Tuesday, December 25, 2012

MATA KECILKU Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

 Kau buat mataku kecil... Kau buat badanku besar Kau sayangkan aku Kau buatku serba kekurangan Supaya aku berusaha mencari kejayaan Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan Kau sayangkan aku

 Aku leka dengan hidup dunia Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa perhubungan kita tidak ku jaga seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku
 Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu kerana ke-alpaan diriku Kerana kebodohan diriku kerana keangkuhan diriku Kerana ku butakan mata kecilku "Masihkah Kau sayangkan Aku?"

Israel membedil Gaza
 Kau sayangkan aku
 Bom Bom Israel mencari Syuhada Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku
 Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
 Kau beri ku kekuatan minda
 Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna Mata yang lama tak bercahaya Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku bukan kerana kematian dan kesusahan di situ Gaza tanah barakahMU walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
 Semua kekasih kekasihMU itu merindui Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU Senyum kekasihMU penuh cahaya Senyum terukir walaupun duka Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

Aku terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya, tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah Kerana setelah semua yg aku laku kau masih sudi membuka mataku kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah kerana diriku yang masih kau endah Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku dengan badan besarku dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
 Semua yang ku lakukan kini kerana Mu UntukMu inginku menjadi Qalam Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni...
ISLAM. Allahu akbar!

-sumber: Aqsa Sharif

p/s: saya dah kata Islam itu indah =)
Kalau nak dapat cahaya, kenalah bersahabat dengan mereka yang telah mendapat cahaya. Ada faham..?

Friday, December 14, 2012

Sedang JaTuh CinTa, ke der?

 Bismillahirrahmannirrahim...=)

Holla!
Ceh...tajuk kat atas tu..boleh buat hati kemarau jadi hujan, dari luruh boleh jadi berbunga..ececeh..
Tapi, sebenarnya memang tak mustahil lah setiap manusia pasti pernah merasai perasaan tu, kan?
eleh..
muka brutal guna earphone tapi dengar lagu Muara Hati sambil menahan rasa sendu..? Huhuhu...
hati kering kununnye tapi bila baca sajak cinta anak jiran sebelah mata merah saga..?

dan...aku pun pernah rasa perasaan tu...seriyes tak tipu...
tapi sejujurnya..bagi aku perasaan tu tak membahagiakan langsung...
sebab...suka mana pun kita kat dia tapi kalau tak disahkan dengan akad...dia tetap bukan milik kita..

ok, tak apa kalau tak setuju dengan statement tu sebab hati manusia ni lain-lain. Tak mudah untuk kita menerima sesuatu perkara baru. Tapi bila kita dah tahu sesuatu yang baru contohnya "couple itu haram"  
Dush! Dush! Dush!

Kita rasa macam ada batu berat baru jatuh dan hempuk kepala kita.! Biaq betul haram..? mungkin kita rasa ragu-ragu sebab selama ni kita buat perkara tu.

Tapi, kita mungkin lupa itu maksudnya ALLAH sayangkan kita, DIA nak selamatkan kita daripada sesuatu yang menjurus ke arah kemaksiatan.
ALLAH pun berfirman dalam Al Quran supaya kita jangan mendekati zina...kalau mendekati pun salah apalagi kalau kita buat.


Kita cuma ada satu hati tau. Kalau kita suka someone, kita dah bagi berapa peratus hati kita untuk dia, lepas tu putus. Kita jumpa pulak orang lain, jatuh cinta dan bagi lagi berapa lagi hati yang ada kat dia. Tak mustahil kalau kita boleh putus juga kan?
Sampailah kita jumpa jodoh kita.
Masa tu apa yang kita nak bagi pada dia yang betul2 jodoh kita..? Saki baki hati yang tinggal?

Cuba kalau kita pulak yang kena. Apa yang kita rasa..?

" Ehm..awaklah jodoh saya yang selama ni saya cari, nah! ambil lah hati ni."
" Erk..? Tapi kenapa tinggal sikit je..ada pulak tu kesan parut dengan plaster luka jenama Kedai Tiap Hong. Ada tanda harga RM 0.90 siap dengan slogan Bermutu dan Murah lagi ni?"
"Hehehe.Dah lama dah tu..sejak beberapa tahun lepas. Maap le..dah ada orang ambil dulu hati yang lain tu.
                                                
Nangis...

Memang...memang cinta tu fitrah manusia. Ada sesiapa halang fitrah tu? Tak. Tapi kawal lah fitrah itu supaya patuh perintah ALLAH SWT. Kita sedar..kita cuma manusia bukan malaikat!
Kena ingat juga dalam islam tak ada istilah couple! cuma ada nikah!

Rasulullah SAW ada bersabda:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Riwayat Ibni Majah)

NO UNTIL AKAD ^_^

Ingat!

Dwi-wajah cinta...sinarnya sama-sama menerjah mata, cuma yang satu intan, yang satu hanya kaca..! cinta umpama bisa & penawar yg bergabung dlm cairan air liur ular tedung. Yg bijak mmpu menyedut penawar, yg jahil tersedut racun bisanya..-GEN Q
Noted! 

pernah suatu masa tu, aku ada tanya seorang sahabat..
" Kawan, kau pernah tak jatuh cinta?"
Dia senyum.
" Tak..."
Aku pelik. " Sebab?" 
Dia senyum lagi.
" Sebab aku akan kecewa."
Aku angguk. Faham.

Memang...cinta kepada manusia akan membawa kepada 1001 rasa kecewa..manusia yang kita harapkan tak mampu buat kita bahagia..
sebab hanya cinta ALLAH je yang boleh bahagiakan kita...ALLAH selalu tunggu kita sambut cinta DIA..tapi kita buat tahi mata je.

kita lebih suka jawab panggilan girlfriend sedangkan ALLAH dah panggil kita sejak solat subuh..
kita lebih suka baca mesej boyfriend sedangkan ALLAH dah bagi kita surat cintaNya(al Quran) untuk dibaca..
kita lebih suka nyanyi lagu cinta sedangkan ALLAH dah kata, 'dengan mengingatiKu hati akan tenang'

Peluh besar menitik laju.

Lagi satu, aku pasti bila kita bercinta ni...kita akan lupa keluarga kita..betul? Tak semualah. Aku tulis berdasarkan pengalaman je.
Sebab dalam kepala kita, yang cantik, yang manis, yang indah, yang jelita walaweh dan yang kiut miut semuanya buah hati kita..
 
" Markonah, beli tepung.."
" Sehari ada 24 jam. Nanti jam ke 24 saya beli, mummy."

" Meor, basuh kereta.."
" Esok masih ada..daddy."

" Hubby, kitew kan dah lamew x jumpew. X rinduw kitew kew..? Nak jumpew x?"
" Ingatlah orang tersayang..yahoo!"

Double ueww!! Banyak cantik muka kau! Bajet je =p

tapi bila dah clash..mula lah..

" mulai hari ni, my family is my priority." sambil nyanyi lagu number one for me.
" aku akan berbakti untuk keluarga aku je. bukan untuk org lain dah..?"
" baru aku sedar,,.selama ni cuma keluarga aku je ada di sisi..?"

Pernah tak terfikir sewaktu awak bercinta dahulu, di mana keluarga awak letakkan..?

Tak kan..? Kalau ada..sikit je lah..20% daripada hati tu..oklah, kejam sangat pulak..20.009% je lah kan?
agak2..kecil tak hati family kita time kita tengah angau tu?
tapi bila kita dah susah baru sedar mana kaca mana permata..

nasib baik tak ada ayat: sekali aku benci kau, dengan keturunan kau sekali aku benci! hehehe...over pulak!

ingat!
hati tu cuma ada satu, mana boleh letak dua cinta dalam satu hati..letakkanlah cinta ALLAH paling atas  dalam hati tu...ALLAH akan hadirkan cinta hamba yang turut mencintaiNya kepada diri awak tu. >< Sweet sangaaaaat..

Pesan comel dari aku untuk aku dan untuk kamu:

kalau kita suka someone tu, doalah pada ALLAH..jika orang yang kita suka memang jodoh kita, pusing kutub selatan ke, masuk lubang arnab keluar terowong SMART ke..dia akan datang juga pada kita =)

Apa guna kita ni hamba tapi tak nak doa pada DIA..? Ingat tu...tak cakap kat korang cakap kat diri ni. Hahaha.
Satu lagi, cinta Rasulullah SAW pada kita pun kita susah nak ingat...nak pandang pun sekali sekala...apalagi nak berkorban untuk baginda...rasa adil tak kalau kita sibuk nak berenang kat lautan api semata2 untuk dia yang BELUM tentu jodoh kita..? Tak aci! Tak aci!

Nangis lagi.

btw, ni ada link..just tekan je..ada something di situ =)

http://aisyahshakirah.blogspot.com/2012/10/au-revoir-abqari.html

sampai di sini sahaja, maasalamah ^^,

Tuesday, December 11, 2012

Selamat Hari Keveteranan ^^,

bismillahirrahmannirrahim =)

alhamdulillah, hari ni ALLAH masih lagi bagi aku, kau, dia dan kita semua nafas untuk hidup dan muhasabah diri lagi ^^,

tahu tak, hari ni mungkin bukan hari yang spesial untuk korang semua, tapi sangat spesial untuk aku..
hari ni spesial bukan sbb aku dapat makan cendol mamak kat PJ, bukan jugak dapat tengok wayang dengan mak su..dan bukan jugak dapat ketuk kepala iman sebab sepahkan rumah..

ney! ney! ney!

sebabnya, hari ni adalah hari di mana mama telah lahirkan aku di PUSRAWI, SG.BULOH pada 11 Dis.. 18 tahun yang lepas..
alhamdulillah...
atas segala nikmat ALLAH terutama nikmat iman dan islam =)

ya ALLAH...iya harap iya mampu jadi seorang hamba dan muslimat yang baik selama mana iya hidup 18 tahun ni...dan akan datang..
ini juga menunjukkan tarikh kematian iya sudah semakin hampir..bak kata cikgu padil
" kamu ambil pengukur dan kemudian setiap hari jadi kamu, kamu pangkah umur kamu, dan kamu tengok berapa banyak lagi baki nombor yang tinggal. Bayangkan itulah masa kamu yang tinggal "
(fuh! ayat dia!)


terima kasih, cikgu sebab selalu ingatkan kami...almaklumlah kami ni selalu putus fius sikit...ekekeke..

dan..

disebabkan dalam keluarga terikh lahir aku paling last, jadi aku berharap satu famili boleh sambut apatah lagi masa tu Selangor turut bercuti ( Sultan Selangor bagi cuti) dan memang bulan 12 pun musim cuti sekolah..

tapi...amat sedih

bila mana hari yang spesial bagi aku...mereka yang spesial tiada di sisi =(

                                                     ( atuk, tak ape..nasib kita sama )

abang muaz dengan abag izzat sambut hari lahir sorang2 kat U sebab mereka berjauhan dari rumah,
tapi aku sambut hari jadi sorang2 sebab keluarga yang jauh dari rumah...huahuahua...

nasib baik ada abang enol...hihihi...dialah yg jadi raja buli aku kat rumah ni...kehkehkeh XD

mama dengan abah yg pi honeymoon tu (pewiiiit..!) semoga dapat pulang ke rumah dengan selamat...=)
abang muaz, iya nak hadiah dr N9, abg izzat pulak, iya nak 100 cucuk satah dari GanuKite..haha
adik2 yang sedang bersuka ria, mandi manda sambil ambil gambar buat peacelah sangat...(kakak yah tak jeles tau tak!) cepatlah balik..rumah sunyi tak dengar suara korang nangis, kena buli, rebut remote tv,,,

                             (faiz memang suka buat muka blurr, iman ni kat luar x feminin ini..hahaha)

huahuahua...janganlah nak buat drama kat sini...shuh~ shuh~ jauh kau air mata...XD

ok, dah kering idea...azan zuhur pun dah berkumandang..time to go =) sehingga bertemu lagi, maassalamah..^^,




Thursday, November 29, 2012

kisah dongeng?

bismillahirrahmanirrahim =)

Hidup ini  kalo kita tak dapat hargainya dan terus terbuai lena sambil baring atas bantal busuk kita..
seriyes hidup kita hanya fantasi diulit mimpi umpama kisah cinderella tertanggal kasut tumit tinggi kacanye kat tangga,

mungkin juga seperti cerita Shrek hijau gigi kuning sambil pandang kerek
kawan keldainya,

dan bak bawang merah panggil maknye ikan kaloi sambil nyanyi..?

Bila dah habis hikayat hidup mereka, kita baru tersedar yang cerita tersebut kurang memberikan apa2 kesan
mungkin ada...bekas air mata meleleh kat pipi..

dan paling tak bestnye bila kita baru ingat kita belum sidai kain dan surat khabar pun belum habis baca lagi.

dan lagi haru,
 bila kita masih tak buat persediaan untuk mati menuju alam akhirat yang kekal abadi.

Bila baca novel lagi2 kisah cinta cintun...erk...mula lah bayangkan akulah heroinnya..dan engkau pula mestilah hero kacak pakai T-shirt jenama Polo, kasut kilat standard Gucci..sambil leka dengan Iphone 4S? sungguh wahan di situ.. =='

(sumber APG)  Kerana apabila kita mula berasa syok dan teruja dengan kefuturan kita, bermakna anda mahu dan pandang ke hadapan untuk ia berlaku lagi. Dan bila ia berlaku dan berlaku dan berlaku lagi, mungkin satu hari nanti iman kita akan terus jatuh dan jatuh dan jatuh. Merudum.
Jadi jangan biarkan itu berlaku. Kalau sudah mula berasa seronok dengan kefuturan, buatlah sesuatu. Sekiranya sudah mula rasa best wow wa wee dengan jahiliyyah-jahiliyyah yang ada, mungkin kita wajar disimbah dengan sebaldi air sejuk Alaska. Jika sudah mula berasa bahagia dengan kelalaian, sudah tiba masanya untuk iman kita dibelasah, supaya bangun tersedar!

Kamu, awak, dia, kau, kita, aku....dan sesiapa sahajalah...

berpijaklah pada bumi yang nyata..tatkala diri ini gembira, bahagia, dan sukacita ..saudara kita di sana sedang bermujahadah memastikan islam dan iman berdiri tegak di muka bumi =)

apa kata,, cubalah lahirkan rasa cemburu pada insan2 yang ALLAH pilih untuk dapat hidayah dia...
tak nak rasa ke kenapa orang2 yang berubah ke arah lebih baik tu rasa bahagia dan tenang dengan kehidupannya..?

weh..seriyes. Teringin. Sangat. Mudah-mudahan. Tak. Syok. Sendiri. =)

Thursday, November 8, 2012

Terima kasih, mama abah =)

Alhamdulillah..
akhirnya...!
setelah 5 bulan..ehm...oklah, 6 bulan lebih lah jugak...=='
alhamdulillah,
tepat pada pukul 4.00 petang waktu eropahkah? waktu jepun kah? atapun kahkahkah?

cet!merapu memalam buta!

itulah akibatnya bila dh habis imtihan...timbul pula masalah baru..haha xD

YEAH!
dah habis exam! seronok?
erm...biasa je sebenornye...tapi yang buat seronok lain macam tu sebab rasa dah hilang sikit tekanan, susah hati dengan soalannya, almaklumlah...kami ni pelajar eksperimen untuk sistem modular STP baharu..haha

tapi alhamdulillah, berkat izin ALLAH...dapat jugak habiskan soalan...tapi masih lagi tak nak rasa merdeka sebab......keputusannya masih x tau.
bak kata orang, kita hanya boleh kawal usaha kita, tapi keputusan kita tu semua kerja ALLAH =) Noted!
tawakkaltu a'lallah ^^,

 hei! nak tahu tak...sebenarnya ada kisah sehari sebelum ambil last paper ni..
mcm ni joyah oii..!
boleh pula hari tu aku dah siap2 bangun pagi...tiba2...erk..mama suruh buat kerja rumah dulu.

oklah, dengarlah kata mama. sapa lagi nak tolong mama kan?
so, kemas sana, kemas sini, kemas situ dan kemas mana-mana lah...dan akhirnya, rasa macam nak rehatkan minda jap..buat kek batik...

lepas tu dah siap program kek batik, ingatkan nak belajar...tiba2 ada lagi kerja nak buat...macam tak habis2..
muka dah cuak gila dah, alamak! dah pukul berapa ni? buku satu pun tak hadap...esok pula  3 subjek sekali gus....tercungap2kan aku nanti ni..
tak apalah..tolong mama sekarang, ALLAH tolong aku nantikan?

bila tiba malam hari pula, jam dah menunjukkan pukul 9.00 malam. tak apa..boleh stay up. setakat tidur pukul 1 atau 2..tarak ada hal lah~
tibe2 takdir ALLAH...aku pening pulak...nak menangis seriyes...

dan tadi,
sebelum ke sekolah mama pesan, doa banyak2 pada ALLAH...mesti ALLAH bantu.
Mulanya, memang aku fikir...macam mana ALLAH nak bantu kalau aku tak usaha? dan aku sangat risau dapat result teruk..kdg2 aku fikir sebab tolong mama...aku tak dapat baca buku.. jahatkan aku? (jangan ikut!!)

tapi aku lupa, ALLAH sentiasa mudahkan kerja kita  kalau kita mudahkan kerja ibubapa kita.
doa ibu....salah satu keberkatan ALLAH..dan aku percaya, mama tak pernah lupa doakan aku..=)
dan aku pun kenalah rajin doa pada ALLAH juga.

dan tadi, 
alhamdulillah, semua soalan walaupun susah...aku boleh jawab. tak kisahlah betul atau tak....yang penting ALLAH sentiasa bagi aku idea meskipun soalan tu sangat susah dan pada saat2 akhir idea tu sentiasa ada..
yang paling penting, aku tak rasa susah hati pun..even tak baca buku banyak..
seriyes..tapi aku rasa seronok bila jawab soalan..
aneh~
tapi tak ada yang mustahil pada ALLAH kan?

pengajaran untuk diri ni..supaya jangan malas tolong orang tua dan jangan terlalu pentingkan exam, exam, dan exam sampai apa mama dengan abah suruh pun...kau main tinggal je. tak elok tau! and for the last,

mama, abah. terima kasih banyak2 ^^,

p/s: kenapa kita terlalu fokus pada peperiksaan...sedangkan itu cuma peperiksaan dunia sehingga lupa benda lain..? lagi sedih kalau nak belajar hanya semata2 untuk peperiksaan..bukan keberkatan.