, atm, pasaraya jauh. duhhh. yang dekat ktm. yeayyy senang balikk. tapi tu kata orang, takpe 5 mac nanti kita tengok cemana.

aku harap, dah belajar jauh dari keluarga ni..mm bertambah la kematangan aku yang sedia ada comel ni.
HAHAHAHA muntah berjemaah
seha is always seha, tak pernah matang sejak azali hewhew..keyboard ni rosak macam nak kena smackdown je dengan aku. nak tukar da la mahal.kena guna on screen board. lempang karang eyyy.

ok seha, all the best untuk sem last! naikkan lagi pointer sebab pointer jatuh sem ni sobs sobs pilunyaa. nak fokus, serius dalam pembelajaran, jaga hubungan ngan Allah n manusia dan tak nak susahkan member, tak nak memainnnnn!! uuuuu.

jyeahh!

Sunday, August 30, 2015

Belajar

Bismillahirrahmannirrahim.

Weh, lama gila weh aku tak berblogging ni. Dah pencen dari dunia penulisan dan ntah kenapa pulak malam ni tetibe nak menulis. Nasib baik tak lupa password. Kalau tak, berhuhuhu la aku. Hahahahambar.

Malam yang indah ni, aku nak cerita something la. Kau tahu, dulu masa sem 2..aku ada ditugaskan untuk hanlde satu program Tadarus Al Quran untuk student kolej aku. Alhamdulillah, ramai gak yang join dan majoriti akhowat.

Aku rasa bersyukur sebab Allah pilih aku untuk handle program yang sangat sangat memberi manfaat ni. Of course la kalau kau dah handle program mengenai Al Quran, it means yang kau pun kena la rajin baca Quran , ye tak? Jadi, alhamdulillah for that chance,

Peserta2  dibahagikan kepada beberapa kumpulan. So, dalam setiap kumpulan tu ada yang mahir dan kurang mahir. Mereka yang mahir ni akan bantu sahabat2 kita yang kurang mahir. Jadi, first day aku duduk sekali la baca sama-sama. Dan sampailah turn seorang kakak senior ni..dia senyum-senyum. Dia pandang kawan dia. Kawan dia pun pandang dia. Disebabkan takde sape pandang aku, so aku pandang dua-duanya. HAHAHA. takdelah.

Aku tanya, " Akak, sambung ayat ni eh." Kakak tu malu-malu weh. Aku ingat sebab aku cantik sangat. Mana tahu la dia segan orang cantik tegur dia kan. HAHAHAHAHAMBAR. Then, dia balas, " adik..saya tak tahu nak baca macam mana. Tak tahu nak sebut huruf ni." Oh men., aku kecewa sebab aku ingat dia malu aku yang cantik ni tegur dia. kah. Memang taklah.

Lepas akak tu cakap macam tu..aku pun start tanya. " Akak, berapa kali akak baca quran dalam seminggu?' Dia geleng. " Sehari sekali?" Geleng aku dapat. " Dua kali seminggu?' Pun sama. Geleng. " Sebulan sekali kut dik. Lama dah tinggal. Khatam dah lama. Tu yang lupa dah."

Aku tarik nafas.

Ok, aku bukan nak cerita pasal kakak ni punya perjalanan hidup, Tapi, satu yang aku pasti, akak ni n kawan dia tak pernah pun skip program tadarus ni sampai habis. Mereka setia datang.
Apa yang aku try nak sampaikan adalah..mereka ialah hamba-hamba terpilih yang Allah pilih untuk datang perbaiki diri. Dan berjumpa aku yang sedang juga bantu diri betulkan diri ni.

Mereka hebat. Mereka tak sombong. Mereka sangat berharga, Sekurang-kurangnya terdetik dihati mereka untuk menghampiri Tuhan dengan start membaca ayat-ayat cintaNya. Aku malu. Malu sebab walaupun aku tahu baca quran..aku malas kadang-kadang. Bukan nak buka aib diri..cuma aku nak bagitahu, saat aku tengah malas, ada ramai insan di luar yang sedang berusaha nak kenal alif baa taa, nak belajar balik iqra'. Nak bezakan apa itu izhar halqi, ihfa' syafawi dan wajibul ghunnah.

Aku rasa aku cukup hina bila tak terror tajwid, tak reti tarannum dan tak faham bahasa arab., Tapi, Allah nak aku sedar,,aku perlu belajar lebih lagi sebab ada mereka di luar sana pun sedang belajar sama. Tak pernah ada istilah lewat untuk belajar. Belajar selagi boleh. Berusaha untuk belajar ilmuNya. Jangan malu..Tunjukkan kepada Allah, kita sedang ingin berubah, Berubah untuk DIA. Dan aku pasti, DIA menghargai.

Selamat malam.


Wednesday, March 4, 2015

Tin kosong

Bismillahirrahmannirrahim.

Hari ni hari ketiga aku hidup sebagai pelajar semester dua. Ermm baru masuk 2 kelas dan alhamdulillah tak pack mana pun jadual aku. So, banyak sangat masa lapang Allah bagi. Harap aku dapat manfaatkan sebaik mungkin.
Sem ni aku buat satu keputusan untuk tak duduk serumah dengan member sem 1. Konon nak berdikari bagai. Then, sekarang aku duduk dengan senior2 sem 6. Tadaaaaaaa!

" Kau duduk dengan senior Seha? Huyoooh. Sem berapa?"
" Sem 6."
" Sem 6? Gila kau. Berapa orang sem 2?"
" Aku sorang."
" Huyooooooh. Aku harap kau makin matang lepas ni."
" T_T"

Ok. aku tau overacting sikit. Tapi, gaya depa memang macam risau aku tak dapat meneruskan kehidupan seperti pelajar semester 2 yang normal, cute dan bersemangat waja untuk meneruskan pengajian. Frankly said, aku sangat risau. Dan aku harap aku sado fizikal mental lah ye sebab ni kan pilihan aku untuk berdikari. Dan kau tahu, baru tiga hari aku dah rasa macam..." Ya Allah. Jadikanlah aku student sem 6 jugak." ahahaha. Semoga eksperimen berdikari aku tercapai.
Aku bersyukur dan berterima kasih kepada kawan-kawan yang sudi ajak aku duduk dengan mereka kalau aku kesepian.. hahahaha. poyo.

Hari ni, aku terdetik nak pergi surau. Tak tahu kenapa. Tapi, rasa nak pergi sangat. Jadi, bila aku masuk tu aku dah nampak ada bulatan gembira para komander. Aku buat lek je lah sebab aku nak buktikan aku tak takut tengok muka para komander yang garang2 tu. hahahaha. Taklah. Depa tak garang pun.

Masa tu sebenarnya aku rasa terharu sebab Allah nak temukan aku dengan Teha rupanya. Roomate sem 1 aku yang paling annoying tapi disebabkan annoying tu lah aku rindu sebab aku takde geng dah nak gaduh dan berdebat. Senior tu? Ehhh tak berani aku.
Teha nampak penat. Dia kata dia mengantuk. Kesian. Habis je solat dia cepat2 lipat telekung. Aku dok perati je. " Nak kawad ke?" Dia angguk. " Malam2?" " Ye lah seha. Nama pun Komander." jawab dia lepas tu berlalu pergi. Waktu tu aku rasa sedih. Ntahlah sebab aku tak sempat nak cari gaduh kut. HAHAHA.

Bila keluar surau. Aku buka wassup. Kawan2 tengah cerita pasal seorang senior sek lama aku yang dah jadi duta UM dan seorang junior yang mukanya masuk akhbar sebab result STPM gempak. Aku diam dan berjalan terus ke bilik komputer. Tak ramai orang sangat. Tapi line wifi lambat. Hmm hmmm.

Aku on komputer online facebook. Atiqah bagi vid sedih pasal sahabat. Aku sangat tersentuh dan aku sangat merindui sahabat2 lama aku. Tapi aku tak buka dulu sebab aku nampak post Matluthfi promote vid baru dia. Ahahaha. Sorry tiq. Aku buka vid Mat dulu.
Then, aku scroll and stalk junior2 sekolah lama aku. Aku senyum sendiri. Hebat. Jordan, Mesir, cemerlang STPM, STAM, SPM.. dah tu berapa ramai yang menyandang jawatan tertinggi di U masing2.

Dan waktu tu aku terdetik satu benda.
Seha, kau dah sumbang apa je untuk umat  ni? Untuk Allah? Untuk Nabi Muhammad? Untuk mama abah dan keluarga aku? Ilmu kau banyak mana? Kau dapat capai tahap mana je dalam hidup?

Aku terdiam. Malu dan tak mampu jawab soalan diri sendiri bagi. Aku tak nak jadi tin kosong. Yang dicampak orang ke jalan. Berbunyi dan membuat bising tapi bila diambil tiada langsung isi.

Tapi, aku tin kosong tu. Aku tin kosong yang tiada keyakinan diri yang satu hari aku ni akan terisi dengan air semula. Tak kisahlah air apa. Justea pun sedap gak. Tak naklah air gas berkarbonat. Tak baik untuk kesihatan.
Dan sebenarnya, aku harap ada orang yang ambil aku dan masukkan ke tong kitar semula. Biar aku bermanfaat balik. Dan kau tahu, mungkin ni masanya aku perlu jadi bermanfaat semula. Orang tu mungkin sahabat2 yang mendorong aku lakukan kebaikan. Alhamdulillah. Ada je.

Mohon doa sahabat.. Semoga sem 2 ni aku dapat perbaharui diri sendiri dan jadi bermanfaat untuk masyarakat. Aku pun teringin nak jadi hebat. macam anda. Tak naklah hebat je di mata manusia tetapi Allah juga. Moga Allah redha. :D