Monday, February 4, 2013

Ku sangka mesej pun masuk..

Bismillahirrahmannirrahim...

Petang tu aku dengan satu keluarga pi rumah pak long. Ada kenduri.
Lepas je solat zuhur..aku pun lepaklah kejap dalam bilik..kat luar ramai sangat orang..seganlah..

Sedang aku mengenang masa hadapan yang aku pun tak pasti macam mana keadaannya, hp kat dalam beg berbunyi...
" Tweet..tweet." Ntah kenapa..aku suka sangat dengar ringtone tu..comel kut.
mesej masuklah tu. Aku pun capailah. 

" Eh! Tak ada pun.." 
aku pun letak balik..

Tiba-tiba dengar lagi. Aku pun ambil balik hp aku.  Tak ada pun...aku letak balik hp aku.." Aiseh men...hp ni nak main wakenabeb dengan aku ke apa nieh?"
Ini tak lawak okeh? Aku bermonolog sendiri. Ceh ayat~

Bunyi lagi.." Tweet..tweet.."
Aik? Bunyi lagi...aku salah dengar ke apa...? Aku pandang keliling bilik..gulp! dah lah aku sorang je dalam bilik besar tagun ni...
"jangan-jangan... ada.."
eh..tak..tak..tengahari mana ada hantu..aduh...ni dah masuk bab lain dah..tengok sangat drama..payah..

sedang aku terfikir-fikir..tiba-tiba bunyi lagi..aku pun dengan muka tensyen tengok balik hp aku..." x ada."
huh...tak sangka hp aku ni ada kepakaran buat lawak yg sumpah tak lawak.

untuk menghilangkan tensyen..aku pun bangun dan pergi ke arah tingkap..." subhanaAllah..indahnya cuaca hari ni..tak panas pun..just nice.."

tiba-tiba aku nampak sekumpulan burung terbang sambil berkicauan.." tweet..tweet..tweet.."
aku senyum. "apakah?"



Monday, January 21, 2013

Allah sayang le tu~

bismillahirrahmannirrahim..

Helooooo semua! hahaha...akhirnya..akhirnya...dapat juga aku update post baru..
huh..
hari ni, buat pertama kalinya pada tahun baru 2013, aku dapat menulis gak..

alhamdulillah,,masih dapat lagi merasa nikmat hidup ALLAH bagi..nikmat jadi budak sekolah pakai baju warna hijau, adik beradik pokok pisang okeh?!
 Hahaha...itulah yang aku fikir masa first time daftar jadi pelajar STPM ni...naya betul. Tapi, aku lagi suka kut sebab aku rasa kalau pakai baju putih ni macam tak ada keistimewaan. hahaha..

Macam biasa, tahun ni aku masih lagi naik bas ke sekolah. Best tau. Hari first dah kena tinggal. Abah punyalah marah tapi aku happy je sebab orang lain tak pernah hari first kena tinggal bas..hahaha.

Kelas dah kat ground floor..dah tak naik atas dah...well, senior kan? mana main naik2 tangga ni. Buat sakit tumit kaki je ..haha, berlagak betul.
 Sejak hari pertama lagi, aku dah rasa yang aku bakal melalui hari2 yang mencabar dan kerja2 rumah serta kertas projek yang terchenta.
dan..
akhirnya, betul lah tekaan aku..MUET, P.AM, P.P, USUL dan BM..
ada tu dalam beg, tak keluarkan lagi..rasa macam liat je..tapi apabila memikirkan mama dan abah..aku rasa tak sampai hati..
harapan aku untuk tahun ni, aku akan berusaha betul2 untuk STP, dan x naklagi buang masa tapi masih gagal untuk mengurus masa..

haih...aku ni..masalah betul.
Kawan2? Alhamdulillah ok je. Makin rapat dengan Pika, Nia dgn Zue. Walaupun selalu gaduh2..lagi2 dengan Pika tu..selalu cari masalah dengan aku..haha. naya aku kalau dia baca

Humm...hari jumaat lepas, kertas lapik meja aku rosak..terkoyak sikit. tapi, aku rasa sayanglah. sebab benda tu bukannya dapat percuma..
so, aku letaklah pesanan kat meja tu...seboleh mungkin aku susun ayat sebab aku tak nak orang yang duduk tempat aku time prep malam terasa hati..
aku tak tau siapa but form 6 jugaklah..
tapi pagi tadi, bila aku pergi sekolah..aku dapat balasan yang membuatkan hati aku hancur...seriyes hancur..aku tak naklah cerita apa yg dia tulis..
dari situ nampak sangat budak yang tulis tu tak ada sifat menghormati orang lain..
mood aku jadi tak baik..aku fikir kenapa sampai macam tu sekali dia tulis.

mungkin bagi orang lain aku ni sensitif, jiwa lembut, ngada2 nak touching bagai tapi aku ni manusia juga. aku terfikir2 smpai ganggu aku nak belajar..kenapa dia begitu benci aku..nampak sangat macam aku ni jahat..hubungan dengan manusia pun aku susah nk urus..ALLAH T_T
aku x tau siapa yang tulis tapi, aku rasa bukan kawan2 asrama aku..sebab mereka baik.. dlm hati aku kutuk macam2..aku tak boleh kawal diri..aku menangis...ALLAH je yang tahu..aku berlagak cool..aku pura2 ketawa sebab aku nak bagitahu mereka yang aku ok2 saje.

tapi..

tiba2 aku ingat ALLAH pesan, ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar..dan Nabi Muhammad SAW ingatkan, sabar itu separuh daripada iman =)
mungkin..ALLAH nak uji aku..mungkin aku banyak lupa ALLAH...mungkin...aku dah lama tak mengadu pada ALLAH..mungkin ALLAH nak ajar aku untuk sabar.. dan mungkin ALLAH nak bilang DIA saja yang sentiasa ada dengan aku...aku dah banyak sangat lupa ALLAH...banyak..Nabi Muhammad SAW pun kena uji lagi berat dari aku..apalah aku ni..tu pun nak sedih2 sangat..tak de bendalah..

aku cuba terima...belajar menerima walaupun pahit..belajar untuk redha..belajar untuk memaafkan..belajar untuk mendoakn agar dia diberi hidayah..belajar untuk yakin dengan ALLAH..belajar untuk senyum...
 Padan muka pun aku..sapa suruh jadi jahat..cuba kalau jadi budak baik, semuaorang sayang..kan?

Ayat chenta ALLAH:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : 45)
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)
 
Kalau kita sukar sangat nak maafkan orang lain, layakkah kita untuk mengharapkan Allah mengampunkan dosa-dosa kita...?

-APG-


Seha....bittaufiq wannajah!

Tuesday, December 25, 2012

Sayang sampai syurga ^_^

bismillahirrahmannirrahim =)

di suatu pagi yang indah kelihatan beberapa orang kanak-kanak sunquick yang comel loteh sedang berbincang..ceh..ayat.

" Jumaat! Jumaatlah!" kata diaorang dengan penuh semangat.
" Erk..Jumamat!" balas dia.

Ketawa pecah.

" Haih..(geleng kepala). Macam mana nak sekolah kalau sebut Jumaat pun tak boleh..?"  tegur yang sulung.
" Ehm..dah cuba lah. Tapi susah lidahnya.." jawab dia.
 "Ok, lagi sekali," kata yang sulung lalu panjat meja, berdiri penuh semangat.

"Angah! Alang! Cepat jom!"

" One, two, three! JUMAAT!!" teriak mereka sampai rumah lorong belakang sekali pun boleh dengar.
 Mama menggeleng di dapur sambil senyum.

" JUMAMAT!" sahut adik bongsunya.

Ketepek! Dahi ditepuk!

Ketawa berderai.
pelakon utama: aku yang kiut miut.


pelakon sampingan yang tak popular: abang2 aku deh..


Itu mungkin nostalgia comel aku 13 tahun lalu..
masa tu aku paling bongsu..4 orang beradik..berderet 3 abang..aku sorang je tuan puteri kiut miut
(kembang semangkuk) hahaha.
         
masa tu...aku ingat lagi, abang-abang aku suka sangat kacau aku...
sampai aku menangis tak ingat dunia. Lagi2 abang izzat..kalau tak ambil mainan aku lepas tu lari satu perumahan memang tak sah.
asyik-asyik aku je lah nangis. Dia tak pernah nangis pun. Tensyen aku!
sampai pernah sekali tu..aku dah sakit hati sangat..aku boleh jerit dekat jalan. Orang tengok je. Tapi aku peduli apa, abang izzat harus dihukum! ceh..ayat

abah..
nombor hp abah paling popular dalam ingatan aku time tengah sakit hati dengan abang-abang.

" hello. Abah...tengok tu diaorang. Diaorang kacau iya lah (nickname aku kat rumah)"
" adeh...iya buat selamba je. jangan layan."
" tak boleh..diaorang cari pasal juga."
" hmm...cakap dengan diaorang, kalau kacau iya lagi..nanti balik abah sebat sorang-sorang.ok?"
" ok! Bijaksanalah abah ni."

Bijaksana? memang bijaksana pun abah nak tenangkan hati aku. Aku pun apalagi, hebahkan kat abang2 aku dengan bangganya.

Ceh..abang2 aku bukan kisah pun, buat tahi mata je sambil makan gula-gula. 
Pernah suatu hari tu, abah off hp dia..mungkin ngelak dari mendapat panggilan cepumas aku..pandai abah aku ni..
tapi aku lagi pandai..aku call office abah..ahahaha...abah pun angkatlah sambil cakap macam operator affice tu...
tapi bila dengar suara aku je..aku dapat rasakan abah mesti tepuk dahi dia banyak kali. Rasa menyesal pulak angkat. Hahaha..aku pun kembang-kempislah hidung bila dapat kenakan abah..hahaha.



Tapi..tu semua dulu.
Dulu yang mungkin tak akan jadi untuk Sekarang.
Masing-masing dah makin jauh...jauh sangat, walaupun umur tak jauh beza.

=(

Kadang-kadang aku rasa sangat jeles bila tengok mereka2 yang rapat sangat dengan abang2 mereka.
Untung, kan?
Ambil gambar sengih2 sambil buat muka,
belanja adik diaorang makan lepas tu jalan2,
komen2 gaduh main2 kat fb, 

untung sangat. Cuma bezanya. Aku tak pernah rapat macam tu dengan abang-abang aku.
Sebab..mungkin salah satunya sifat dan sikap.

Kadang-kadang tu aku tengok..abang dia samseng kg.dusun tapi bila dengan adiknya, jadi mr.mama pulak..aku tengok abang aku..
abang2 aku apa kurangnya...orang lain kebanyakannya jeles sebab aku ada ramai abang..tapi dalam masa yang sama aku jeles bila tengok diaorang bergurau adik beradik...

Tapi,aku sedar..aku kena bersyukur dengan apa yang ALLAH dah bagi kat aku sekarang..
abang-abang aku semuanya baik2..cuma tu lah..kami masing2 lebih rapat dengan kawan2..
ada orang lain yang tak ada abang, ada abang tapi tak ok, ada abang dan kakak tapi tak kisah pasal dia..

alhamdulillah...abang2 aku tak adalah sampai macam tu...aku percaya, setiap orang punya cara tersendiri untuk bahagia kan mereka di sekelilingnya,

tahu tak, bila abang aku suka pada seseorang tu..aku rasa jeles...

" huh~ sibuk je nak suka-suka kat abang aku." percayalah..semua adik kat dunia ni akan rasa perasaan yang sama seperti aku..
ye lah..dia tu abang kita, tapi ada pulak orang lain yang nak abang kita juga. Memang tak lah. Tapi lainlah kalau lepas akad nikah =)

Aku selalu doa, agar ALLAH bagi aku kakak2 ipar yang baik2..sebab aku tak ada kakak..jadi, bila dapat kakak yang baik kan seronok
walaupun aku tahu...kakak orang lain tak sama macam kakak sendiri.

Dan sekarang, iman pula yang kena buli dengan faiz...tak habis-habis.
Iman mewarisi perangai aku yang suka jerit dan mengadu cuma bezanya iman nagdu kat aku sebab dia tak tahu nombor telefon abah..
 faiz dengan bangganya ikut jejak langkah abang2 aku ..
kadang-kadang aku rasa geram sebab faiz selalu buli iman..

"Faiz, kau tu abang, Iman tu adik. Sayanglah adik sikit, sorang ni je adik kau" tu jelah yang aku selalu bagitahu dia. Tak tahu nak bagi ayat apa..hahaha.


Aku berdoa agar ALLAH selalu dekatkan hati kami sekeluarga, beri kami hidayah selalu, kurniakan kami keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. In Shaa ALLAH =)


sampai sini sahaja. maaf kalau mengantuk..he'eh..ok, maassalamah wal ilal liqa' =)

p/s: hadiah abang ijat untuk aku. Suka kut sebab abang2 aku tak ingat bila hari lahir aku. Haha. Untunglah, fb ingatkan. Ekeke.

Abang Ijat:
selamat hari raye..lalalala (hari raye apa bulan 12..? Ngada-ngada!)
 Aku:
 mana ada dengar pengumuman pasal raya pon! x nak hari raye...x nak hari raye...XD



MATA KECILKU Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

 Kau buat mataku kecil... Kau buat badanku besar Kau sayangkan aku Kau buatku serba kekurangan Supaya aku berusaha mencari kejayaan Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan Kau sayangkan aku

 Aku leka dengan hidup dunia Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa perhubungan kita tidak ku jaga seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku
 Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu kerana ke-alpaan diriku Kerana kebodohan diriku kerana keangkuhan diriku Kerana ku butakan mata kecilku "Masihkah Kau sayangkan Aku?"

Israel membedil Gaza
 Kau sayangkan aku
 Bom Bom Israel mencari Syuhada Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku
 Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
 Kau beri ku kekuatan minda
 Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna Mata yang lama tak bercahaya Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku bukan kerana kematian dan kesusahan di situ Gaza tanah barakahMU walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
 Semua kekasih kekasihMU itu merindui Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU Senyum kekasihMU penuh cahaya Senyum terukir walaupun duka Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

Aku terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya, tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah Kerana setelah semua yg aku laku kau masih sudi membuka mataku kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah kerana diriku yang masih kau endah Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku dengan badan besarku dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
 Semua yang ku lakukan kini kerana Mu UntukMu inginku menjadi Qalam Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni...
ISLAM. Allahu akbar!

-sumber: Aqsa Sharif

p/s: saya dah kata Islam itu indah =)
Kalau nak dapat cahaya, kenalah bersahabat dengan mereka yang telah mendapat cahaya. Ada faham..?

Friday, December 14, 2012

Sedang JaTuh CinTa, ke der?

 Bismillahirrahmannirrahim...=)

Holla!
Ceh...tajuk kat atas tu..boleh buat hati kemarau jadi hujan, dari luruh boleh jadi berbunga..ececeh..
Tapi, sebenarnya memang tak mustahil lah setiap manusia pasti pernah merasai perasaan tu, kan?
eleh..
muka brutal guna earphone tapi dengar lagu Muara Hati sambil menahan rasa sendu..? Huhuhu...
hati kering kununnye tapi bila baca sajak cinta anak jiran sebelah mata merah saga..?

dan...aku pun pernah rasa perasaan tu...seriyes tak tipu...
tapi sejujurnya..bagi aku perasaan tu tak membahagiakan langsung...
sebab...suka mana pun kita kat dia tapi kalau tak disahkan dengan akad...dia tetap bukan milik kita..

ok, tak apa kalau tak setuju dengan statement tu sebab hati manusia ni lain-lain. Tak mudah untuk kita menerima sesuatu perkara baru. Tapi bila kita dah tahu sesuatu yang baru contohnya "couple itu haram"  
Dush! Dush! Dush!

Kita rasa macam ada batu berat baru jatuh dan hempuk kepala kita.! Biaq betul haram..? mungkin kita rasa ragu-ragu sebab selama ni kita buat perkara tu.

Tapi, kita mungkin lupa itu maksudnya ALLAH sayangkan kita, DIA nak selamatkan kita daripada sesuatu yang menjurus ke arah kemaksiatan.
ALLAH pun berfirman dalam Al Quran supaya kita jangan mendekati zina...kalau mendekati pun salah apalagi kalau kita buat.


Kita cuma ada satu hati tau. Kalau kita suka someone, kita dah bagi berapa peratus hati kita untuk dia, lepas tu putus. Kita jumpa pulak orang lain, jatuh cinta dan bagi lagi berapa lagi hati yang ada kat dia. Tak mustahil kalau kita boleh putus juga kan?
Sampailah kita jumpa jodoh kita.
Masa tu apa yang kita nak bagi pada dia yang betul2 jodoh kita..? Saki baki hati yang tinggal?

Cuba kalau kita pulak yang kena. Apa yang kita rasa..?

" Ehm..awaklah jodoh saya yang selama ni saya cari, nah! ambil lah hati ni."
" Erk..? Tapi kenapa tinggal sikit je..ada pulak tu kesan parut dengan plaster luka jenama Kedai Tiap Hong. Ada tanda harga RM 0.90 siap dengan slogan Bermutu dan Murah lagi ni?"
"Hehehe.Dah lama dah tu..sejak beberapa tahun lepas. Maap le..dah ada orang ambil dulu hati yang lain tu.
                                                
Nangis...

Memang...memang cinta tu fitrah manusia. Ada sesiapa halang fitrah tu? Tak. Tapi kawal lah fitrah itu supaya patuh perintah ALLAH SWT. Kita sedar..kita cuma manusia bukan malaikat!
Kena ingat juga dalam islam tak ada istilah couple! cuma ada nikah!

Rasulullah SAW ada bersabda:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Riwayat Ibni Majah)

NO UNTIL AKAD ^_^

Ingat!

Dwi-wajah cinta...sinarnya sama-sama menerjah mata, cuma yang satu intan, yang satu hanya kaca..! cinta umpama bisa & penawar yg bergabung dlm cairan air liur ular tedung. Yg bijak mmpu menyedut penawar, yg jahil tersedut racun bisanya..-GEN Q
Noted! 

pernah suatu masa tu, aku ada tanya seorang sahabat..
" Kawan, kau pernah tak jatuh cinta?"
Dia senyum.
" Tak..."
Aku pelik. " Sebab?" 
Dia senyum lagi.
" Sebab aku akan kecewa."
Aku angguk. Faham.

Memang...cinta kepada manusia akan membawa kepada 1001 rasa kecewa..manusia yang kita harapkan tak mampu buat kita bahagia..
sebab hanya cinta ALLAH je yang boleh bahagiakan kita...ALLAH selalu tunggu kita sambut cinta DIA..tapi kita buat tahi mata je.

kita lebih suka jawab panggilan girlfriend sedangkan ALLAH dah panggil kita sejak solat subuh..
kita lebih suka baca mesej boyfriend sedangkan ALLAH dah bagi kita surat cintaNya(al Quran) untuk dibaca..
kita lebih suka nyanyi lagu cinta sedangkan ALLAH dah kata, 'dengan mengingatiKu hati akan tenang'

Peluh besar menitik laju.

Lagi satu, aku pasti bila kita bercinta ni...kita akan lupa keluarga kita..betul? Tak semualah. Aku tulis berdasarkan pengalaman je.
Sebab dalam kepala kita, yang cantik, yang manis, yang indah, yang jelita walaweh dan yang kiut miut semuanya buah hati kita..
 
" Markonah, beli tepung.."
" Sehari ada 24 jam. Nanti jam ke 24 saya beli, mummy."

" Meor, basuh kereta.."
" Esok masih ada..daddy."

" Hubby, kitew kan dah lamew x jumpew. X rinduw kitew kew..? Nak jumpew x?"
" Ingatlah orang tersayang..yahoo!"

Double ueww!! Banyak cantik muka kau! Bajet je =p

tapi bila dah clash..mula lah..

" mulai hari ni, my family is my priority." sambil nyanyi lagu number one for me.
" aku akan berbakti untuk keluarga aku je. bukan untuk org lain dah..?"
" baru aku sedar,,.selama ni cuma keluarga aku je ada di sisi..?"

Pernah tak terfikir sewaktu awak bercinta dahulu, di mana keluarga awak letakkan..?

Tak kan..? Kalau ada..sikit je lah..20% daripada hati tu..oklah, kejam sangat pulak..20.009% je lah kan?
agak2..kecil tak hati family kita time kita tengah angau tu?
tapi bila kita dah susah baru sedar mana kaca mana permata..

nasib baik tak ada ayat: sekali aku benci kau, dengan keturunan kau sekali aku benci! hehehe...over pulak!

ingat!
hati tu cuma ada satu, mana boleh letak dua cinta dalam satu hati..letakkanlah cinta ALLAH paling atas  dalam hati tu...ALLAH akan hadirkan cinta hamba yang turut mencintaiNya kepada diri awak tu. >< Sweet sangaaaaat..

Pesan comel dari aku untuk aku dan untuk kamu:

kalau kita suka someone tu, doalah pada ALLAH..jika orang yang kita suka memang jodoh kita, pusing kutub selatan ke, masuk lubang arnab keluar terowong SMART ke..dia akan datang juga pada kita =)

Apa guna kita ni hamba tapi tak nak doa pada DIA..? Ingat tu...tak cakap kat korang cakap kat diri ni. Hahaha.
Satu lagi, cinta Rasulullah SAW pada kita pun kita susah nak ingat...nak pandang pun sekali sekala...apalagi nak berkorban untuk baginda...rasa adil tak kalau kita sibuk nak berenang kat lautan api semata2 untuk dia yang BELUM tentu jodoh kita..? Tak aci! Tak aci!

Nangis lagi.

btw, ni ada link..just tekan je..ada something di situ =)

http://aisyahshakirah.blogspot.com/2012/10/au-revoir-abqari.html

sampai di sini sahaja, maasalamah ^^,