Friday, January 19, 2018

Praktikal, mu tunggu aku datang!

Assalammualaikum, hai korang!

Amboi sejak aku unofficially unemployed ni kan, kerja aku update blog je setiap hari. Korang, hari tu aku dapat request dari junior aku nama dia Fatin. Hai Fatin! Awak baca akak tulis ni demi awak tau ekekeke. Fatin minta aku bagi tips untuk hadapi Latihan Industri (baca: LI) sebab dia dah nak habis belajar dah. To be honest takde tips formal sebab aku memang tak rajin nak ikut mana-mana tips ahahaha. InshaAllah post ni hanya sekadar kongsi pengalaman je lah. Maybe tak sama dengan korang kalau kita dari universiti lain tapi kalau korang student degree Library Science Uitm Rembau, inshaAllah sama.

So, apa aku buat before LI? Senang kacang. Tapi jangan ambil mudah, please? Sebab benda ni masa depan awak. Nak GOT tak? Haa kalau nak, prepare molek deh. 

Okay, apa perlu kita buat sebelum LI?

Pertama
Baca bismillah dulu k. Ingat Allah sikit. Niat tu haa..niat tu biar betulkan. Nak cari jodoh masa LI (memain je hahahaha) boleh takde masalah tapi ingat fokus niat asal. Belajar k, belajar.

Kedua
Jangan skip finishing school. Sebab finishing school ni lah lecturer korang akan bagitahu detail pasal LI nanti. Aku tak tahu lah kalau korang anggap finishing school ni benda remeh, tapi untuk orang macam aku..walaupun susah serius, aku ambil berat benda yang berkaitan dengan masa depan aku. Lagi lagi bila aku tahu benda tu penting dan melibatkan pelajaran.

So, tolong fikir elok elok dan datang finishing school korang. Korang akan dapat pelbagai tips penting macam cara buat resume, cara buat CV Letter, cara untuk temuduga dan sebagainya. Selain tu gak, masa finishing school ni lah, pensyarah akan bagitahu apa perlu kau buat lepas dapat tempat LI yang sesuai. Contohnya, surat penting dari fakulti, macam mana nak hubungi company/organization tu by email, fax or call, pantang larang sepanjang LI dan preparation bermacam jenis borang untuk kegunaan masa dan selepas LI nanti. Kau ingat senang kacang? Tak weh, aku tipu je tadi kat atas tu. Mana ada senang kacang huhuhu. Pening gak hadap benda ni. 

Ketiga
Cari tempat LI yang sesuai dengan apa yang korang nak. For example, tempat LI yang dekat dengan rumah. Mostly batch kami memang pilih tempat LI yang dekat dengan rumah sebab, nak jimat--jimat masa, jimat duit, jimat tenaga satu, keduanya bila LI ni..family support sangat penting weh. Tapi terpulang pada korang, kalau korang jenis yang suka berdikari, boleh survive sendiri dan suka cabaran..it's up to you. Btw, aku dah survey tempat LI sejak aku sem 3 lagi risau punya pasal ahaha.
Korang, banyak aspek sebenarnya untuk pilih tempat LI ni. Contoh, kalau tempat LI jauh dari rumah tapi elaun masyuk dan ada kawan nak sewa rumah sesama, ok gak kan. Pepandai lah korang fikir, alah penatlah takkan aku jugak nak kena buat keputusan untuk korang. Tolong lah, kita bukan suami isteri tau. Eh eh eh dah kenapa ahahah. 

Keempat
Dah dapat tempat okay, try cari member yang agak-agak dia boleh praktikal sekali dengan kita. Serius aku cakap, bagi aku..sangat mencabar bila praktikal seorang diri. Sepanjang praktikal tu..macam macam boleh jadi. Ia satu anugerah terindah (bukan lagu black hanifah) bila kau ada someone yang kau boleh susah senang dengan dia, boleh share masalah, cerita dan idea.

Waktu LI ni lah, boleh jadi kau makin bahagia atau stress. Huhuhu. Macam aku, aku takde member masa praktikal, tapi bersyukur sangat sebab tempat LI aku dekat dengan rumah. Dan aku ada kawan dari fakulti sama tapi kos lain. Alhamduillah gak lah. Aku tersungkur, menunduk, meraung (nak nyanyi lagu Khai Bahar ler tu) semua dengan family dan kawan baru aku tu. 

Kelima
Lepas dah confirm tempat LI semua, tolong follow up dengan company/organization tu.  Ni sangat penting. Kalau tak follow up cemana nak tahu dia terima ke tak kan? Dan takde siapa yang akan tolong follow up kan untuk korang. Pepandai lah hidup.

The best method nak follow up, call company/organization tu. Janganlah tiap hari call, macam desperate pulak ahahaha. Kalau company/organization tu crush korang, dia report polis dah. Haha. Cuba dalam seminggu tu try lah call sekali ke. Dapat call, tanya siapa supervisor LI kau nanti dan save number dia sebab pape korang nak roger, korang roger kat dia. 

Kadang-kadang company/organization ni dia sibuk sikit lagi2 company besar atau awam..so, it takes time lah untuk diaorang nak proses permohonan kau. Tapi tak mustahil, kalau ada company/organization yang korang baru hantar surat atau call, dia dah terima. Aku dulu dia proses lambat gila, dah nak sampai due date yang fakulti bagi untuk confirm the organization tu, baru lah dapat jawapan. Adeh, risau hakak. 

Tu pun aku nak telefon kali kedua dalam minggu yang sama, tapi lecturer aku kata rilek..minggu depan try call lagi. Alhamdulillah, aku dapat. Meroyan lah aku hendaknya kalau dia reject. Weh, time tu halal untuk aku menggelabah ahahaha. Dia lambat bagi jawapan pun aku dah gelabah tahi kucing apatah lagi kalau reject.

Tempat aku dulu tak minta resume, tapi member-member aku ada yang kena interview lah, company/organization tu minta hantar resume lah, dan macam macam. Ikut tempat tu gak. Korang cuba lah tanya, apa yang perlu korang sediakan untuk mohon Li kat tempat tu. Nanti kalau dorang nak pape, dorang bagitahu. Tapi jangan lupa eh, cari banyak back up untuk tempat LI nanti, tak boleh satu je, at least 3 lah. Kalau satu reject, maybe lagi dua tu terima. 

Keenam
Lepas dapat dah tempat LI tu, please study sedikit sebanyak pasal tempat korang tu nanti. At least korang tahu history, organization chart paling koman korang tahu top management dia..(kalau lah SV korang tanya nanti) study lah apa apa yang berkaitan. Mana lah tahu, korang nak tanya pape atau dorang tanya ke, korang boleh hadapi dengan tenang dan bergaya huhu. 

Ketujuh
Bila dah sampai masa, pergilah praktikal dimulakan dengan bismillah, tenang dan bergaya anakku. Yakin diri okay, takyah lah takut takut. Wat rilek je walaupun kita student practical tapi kita pun boleh. Tapi jangan bodoh sombong ikut kepala sendiri pulak. Ikut keadaan lah. Kalau korang boleh behave lagi, mohon behave lah huhu. Apa apa borang yang korang perlu bawak tu, bawaklah. Jangan lupa keep in touch dengan SV lecturer korang, okay? 

Kelapan
Dah takde dah kelapan, cukuplah tujuh je. Penat lah taip, kurus dah jari aku ahaha. Aku rasa dah cukup dah. Tinggal korang score baik-baik untuk semester akhir tu lagi-lagi kepada sesiapa yang ada paper lagi. Kalau ada repeat paper alahai susah sikit lah masa LI nanti. Alhamdulillah, batch aku rasanya semua lulus final sem.
Lagi satu, macam aku, aku praktikal sem akhir sekali, So, tak fikir dah nak masuk kelas sem depan, Just fikir nak habis, buat report dan viva. Tak sama dengan kawan-kawan yang praktikal masa tengah-tengah sem macam masa cuti sem ke. Lainlah, ikut fakulti  dan universiti memasing. 

So, harap bermanfaat dan membantu. Kalau kalau ada terkurang ke, tak faham ke..bagitahulah yeh. All the best guys. Allah yaftah alaikum! 

2 comments:

Mizzfana said...

Assalamualaikum kak seha. Baru ada masa nak baca. Thanks akak sbb share tips.. Byk yg mmbantu. Rasa tkut plk nk LI. Doakan saya tau. Dari fatin, adik usrah. Heheh 😁😁😁

Seha Badri said...

waalaikummussalam, hai fatin! Harap dapat manfaat dik! All the best part 6 and intern nanti :)