Tuesday, March 19, 2013

Merentas pekan

Bismillahirrahmannirrahim =)

Hari minggu lepas, aku dan sahabat2 Pra-U diwajibkan untuk menyertai satu misi kemanusiaan...eceh..tak lah...kem pengakap kelana je..
owh...hakikatnye aku memang tak suka ber'camping'...kenapa? ntahlah..aku lagi suka main badminton dan berbasikal..tu lagi kool..
haha...sebab ada kawad kut...muka jadi belak, member sebelah belum tentu sejantina, eii..ditambah aku pulak jenis yang lupe step...
tapi, bila dah pergi...rasa best pulak...

Hari Jumaat tu pulak, merentas desa. Kawan2 aku semua sangat teruja...ehm..aku biasa-biasa saja. Yang penting, tak daki bukit macam kat SAMNI..
tak lah penat mana...rasa seronok sebab dah lama kut tak merentas desa...sambil telinga dihidangkan dengan bunyi anjing2 kawasan perumahan masyarakat cina..
haha...itu yang membuatkan aku bertukar jadi Usain Bolt..tiba-tiba rasa ringan je badan nie..

Aku sorang-sorang...kira bahagian tengahlah..tak laju dan tak perlahan sangat..
dan...memang lumrah hidup aku...time merentas desa mesti orang kat depan dan belakang jauh...
jadi...aku kena lah kejar orang depan aku..kaki pulak dah mula lenguh...uh...cepatlah sampai..

ada sebahagian kawan2 form 6 lelaki yang pegang bendera...bak RELA..
tahniahlah kepada mereka sebab rajin tetiba..haha...*saje je*
sampai satu part...adalah insan ni tegur aku..

"eii...kau ni memang tak boleh lari ye?" gaya macam mak tiri cinderella
ingat hidup aku untuk lari ke? bisik aku...
" eii..cepat lari..cepat lari.." suruh dia gaya macam mama aku pulak..
ambooooi...awak tak lari sesedap suruh aku lari?
" eh...kau ni memang reti pegang bendera je ye?" ambik kau...

*muka malu*

aku dengan bangganya pun terus berlalu..
sampai depan cikgu fadhil pulak..
" sakinah..(nickname aku di sekolah)..sakinah..cepat! awak jangan risau..awak masih di hadapan. ramai lagi di belakang sana..!"

=.='

ok..terima kasih, cikgu .

akhirnya, jam nak dekat pukul 10 pagi, sampai juga kat sekolah...even aku dapat nombor 101+++
alhamdulillah...sakit kaki pun tetiba mengundurkan dirinya...

-TAMAT-




No comments: