Saturday, January 20, 2018

Viva oh Viva!

Assalammualaikum, hye guys!

Hari tu aku dah share pasal persiapan nak LI kan...dan hari ni inshaAllah, atas permintaan adik junior aku, Hai Lin! Are you here? Akak tulis ni akak ingat awak tau! Hehehe. So, aku akan kongsi sikit apa yang aku lalui sebelum dan masa viva presentation. Bukan kereta perodua tu eh ahahaha. Cerita pasal viva ni kan, aku pernah lah up status kat ig, dalam status tu aku tulis yang aku nak viva 8 Januari ritu, tetibe kawan aku dm aku bagitahu takyah lah beli viva lepas belajar ni. Hold lah dulu. Hahahaha, aku dah bantai gelak je. *Jahatnya saya :( Maafkan saya sebab gelak kan awak ekekeke*

Okay back to the point. Viva presentation ni pembentangan laporan selepas kita habis praktikal. Haa? Nak bentang apa? Cemana kita nak tahu isi apa je kita nak letak dalam slide? Ohh stressnya..saya tak nak dah belajar. Saya nak tengok Ejen Ali je senang.

Wowowo..rilek guys. Lempang kang. Pikir kartun je kan korang ni. Hahaha, gini. Nanti lecturer kita akan bagi macam manual atau handbook. Kat situ, dari A sampai Z ada. Macam mana nak sediakan report..haa yes yang buku tebal hardcover harga rm50 something tu. Korang tahu, untuk faham kan handbook tu je aku amik masa 2 minggu tau ahahaha. Sebab aku takut salah dan aku nak pastikan faham. Cerita pasal report hardcover ni kan, aku nak kongsi sikit lah pasal nak print report hari tu. 

4 hari sebelum viva presentation, aku pergi kedai Print Expert yang popular tu untuk print report aku. Kedai ni, kalau makin lama kau bagi masa dorang buat hardcvover tu..makin murah harga dia. Kalau nak hari tu gak, kata kawan aku..strawboard/kertas untuk buat hardcover tu saje rm 35. Haha, mana nak cekau duit. So, aku hantar Khamis, aku ambil Ahad. Dapatlah satu report tu range dalam rm 50 something. Tu pun sebab aku banyak gambar and pages nak dekat 100 lebih. Kalau report korang sikit je pages dan banyak guna hitam putih..so lagi murah. Pastikan before korang print, korang tukar ke format pdf dulu biar dia statik cun je. Tapi memang tak boleh edit dah lepas tu. Edit ke apa ke semua tu korang kena buat before tukar ke format pdf. Tips kalau korang nak jimat, sesapa yang ada printer tu, print kat rumah dulu then baru hantar pergi kedai. 

Tapi aku ni mana lah pernah buat hardcover masa belajar, so aku dengan bijaksananya pergi lah Print Expert tu sambil bawak pendrive. Kedai tu sumpah ramai orang dan busy je memanjang. So, kau kena pandai-pandai tanya staff dan cari komputer untuk print. Yes, print sendiri ye bukan diaorang print kan untuk korang. Aku tak tahu, aku doklah melongok kat situ. Sekali kena bebel dengan abang aku. Hahahahaha. Mana lah aku tahu, ampuuuunnn. 

Lepas dah print dengan yakin dan bergayanya..aku pergi lah ke kaunter dan minta borang untuk isi harga semua lah. Haa semua sendiri okay. Kita sendiri yang print, yang kira harga, yang totalkan harga, yang nak cover tu warna apa. Semua sendiri ye faseha. Apa jadah diaorang nak buatkan untuk kau? Dorang tahu kau bayar je dan lengkap every detail yang kau nak. Haa kan dah kena marah. Menci tau. 

Tapi aku bersyukur sebab ada abang aku. Ye lah, dia tahu adik dia ni terlembab lembab, so dia tolong asing dan kira kan page colour dan page hitam putih. Even sikit pun warna tu..dia tetap charge rm 0.50. Nasihat aku, kalau agak-agak sikit je warna kat page tu, baik kau warna kan semua. Warna warni di aldilfitri pun takpe. Rugi lah kalau sikit je charge rm 0.50. Dan disebabkan abang aku yang tolong asing dan kira ni lah..jadi masalah gak. Aku nampak warna figure tu hitam, dia kata kelabu. Ah sudahhh. harga bertambahlah dengan dukacitanya. Lepas settle bab tu, dah boleh hantar ke kaunter dan bayar. Deposit boleh, separuh dari harga sebenar.

Okay berbalik pada cerita asal, haa yee yang pasal slide tu. Macam biasa lah, dari report tu korang paste je lah ke dalam slide ikut kreativiti. Tapi senonoh lah sikit buat slide tu. Jangan lah korang copy paste sebijik. Siapa nak baca panjang-panjang, korang ingat novel Aisya Sofea? Daa~
Kalau boleh, slide biar nampak professional sikit. Warna bagi boleh nampak. Jangan terlalu terang dan jangan terlalu membosankan. Pastikan slide sama tema kecuali first and last slide. Selalunya first and last slide lain kan.

Masa yang diberikan untuk pembentang selalunya lecturer bagi dalam 15 minit. Tapi ikut jugak pada lecturer korang. Pandai-pandailah kita nak letak point yang penting sahaja. Letak gambar pun nice gak sebab kita nak tunjuk kat lecturer yang kita ada buat aktiviti2 tu. Korang tahu, gambar ni bukti paling bernilai kat dunia tau. Masa ni emas pun tak bernilai seperti gambar-gambar LI korang. Hahaha. Dan sila pastikan muka korang ada, kalau agak2 lighting gelap letak brightness tinggi sikit biar fokus kat korang je ahahaha. 

Dah nama pun letak point penting je, please guys please buat preparation. Cakaplah depan cermin, cakaplah depan kucing, cakaplah depan pasu bunga mak korang dan cakaplah pada dunia ho yeahh. Hahahaha. Masa ni lah korang nak acah-acah ada bakat Aisyah 50 sen borak sensorang. Serious talk, berkesan kot.

Korang kena berlatih cakap sebab korang kena ingat apa yang korang nak present. Ingat senang ke nak present dengan point saje dan takde explanation kat slide? Tak senang hokay? Tapi, korang kena yakin dan all out, barulah lecturer percaya memang korang buat aktiviti-aktiviti tu masa praktikal. Terangkan point tu satu persatu dengan jelas dan tenang, jangat nak pecut je. Korang nak pecut2 ni nak pergi mana. *Lempang kang*

Tapi aku serius salute gila lah dengan certain members aku yang baru habis LI, tapi minggu depan dah terus present. Penat LI tak hilang lagi, dah kena pulak ready for presentation. 

Lagi satu, kalau korang tak yakin dengan point korang, atau takut tergagap gagap, satu je aku nak pesan..yang praktikal tu korang, yang buat kerja semua tu korang..means that korang lebih tahu apa yang korang nak bentang. Lecturer tak tahu pape. Dia tahu korang present dan bagi markah je. Weh bila lagi kita nak buat terbaik lepas susah-susah kita tempuh berbulan praktikal, tak termasuk kalau korang ada kena sound atau kena maki, stress buat report dengan list of figure yang panjang macam jambatan pulau pinang dan habis duit buat report hardcover tu? Allahu terkenang sis rasa berdenyut kepala dan sakit pinggang sebab duduk lama tu ahaha.

Lepas je tamat presentation tu, akan ada QnA session. Haa..ni best. Sebab time ni lah otak mula mainkan peranan goreng sampai hangit ahahaha. Tak best sebenarnya. Aku tipu je. Kecut perut tau. Nak terkentut kentut rasa. Hahahaha. Aku bersyukur sangat sebab lecturer aku tanya pasal pengalaman je, soalan tu kan jenis kbkk..so, boleh lah goreng sampai keluar ye bau harum bawang tu. Pastikan minyak cukup k. Api sederhana besar dan jangan terlalu besar untuk mengelakkan hangit.

Kalau macam member aku, baru kejap je dia bentang..kena bom terus dengan lecturer dia. Alahai, kesian pulak. Setiap slide lecturer dia nak interrupt. Tak menyempat dia nak bernafas. So, memang macam-macam lah kerenah lecturer ni. Bukan apa, lecturer kita tu kadang-kadang saja je nak tengok confident level kita dan how we deal  with any type of questions. Sebab tu lah..kita kena prepare well tapi kalau kau pro sekati engkorang lah.

Doa eh banyak-banyak. Agar Allah permudahkan penyampaian kita, agar kita lancar untuk terangkan point kita satu persatu..agar lecturer faham what we try to deliver, agar dia lembut hati tak tanya soalan susah-susah dan terima jawapan kita. I just wanna say that I am not an excellent student even not a good example, tapi aku harap sangat dapat membantu korang dan dapat menjawab persoalan yang berlegar legar diminda tu.

I was once a student, I knew what it feels. Alhamdulillah, luckily Allah hantarkan senior (kak mel, kek ida and others) dan ramai member yang support aku. Kalau tak, aku pun tak tahu dan tak mampu tulis panjang panjang gini. Aku cuma harap aku mampu bantu korang seperti mana dulu aku pernah dibantu. If you think my explanation is not good enough, I'm sorry. That's my bad and please ask another people or your senior keh. You do need their help. Jangan segan segan. Kalau tak tahu tanya. As long as they can help you, they will. InshaAllah

So, that's all from me. Kalau-kalau ada soalan nak tanya ke, tak faham ke..just drop your comment below atau pm me. InshaAllah, I'll try my best to help you. Okay, bai bai !

*untuk girls, pakai baju formal keh. Baju kurung. Kalau tak nak pakai baju kurung, pakai kasual. Kasual nice dengan blazer. Jangan pakai baju kurung dengan blazer. Baju kurung dah cukup formal keh. Kad matrik jangan lupa. Any evaluation form, hardcover report dan hardcopy slide *penting untuk lecturer jadikan rujukan* jangan lupa bagi lecturer tau. K gerak lu pape roger.

No comments: